Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyanjung tinggi keputusan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz Nikmat yang telah meminta menantu beliau Ir. Abdul Ariffahmi Abd Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Abdul Hadi dalam satu kenyataan menyifatkan keputusan tersebut sebagai tanda keikhlasan dan jiwa besar yang ditunjukkan Nik Aziz dan keluarga beliau yang bersedia menerima keputusan parti.
Sikap yang diperlihatkan itu jelasnya sangat berbeza dengan konsep kronisme yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang tidak dihapuskan.
"Sifat berjiwa besar ini juga ditunjukkan oleh seluruh ahli keluarga beliau yang bersabar dengan ujian yang dan ini sangat berbeza dengan konsep kronisme yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang tidak boleh dirombak dan dirungkaikan," jelasnya.
Perlantikan Ariffahmi sebagai CEO PMBK sebelum ini katanya dibuat secara ikhlas dan sepanjang 19 tahun mengetuai pemerintahan Kelantan juga katanya, Nik Aziz dan keluarga tidak pernah mengambil peluang dari jawatan yang diamanahkan.
"Kita dapati Tok Guru selaku Pengerusi PMBK telah menjalankan pelantikan yang ikhlas," katanya lagi.
Apa yang menghairankan katanya, mereka yang ghairah menyerang Nik Aziz dilihat berdiam diri terhadap kesalahan dan ketidakadilan yang dilakukan pimpinan Umno BN terhadap rakyat.
"Kita mengharapkan agar mereka yang suka menyebarkan api kebencian agar segera bertaubat," katanya.
Beliau turut menyeru seluruh Ahli PAS bersama-sama teguh menyokong kepimpinan Nik Aziz apatah lagi berdepan ujian fitnah media dan musuh yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment