Harakah Online Preview: Penasihat Ekonomi Selangor: Anwar dapat gaji RM1 dan seorang kakitangan
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disahkan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dengan gaji RM1, dengan penuh rendah diri hari ini berkata, dia hanya ada sedikit pengalaman sahaja.
"Saya secara peribadi memang tiada pengalaman, kecuali sedikit di (peringkat) Persekutuan dan jadi juru kira-kira di Cheruk Tok Kun (kampung halangannya), tetapi saya akan membantu apa yang perlu," kata Anwar.
Anwar berkata demikian ketika memberikan ucapan alu-aluan selepas menandatangani surat perlantikan itu petang tadi.
Beliau dipercayai menjawab secara sinis tuduhan dan serangan yang dibuat terjadap beliau selepas perlantikannya diumumkan Khalid sebelum ini.
(Gambar: Anwar bercakap dengan Khalid semasa perisytiharan beliau sebagai Penasihat ekonomi Selangor hari ini)
Antaranya, Tun Dr Mahathir yang berkata, Anwar akan bangkrapkan Selangor dan itulah nilai Anwar...RM1 sebagaimana yang dinyatakan oleh seorang pemimpin Umno yang lain.
Perlantikan tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan aluan dalam majlis Taklimat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor.
Anwar yang berucap kemudiannya merakamkan penghargaan kepada Khalid, Pakatan Rakyat serta kerajaan Selangor atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
"Saya dengan rasa rendah diri terima...Saya terima (pelantikan) setelah dapat restu dengan pimpinan Pakatan Rakyat (iaitu) Ustaz Abdul Hadi Presiden PAS dan Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP," jelasnya.
"Kehadiran saya adalah untuk membantu...jadi saya pun kena tandatangan surat jawatan jadi Penasihat Ekonomi Selangor dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri."
untuk berita lanjut, sila klik disini
Labels:
harakah online,
harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment