Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Peserta HKR112 sumbang lebih RM280,000

14 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Lebih RM280,000 sumbangan wang dikumpulkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Sabtu lalu.

Menurut Pengarah Jawatankuasa HKR, Mohamad Sabu, jumlah tersebut dapat dikumpulkan sejurus beliau mengumumkan dan melancarkan kutipan derma di Stadium Merdeka.

"Maknanya, dalam masa yang singkat, para peserta begitu bermurah hati mengeluarkan wang poket mereka hingga berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak itu," kata beliau, hari ini.

Kutipan derma tersebut meliputi peserta yang berada di dalam stadium dan juga di luar stadium.

Mohamad, yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peserta-peserta yang menghulurkan sumbangan pada program bersejarah itu.

"Mereka bukan sahaja sanggup datang dari seluruh pelusuk negara, sanggup berjemur berpanas, tidur di masjid, dan bersantai di tepi jalanan, mereka juga sanggup mengeluarkan wang mereka untuk memberikan sumbangan," kata beliau.





untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Memang bersih sungguh kali ini'

14 Jan 2013 Alhamdulillah. Terbukti acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari lalu bertaraf grand finale yang mencipta sejarah. Stadium Merdeka menjadi saksi bahawa gemuruh suara rakyat tidak boleh diremehkan. Mereka benar-benar mahukan perubahan! Dan ia tidak boleh ditangguh lagi. Lebih penting, ada amaran tersirat: "Pastikan tiada penipuan dan manipulasi dalam PRU13. Hormati segala tuntutan Bersih selama ini." Segalanya berjalan teratur, lancar dan aman sekali. Malah, ramai berasa selesa dengan ketiadaan kelibat FRU. Ratusan ribu rakyat prihatin bergerak tanpa gangguan.

Tekad polis untuk menjadi fasilitator atau pemudahcara boleh dikatakan berjaya. Tanpa provokasi dan gangguan seperti siri perhimpunan raksasa sebelumnya, Kuala Lumpur tidak bingit lagi dengan tembakan gas pemedih mata atau pertembungan langsung dengan pasukan keselamatan. Tiada keganasan direkodkan. Harmoni. Menyenangkan. Penuh muhibah dan toleransi. Walaupun jumlah kehadiran cuba dikecilkan pihak polis, saya kira umum dapat memahami situasi terdesak itu.

Ya, apa lagi yang mahu diputar-belitkan untuk memberi gambaran jelek kepada publik, khususnya melalui siaran berita RTM dan TV3 pada malam Ahad lalu? Strategis dan tukang propaganda Umno-BN kehilangan idea untuk 'spin' isu ini. Selepas memberi gelaran tidak masuk akal -- "Himpunan Shamsidar" -- Utusan Malaysia dan TV3 terpaksa menelan muntah sendiri. Maka terpaksa diselongkar (sebenarnya direka-reka) bahan yang boleh memaparkan kegagalan perhimpunan yang memecah rekod itu.

 untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Kronologi isu nama Allah: PAS tidak bercanggah

 KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS tidak bercanggah dalam isu penggunaan nama Allah kerana ia semacam telah disepakati sejak isu ini berbangkit semula menjelang Krismas tahun 2012 iaitu pada 25 Disember 2012.


Mereka jelas bersetuju, Islam tidak boleh menghalang penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam tetapi mereka tidak bersetuju nama Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu sebagaimana dicadangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Namun begitu, ia banyak dikelirukan oleh laporan yang kurang tepat selepas ia dibincang dengan meluas dalam media.

Berikut adalah sebahagian dari kronologi bagaimana isu ini dibincangkan dan berkembang.


1) 24 Disember: Menjelang Krismas 2012, Lim Guan Eng dalam ucapannya mencadangkan agar Bible terjemahan Bahasa Malaysia dibenarkan untuk menggunakan nama Allah.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview:HKR: Solat Subuh macam Jumaat di Masjid Negara

12 Jan 2013 KUALA LUMPUR: Sekalipun Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka bermula jam 2.00 petang ini, namun para peserta dari segenap pelosok negara sudah mula tiba di ibu negara. Sejak malam tadi, mereka mula berpusu-pusu memasuki kota raya untuk menyertai himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Pagi ini, suasana solat Subuh di Masjid Negara bagaikan solat fardu Jumaat apabila ribuan peserta memenuhi ruang solat. Beberapa gambar yang dipetik daripada laman sosial Facebook dan penulis blog menceritakan suasana tersebut. untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Laporan langsung HKR 12 Jan, Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. Pihak Penganjur menetapkan lapan tempat berkumpul untuk memudahkan pergerakan peserta menuju ke Stadium Merdeka.

Perhimpunan ini mendapat jaminan keselamatan dari pihak polis dan kelulusan dari pihak stadium.

Perhimpunan rasmi di Stadium Merdeka akan bermula jam 2 hingga 5 petang ini. Bagaimanapun pergerakan peserta dari tempat berkumpul menuju ke Stadium Merdeka dijangka bermula awal pagi ini.

Harakahdaily akan membawa laporan langsung perhimpunan ini.

Laporan langsung:
11.10 am - [Masjid Jamek] Jalan menghala ke Dataran Merdeka dan ke Sogo mula ditutup.

11.00 am - [KLCC] Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini.

10.55 am - [Brickfield] Kumpulan di sini sudah mula bergerak. Mereka akan bercantum dengan kumpulan dari Masjid Ar- Rahman UM sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

10.50 am - [KLCC] Hampir 1000 orang sudah memenuhi perkarangan KLCC. 30 anggota Unit Amal dilihat sedang menerima taklimat.

Mazlan Aliman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman akan mengetuai di sini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Bukti isu ‘Amanat Haji Hadi’ tidak berkesan

02 Jan 2013

Jika Umno/BN menyangka isu ‘Amanat Haji Hadi’ yang dimainkannya sekarang ini akan berkesan dalam PRU akan datang, maka jangkaannya akan meleset di mana isu itu tidak akan berkesan kepada pengundi betapun parti nasionalis itu ‘meniupkannya’ setiap hari.

Tinjauan di kalangan pengundi di pedalaman, khususnya di Johor, mendapati isu ini tidak menarik minat mereka ketika ditinjau dan ditanyakan pendapat mereka.

Negeri Johor, dulunya kubu kuat Umno, kini nyata pemikiran pengundi sudah jauh berubah, terutama generasi baru yang jumlahnya mencecah 40%. Pengundi generasi lama sudah sangat jauh berkurangan, ada yang berpindah ke negeri lain, mengikut anak, ada yang sudah meninggal, ada yang sudah menerima pandangan anak-anak mereka yang bekerja di bandar. Malah ada yang menyatakan rasa bosan dengan isu ini yang disiarkan berulang-ulang siang dan malam oleh media BN.

Seorang penduduk di pedalaman Mersing – yang dikenali sebagai Pak Ngah Mat – memberitahu saya di sebuah gerai makan, “Ini kerja busuk, dia ingat orang kampung bodoh sangat. Haji Hadi ada ilmu agama yang tinggi tentu dia ada alasan yang kuat.”

Saya bertanya kepadanya, “Ada tengok TV?” Dia menjawab “Ada juga menjengah begitu-begitu saja, tengok berita banjir, berita rompak, bunuh.”

Seorang lagi bernama Osman Abu Bakar, pertengahan umur yang ditemui di Kota Tinggi berkata, “Bosan dengar berita TV, surat khabar, tak ada berita lain selain kempen politik, sedangkan orang kampong sudah, harga barang mahal, ikan lebih mahal lagi, harga kelapa sawit tidak seberapa.”

Menurutnya, isu ‘Amanat Haji Hadi’ sudah didengarnya sejak remaja lagi dan beliau percaya isu ini tidak akan berkesan dalam PRU akan datang.

Seorang pesara di Pontian yang ditemui berkata: “Umno ni tak ada modal lain. Kami jemu dengan isu ‘Amanat Haji Hadi’ ini. Isu ini tidak akan mengenyangkan orang kampung sepertinya. Sebab itu tak ada faedah mengulang-ngulang isu ini.”

untuk berita lanjut, sila klik disini