14 Jan 2013
Alhamdulillah. Terbukti acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari lalu bertaraf grand finale yang mencipta sejarah.
Stadium Merdeka menjadi saksi bahawa gemuruh suara rakyat tidak boleh diremehkan. Mereka benar-benar mahukan perubahan! Dan ia tidak boleh ditangguh lagi.
Lebih penting, ada amaran tersirat: "Pastikan tiada penipuan dan manipulasi dalam PRU13. Hormati segala tuntutan Bersih selama ini."
Segalanya berjalan teratur, lancar dan aman sekali. Malah, ramai berasa selesa dengan ketiadaan kelibat FRU. Ratusan ribu rakyat prihatin bergerak tanpa gangguan.
Tekad polis untuk menjadi fasilitator atau pemudahcara boleh dikatakan berjaya.
Tanpa provokasi dan gangguan seperti siri perhimpunan raksasa sebelumnya, Kuala Lumpur tidak bingit lagi dengan tembakan gas pemedih mata atau pertembungan langsung dengan pasukan keselamatan.
Tiada keganasan direkodkan. Harmoni. Menyenangkan. Penuh muhibah dan toleransi.
Walaupun jumlah kehadiran cuba dikecilkan pihak polis, saya kira umum dapat memahami situasi terdesak itu.
Ya, apa lagi yang mahu diputar-belitkan untuk memberi gambaran jelek kepada publik, khususnya melalui siaran berita RTM dan TV3 pada malam Ahad lalu?
Strategis dan tukang propaganda Umno-BN kehilangan idea untuk 'spin' isu ini. Selepas memberi gelaran tidak masuk akal -- "Himpunan Shamsidar" -- Utusan Malaysia dan TV3 terpaksa menelan muntah sendiri. Maka terpaksa diselongkar (sebenarnya direka-reka) bahan yang boleh memaparkan kegagalan perhimpunan yang memecah rekod itu.
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment