Jika Umno/BN menyangka isu ‘Amanat Haji Hadi’ yang dimainkannya sekarang ini akan berkesan dalam PRU akan datang, maka jangkaannya akan meleset di mana isu itu tidak akan berkesan kepada pengundi betapun parti nasionalis itu ‘meniupkannya’ setiap hari.
Tinjauan di kalangan pengundi di pedalaman, khususnya di Johor, mendapati isu ini tidak menarik minat mereka ketika ditinjau dan ditanyakan pendapat mereka.
Negeri Johor, dulunya kubu kuat Umno, kini nyata pemikiran pengundi sudah jauh berubah, terutama generasi baru yang jumlahnya mencecah 40%. Pengundi generasi lama sudah sangat jauh berkurangan, ada yang berpindah ke negeri lain, mengikut anak, ada yang sudah meninggal, ada yang sudah menerima pandangan anak-anak mereka yang bekerja di bandar. Malah ada yang menyatakan rasa bosan dengan isu ini yang disiarkan berulang-ulang siang dan malam oleh media BN.
Seorang penduduk di pedalaman Mersing – yang dikenali sebagai Pak Ngah Mat – memberitahu saya di sebuah gerai makan, “Ini kerja busuk, dia ingat orang kampung bodoh sangat. Haji Hadi ada ilmu agama yang tinggi tentu dia ada alasan yang kuat.”
Saya bertanya kepadanya, “Ada tengok TV?” Dia menjawab “Ada juga menjengah begitu-begitu saja, tengok berita banjir, berita rompak, bunuh.”
Seorang lagi bernama Osman Abu Bakar, pertengahan umur yang ditemui di Kota Tinggi berkata, “Bosan dengar berita TV, surat khabar, tak ada berita lain selain kempen politik, sedangkan orang kampong sudah, harga barang mahal, ikan lebih mahal lagi, harga kelapa sawit tidak seberapa.”
Menurutnya, isu ‘Amanat Haji Hadi’ sudah didengarnya sejak remaja lagi dan beliau percaya isu ini tidak akan berkesan dalam PRU akan datang.
Seorang pesara di Pontian yang ditemui berkata: “Umno ni tak ada modal lain. Kami jemu dengan isu ‘Amanat Haji Hadi’ ini. Isu ini tidak akan mengenyangkan orang kampung sepertinya. Sebab itu tak ada faedah mengulang-ngulang isu ini.”
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment