KOTA BHARU: Kira-kira 80 peratus pengundi di negara
ini dianggap sudah mempunyai pilihan masing-masing bagi menentukan sama
ada berlaku perubahan di Putrajaya atau sebaliknya.
Cuma sekarang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional perlu merebut
bakinya sebanyak 20 peratus lagi, di mana mereka belum membuat sebarang
pilihan dan bergantung kepada situasi saat-saat akhir.
Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, berdasar
kepada banyak kajian rata-rata rakyat tidak senang dengan kerajaan yang
ada sekarang.
“Suhu kebencian rakyat terhadap pemerintah yang ada hari ini
kadang-kadang melebihi penyokong Pakatan Rakyat,” katanya pada perasmian
penutup pelancaran Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia peringkat negeri
Kelantan di Putik hari ini.
Program berkenaan dihadiri ketua-ketua wanita Pakatan Rakyat di mana
PAS diwakili Siti Zailah Mohd Yusoff, Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Chong
Eng (DAP).
Pemimpin dan penyokong ketiga-tiga parti bergabung pada satu program
bagi memperincikan Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan di peringkat
pusat beberapa bulan lalu.
Husam berkata, memandangkan kira-kira 80 peratus pengundi sudah
mempunyai pilihan, jentera wanita Pakatan perlu mendekati 20 peratus
lagi.
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment