Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Kelantan perjelas pemulauan Kelantan Fiesta 2010


24 Jun 2010:
Ekoran pelbagai tuduhan dilemparkan oleh Red Carpet Worldwide Sdn Bhd selaku pengurus acara Kelantan Fiesta 2010, persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan semalam didedahkan perkara sebenar di sebalik tindakan pemulauan majlis perasmian majlis itu 16 Jun lalu.

Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga salah seorang pengerusi bersama jawatankuasa induk Kelantan Fiesta 2010 sewaktu menggulung perbahasan semalam memberitahu, keputusan tidak hadir ke majlis perasmian tersebut dibuat ekoran Red Carpet melanggar perjanjian (Event Management Agreement).

Antaranya termasuklah tidak membenarkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku tuan rumah untuk memberikan ucapan pada majlis tersebut yang diberitahu pada mesyuarat jawatankuasa induk 13 Jun lalu.

Mereka dimaklumkan bahawa yang dibenarkan berucap hanya dua orang iaitu wakil Red Carpet dan Perdana Menteri.

Menurutnya, seorang pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan memberitahu bahawa arahan agar slot ucapan Menteri Besar Kelantan ditiadakan dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

"Mula-mula saya tak percaya. Saya telefon, saya bercakap sendiri dengan Datuk Pa, didengar oleh pegawai JPP, TSUK Pengurusan. Datuk Pa kata menteri besar tak payah berucap," jelasnya.

Menurutnya, dalam perjanjian asal telah dipersetujui bahawa Tuan Guru salah seorang yang akan memberi kan ucapan dan telahpun dimasukkan dalam buku taklimat atucara majlis yang dibuat sendiri Red Carpet.

Tuan Guru, katanya dijangka berucap jam 9 malam sebelum ucapan perasmian oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

"Menteri Besar sebagai hos, tuan rumah, memang wajar berucap dalam majlis perasmian itu. Tak kan Perdana Menteri datang sorang-sorang tak tahu kepala ekor datang berucap begitu.

"Umpama kita pergi rumah orang, tuan rumah tak buka mulut lagi, kita dah bercakap," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri.

Pelanggaran kedua, katanya apabila pihak Red Carpet dalam satu sidang media 13 Jun yang dilaporkan akhbar Utusan, mendakwa Perdana Menteri yang akan merasmikan program tersebut sedangkan perjanjian mengikut perjanjian asal, perasmi adalah Pemangku Raja Kelantan.

Lebih teruk dari itu, Red Carpet juga mencetak bunting program perasmian dengan meletakkan gambar Najib yang dinyatakan sebagai perasmi program.

Menurutnya, Pemangku Raja telah pun bersetuju untuk berangkat merasmikan program tersebut melalui satu surat dari pejabat Sultan Kelantan bertarikh 14 Jun.


untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Sedia peruntukan beli buku agama


Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyeru umat Islam memperuntukkan sejumlah pendapatan bulanan bagi membeli buku pengetahuan khususnya buku agama bagi mewujudkan perpustakaan mini di rumah.

Katanya, koleksi buku itu penting untuk bacaan dan rujukan seisi keluarga.

“Ini kerana umat yang maju serta meningkat ilmu pengetahuannya adalah umat yang gemar membaca, dengan menghabiskan masa lapang dengan membaca walau pun agama mereka tidak menggalakkan pembacaan, namun sebaliknya umat yang mundur dan ketinggalan zaman adalah umat yang tidak gemar membaca.

“Bahkan mereka lebih cenderung mengisi masa lapang dengan kegiatan hiburan, berbual kosong dan melepak,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2010 yang berlangsung di Balai Islam, Lundang dekat sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan.

Pesta buku bertema “Kelantan Memimpin Budaya Ilmu” itu bermula 18 hingga 22 Jun, anjuran bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Dewan Ulama PAS Pusat, Management Sdn Bhd dan Alfa Event & Entertainment Sdn Bhd.

Menteri Besar berkata, walau pun agama Islam telah memberi penekanan khusus kepada kegiatan membaca sejak awal turunnya wahyu yang pertama, tetapi malangnya pada hari ini masih terdapat umat Islam yang sanggup membelanjakan beratus ribu ringgit pada setiap bulan bagi membeli perkara yang tidak bermanfaat.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Umat Islam jangan terbuai dengan janji Israel

17 Jun 2010:

oleh Muhammad Nuruddin Bashah

Kabinet Keselamatan baru sahaja membincangkan kemungkinan untuk melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza selepas sekian banyak dosa akibat serangan dan sekatan sejak tahun 2006.

Justeru itu, umat Islam dinasihatkan tidak alpa dengan isu ini kerana sikap lidah bercabang adalah sikap semula jadi rejim Israel.

Kedua-dua saluran umum dan swasta Channel 10 melaporkan, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang menerima tekanan kuat dari pihak antarabangsa, memutuskan untuk mengurangkan sekatan dan mengambil langkah-langkah menamatkannya.

Netanyahu berjanji akan kekalkan sekatan laut ke atas Gaza, langkah yang dikatakan penting bagi menghalang Gaza daripada menjadi ‘pelabuhan Iran’ yang membolehkan senjata dibawa masuk secara bebas.

Pendekatan baru yang dianggap mungkin sebagai rahmat ‘persefahaman Blair-Netanyahu’, hanyalah satu usaha jangka pendek yang hanya bertujuan mengalih perhatian dunia terhadap kekejaman Israel.

Tanpa ada sebab musabab dalam hal perbincangan isu kelonggaran sekatan, Iran pula cuba dikaitkan dalam hal penyeludupan senjata melalui laut dan ini petanda awal bahawa Israel dan abangnya, AS akan menumpu perhatian untuk memusnahkan Iran.

Sebelum negara haram ini menerima banyak tekanan diplomasi (sekadar ucapan beberapa pemimpin PBB sahaja) Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, menolak untuk menarik sekatan ke atas Gaza, malah menegaskan larangan bantuan beberapa siri Viva Palestina dan konvoi pelbagai NGO serata dunia melalui jalan darat dan laut adalah sebagai punca membuka pintu penyeludupan persenjataan Hamas.

"Ini bukan 'Kapal penyelamat'. Itu adalah kapal kerosakan," kata Netanyahu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga bersetuju mengambil balik bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dirampas oleh Israel dan mengagihkannya di kawasan penempatan Palestin yang ditutup selepas didesak oleh semua pihak serta langkah awal pelobi Yahudi di dalam PBB untuk mengelakkan tekanan politik bertukar menjadi tekanan ekonomi seperti pada tahun 2006 dahulu.

Penyelaras PBB bagi rantau Asia Barat, Robert Serry memberitahu Majlis Keselamatan PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah memperoleh kebenaran pemilik tiga kapal yang didaftar di Turki bagi mengambil alih bahan berkenaan dan memikul tanggungjawab memastikan ia diagihkan di Gaza bagi tujuan kemanusiaan.

Bank Dunia membuat anggaran bahawa 80% impot ke Gaza datang dari terowong bawah tanah. Pada tahun 2008, rakyat Gaza merobohkan pagar sempadan dengan Mesir, dan PBB menganggar bahawa setengah dari 1.5 juta populasi Gaza segera berhijrah ke Mesir untuk mendapatkan gas, minyak masak, dan semua keperluan sehari-hari sebelum sempadan (Rafah) tersebut ditutup kembali oleh tentera Mesir.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Kenapa kita perlu menyokong Palestin

oleh SM Mohamed Idris

Pembunuhan, rampasan, dan penculikan penumpang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia, menjadi satu peringatan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Israel melakukannya dengan bebas daripada hukuman, mengingkari undang-undang antarabangsa dan menghina pendapat awam dunia.

Kapal-kapal itu cuba untuk menghantar bantuan ke Gaza yang kini terkepung oleh Israel sejak 2006. Kepungan yang bertentangan dengan undang-undang ini telah menafikan penduduk Palestin kemudahan asas bagi keperluan harian mereka yang secara tidak langsung menjadikan mereka hidup dalam kebuluran.

Makanan, ubatan, air, simen, malah pensil dan sabun tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh pihak berkuasa Israel. Pada hakikatnya Israel telah berjaya dalam memusnahkan ekonomi Palestin; menjadikan 80% daripada penduduknya bergantung kepada bantuan makanan dan 90% hidup dalam kemiskinan; lebih separuh daripada isirumah makan hanya sekali sehari; lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan; meracuni tanah dan airnya dan menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal sejak serangan tentera pada 2008-2009. Penduduk Palestin terperangkap di Gaza dan beratus orang lagi mati kerana mereka tidak dibenarkan keluar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang dapat menyelamatkan nyawa.

Kita jangan lupa peranan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) dalam tragedi ini apabila mereka mengenakan sekatan ekonomi yang menyokong kepungan Israel untuk menghukum penduduk Gaza kerana memilih Hamas pada Januari 2006 dalam pilihan raya yang bebas dan adil.

Kepungan yang tidak berperikemanusiaan ini diperkukuhkan lagi apabila AS mendalangi rampasan kuasa yang gagal terhadap kerajaan yang diketuai Hamas di Gaza pada 2007. Dengan kerjasama rapat dari Mesir, Israel berjaya menukarkan Gaza kepada penjara terbuka untuk 1.5 juta penghuninya. Mesir kini menguatkan lagi penjara itu dengan menutup terowong bawah tanah yang digunakan untuk membawa makanan dan kemudahan lain ke Gaza.

Kita perlu jelas bahawa masalah Palestin bukanlah hanya krisis kemanusiaan. Isu utama ialah pendudukan tentera Israel secara haram dan perampasan ke atas penduduk Palestin. Kini hampir empat juta rakyat Palestin hidup di bawah pendudukan yang paling kejam dan lama dalam sejarah moden.

Di bawah pendudukan ini rakyat Palestin mengalami keganasan, pembunuhan, dan kekejaman di tangan tentera Israel pada setiap hari. Lebih 40 tahun Israel mengepung seluruh penduduk di sebalik halangan dan pusat pemeriksaan; merampas tanah dan air mereka; memusnahkan rumah, perniagaan dan tanaman mereka; memindahkan penduduk; membunuh orang awam dengan sewenang-wenangnya melalui serangan bersenjata untuk membunuh mereka yang disyaki militan; menjalankan penculikan, membunuh, menyiksa dan menghukum secara kolektif.

Pembunuhan dan jenazah golongan muda dan bayi yang terbunuh oleh serangan bom dan peluru senjata Israel menjadi satu pemandangan biasa pada setiap hari. Kanak-kanak dibunuh di pusat pemeriksaan, di jalan raya, dalam perjalanan ke sekolah dan di rumah mereka. Perangkaan ini kurang menarik berbanding pengeboman bunuh diri. Itulah ketidakadilan, penghinaan, penderitaan, dan keganasan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Palestin di tangan tentera Israel.

Malangnya kita tidak dapat membaca kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia ini di dalam media korporat Barat kerana laporan mereka yang berat sebelah.

Israel terus mengembangkan penempatan haram di wilayah yang diduduki yang melanggar undang-undang antarabangsa. Ia telah membina tembok pemisah di dalam tanah Palestin yang jelas melanggar undang-undang dan sesuatu yang tidak bermoral menurut Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Keganasan sistematik terhadap penduduk dan tanah mereka jelas merupakan strategi untuk menafikan rakyat Palestin terhadap tanah mereka dan menghapuskan budaya, geografi, identiti, masyarakat dan sejarah kewujudan mereka.

Pencerobohan Israel selama tiga minggu ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 – 20 Januari 2009 membunuh lebih 1,400 penduduk Palestin, di mana lebih 80% daripadanya merupakan orang awam. Enam ribu empat ratus buah rumah musnah dan kira-kira 75% bangunan musnah sehingga hari ini akibat kepungan yang berterusan.

Sepanjang pembunuhan ini tiada satu pun kuasa Barat yang mengutuk kekejaman itu. Presiden AS Barack Obama yang baru dilantik tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia adalah rencana bekas Presiden Bush.

Kemusnahan ke atas Gaza dicapai dengan penggunaan teknologi ketenteraan AS: F-16, helikopter Apache, fosforus putih, depleted uranium, bom kluster, dan senjata baru seperti dense inert material explosives (DIME) yang menyebabkan kecederaan yang tidak pernah dirawat oleh doktor sebelum ini. Senjata ini disediakan oleh AS yang kebanyakannya sebagai geran ketenteraan. Pada hakikatnya Gaza digunakan sebagai makmal untuk menguji keberkesanan pembunuhan dengan senjata baru ini.

Pada September 2009, Misi Mencari Fakta diketuai oleh Hakim Richard Goldstone mendapati terdapat beberapa bukti menunjukkan pencabulan serius oleh Israel terhadap hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan di Gaza dan Israel telah melakukan satu jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan.

AS mengutuk Laporan Goldstone dan menganggapnya ‘cacat’ dan ‘tidak seimbang’. Sekutu Eropah juga gagal untuk mengesahkannya. Pentadbiran Obama juga telah menyekat sebarang pertimbangan Majlis Keselamatan berhubung laporan itu bagi memastikan Israel dilindungi daripada siasatan terhadap jenayah perang.

Dalam episod terbaru, di mana Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang awam, sokongan AS yang berterusan kepada Israel yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa sekali lagi dapat dilihat. Majlis Keselamatan PBB gagal untuk mengemukakan resolusi terhadap Israel malah AS hanya mengeluarkan ‘kenyataan presiden’ yang mengkritik dengan lemah sepertimana yang dianggap oleh Menteri Luar Turki sebagai ‘perompak dan lanun’ dan ‘pembunuhan yang dilakukan oleh sebuah negara’.

Amat jelas sekali sikap dwistandard yang diamalkan oleh kuasa Barat menunjukkan kepada kita bahawa undang-undang antarabangsa tidak tertakluk kepada mereka dan rakan-rakan. Oleh sebab itu, Israel terus menikmati perlindungan AS dan sekutu Eropah dan tidak tertakluk kepada sekatan atau resolusi Majlis Keselamatan.

Tetapi terdapat berita baik untuk kita semua. Warga dunia kini dapat melihat dasar hipokrit dan pengecut kerajaan mereka terhadap Palestin dan kegagalan PBB dalam mendukung undang-undang antarabangsa berhubung Israel.

Tidak lagi sekadar sokongan kemanusiaan, kini pergerakan perpaduan global semakin berkembang untuk memulakan kempen boikot terhadap Israel. Rakyat biasa dan pengguna menggesa supaya tindakan diambil terhadap Israel sepertimana yang dilakukan terhadap rejim apartheid Afrika Selatan dengan ‘boikot, menarik pelaburan dan sekatan’ (BDS).

BDS yang dimulakan oleh pertubuhan awam Palestin pada 2005 untuk mengakhiri sikap Israel yang bebas daripada hukuman dan mendukung hak asasi manusia sejagat kini mendapat sokongan komuniti dunia melibatkan kesatuan sekerja, ahli akademik, pihak gereja, individu dan NGO.

Sudah pun terdapat banyak kejayaan terhadap boikot pengguna seperti penolakan produk makanan di Eropah: Di Britain pihak Sainsbury dan Tesco menerima tekanan untuk mengenal pasti produk ‘petempatan’ yang mana penjualannya melanggar klausa hak asasi manusia dalam perjanjian perdagangan EU dengan Israel.

Kempen terhadap produk kecantikan Ahava buatan petempatan haram Tebing Barat memaksa syarikat itu menggugurkan duta selebriti Kristin Davis bintang dalam Sex in the City. Produk Ahava kini sedang diboikot di Eropah.

Kempen BDS lain ialah mensasarkan Caterpillar yang mana jentera beratnya digunakan oleh tentera Israel untuk memusnahkan rumah rakyat Palestin.

Di Ireland, bantahan terhadap Veolia (dikenali di UK kerana menjalankan kereta api Connex dan kontrak sanitasi) kepada Dewan Bandar Raya Dublin meminta supaya majlis bandar raya itu tidak memperbaharui atau menandatangani sebarang kontrak dengan syarikat itu. Di Australia, Veolia kehilangan bidaannya untuk loji penyahmasinan bernilai berbilion dolar. Kontrak Veolia untuk mengendalikan sistem metro di Stockholm juga tidak diperbaharui. Veolia adalah syarikat Perancis yang merancang untuk membina sistem keretapi di Baitulmuqadis dan membina secara haram kawasan pembuangan sampah Tovlan di Tebing Barat.

Menarik pelaburan daripada syarikat yang melakukan perniagaan di Israel dan syarikat Israel sudah pun berlaku. Gereja Presbyterian AS mengundi untuk ‘proses memilih menarik balik pelaburan dalam perbadanan multinasional yang menjalankan perniagaan dengan Israel’. Pelajar Berkeley, Universiti California meluluskan usul dalam senat universiti menggesa ditarik pelaburan daripada syarikat yang membekalkan Israel dengan bahan yang digunakan oleh tenteranya.

Norway mengeluarkan syarikat Elbit Systems Ltd., Israel yang membina tembok pemisah di wilayah yang diduduki daripada portfolio dana pencen global negara itu. Elbit Systems membina sistem elektronik bagi pengawasan, perisikan dan komunikasi. Gereja England juga telah memutuskan untuk menarik pelaburan £2.2 juta daripada Caterpillar.

Kempen BDS telah memberikan momentum sejak 22 hari Israel melakukan pembunuhan di Gaza.

Seminggu selepas pembunuhan Israel di Gaza, South African Transport dan Allied Workers Union enggan untuk memunggah muatan daripada kapal Israel di Durban.

The Scottish Trade Union Congress turut mengikut langkah South African Trade Union Federation COSATU dan Irish Congress of Trade Union untuk melaksanakan BDS terhadap Israel. The British Trade Union Congress mewakili lebih 6.5 juta pekerja juga turut melakukan boikot.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Pasukan bola mana juara piala dunia



Soalan 1:

Apakah perubahan yang diharapkan oleh Naib Presiden sekalian terhadap pemimpin tertinggi PAS SELEPAS muktamar ini?

TITM: Harapan utama saya agar Muktamar bukan sahaja menjadi pertemuan rutin tahunan, pembentangan dan perbahasan yang bergegar-gegar - tetapi gagal diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Harapan saya agar muktamar kali ini dapat merumus strategi gerak kerja bagi meningkatkan sokongan massa kepada PAS dengan melihat (kepada) kelemahan yang ada bagi memperbaiki dan dijadikan medan untuk membangkitkan semangat juang dalam persiapan menghadapi PRU ke 13 serta peningkatan gerak kerja dakwah dan tarbiyyah.

SA: Kita akan bekerja kuat sekali ganda lagi untuk memastikan parti kita akan benar-benar dapat bergerak pantas khususnya dalam membuat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi cabaran semasa terutamanya mempersiapkan strategi dan persediaan kita dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Saya rasa ada persepi bahawa pemimpin PAS tertinggi berpecah yang wujud di kalangan orang luar, tapi apa yang penting sekarang kita mampu membuktikan bahawa kita tidak berpecah dan kita mampu mengurus krisis dalam parti kita dan kita mampu untuk mewujudkan satu kesepaduan fikrah dalam parti kita.

MO: Apa yang diharapkan ialah pimpinan tertinggi perlu memberikan tumpuan kepada melonjakkan tahap sokongan dan dukungan rakyat dari pelbagai kaum kepada PAS.

Kepimpinan PAS perlu menyediakan suatu pelan sterategi yang menyeluruh dan menetapkan sasaran yg perlu dan munasabah untuk dicapai dalam pilihanraya umum akan datang.

Kepimpinan PAS perlu mengelak dari dilihat wujudnya perbezaan dan perbalahan tebuka sesama sendiri yang boleh menyebabkan ahli, penyokong dan rakyat yang inginkan perubahan merasa meluat dan menyampah terhadap PAS.

Soalan 2:

Pasukan manakah yang menjadi pilihan naib presiden sekalian dalam piala dunia di Afrika Selatan?

MO: Pasukan pilihan saya tentu lah pasukkan yang bawa tarian samba diwaktu permainan….mana kalau bukan Brazil yang melahirkan raja bolasepak dunia Pele….go..go..go Brazil....go

TITM: Pasukan pilihan saya ialah Argentina; walaupun corak mainan Jerman juga menarik.

SA: Sudah tentu saya akan memilih pasukan Brazil kerana saya mahu dalam bidang apapun kita dapat mempamerkan satu persembahan yang dapat terpahat di hati manusia dan diingati sepanjang zaman. Dan kenapa saya nak pilih Brazil kerana itulah persembahan yang saya nak kaitkan dengan cara dan stail PAS berpolitik.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Keshvinder ‘tidur' masa PR perintah Perak


16 Jun 2010:
Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh yang mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan DAP dan menjadi Adun Bebas disifatkan sebagai membuka pekung sendiri.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Khalil Idham Lim (gambar) berkata, tindakan Keshvinder tersebut akibat menyedari tidak mampu menyelesaikan masalah serius rakyat di kawasannya sendiri sejak Mac 2008 lalu.

Katanya, selama menjadi Adun sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, Keshvinder didakwa ‘tidur’ sehingga tidak tahu permasalahan yang berlaku di kawasannya.

"Saya tidak tahu apa yang dia lakukan sejak dia menjadi Adun sehingga rampasan kuasa, sehingga baru tahu ada orang susah di kawasannya selepas BN merampas kuasa.

"Sesudah 2 tahun lebih menjadi Adun baru dia mahu berlagak menjadi wakil rakyat di Dun yang dimenanginya. Sebelum ini dia ‘tidur’ sahaja," kata Idham Lim yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebelum ini, kata Idham Lim, memberi peruntukan sebanyak RM75,000 yang disalurkan melalui pejabat daerah dan dikendalikan kelulusannya oleh Adun termasuk Keshvinder, namun tidak tahu ke mana peruntukan wang tersebut disalurkannya.

Semalam, Keshvinder mengumumkan keluar parti pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang.

Beliau sebelum ini pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS

15 Jun 2010:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.

Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.

Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.

“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Cabaran Sepantas Messi untuk rakyat Malaysia sempena piala dunia 2010. klik untuk maklumat lanjut.

Harakah Online Preview: Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan


Pemergian Ustaz Hassan Shukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap
hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak ke mana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil ‘ustaz’ masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di markas PAS Taman melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi dalam dirinya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Agung PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja laut Kuala lumpur, begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal Rm20,000, beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas.

Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz Hashim Jasin dan ustaz Nakhaei untuk mereka samasama membeli tanah dengan harga sekitar Rm26,000 bagi meluaskan kawasan markas sekitar tahun 1982. Selain menerima sumbangan wang, markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya.

Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, markas PAS Taman melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik, ia menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KlIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di setiap pelosok negara. Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan “buku undang-undang PAS” yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.

“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya...disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.

Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah...!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.

Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Penegoro sambil menghayunkan senjata parang.

Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.

Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta
oleh dua wanita terbabit.

“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.

Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.

“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.

Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan 3 hari!

“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.

Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya.

Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.

“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.

Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.

Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.

Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantapdan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.

“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.

Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam.

“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah...” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah


14 Jun 2010:
Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Cabaran Sepantas Messi untuk rakyat Malaysia sempena piala dunia 2010. klik untuk maklumat lanjut.

Harakah Online Preview: PAS sudah enam kali berdialog dengan gereja


13 Jun 2010:
PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional sudah berdialog dengan enam buah gereja di negara ini dan akan meneruskan lagi usaha ini untuk membolehkan persefahaman tercapai antara PAS dengan penganut Kristian.

Pengerusinya, Dr Mujahid Yusof (gambar) berkata, dialog dengan pelbagai pihak ini dibuat sebagai satu medan baru yang diambil oleh lajnah itu selepas selesai menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Selepas berjaya diselesaikan, kita serahkan pengawasannya kepada Lembaga Penasihat DHPP yang dipimpin oleh naib presiden Salahudin Ayub," kata Mujahid.

Melalui lembaga ini, kata Mujahid, badan baru dalam PAS ini akan dibimbing yang antara lain untuk memastikan mereka memahami budaya PAS dengan baik.

Semasa penubuhan DHPP Mei lalu, semua ahlinya telah berikrar untuk memastikan mereka sentiasa bersama PAS dan tidak menyusahkan PAS.

"Antara ikrar mereka, atau bai'ahlah bagi kita, adalah menjunjung dasar PAS, mentaati perintah pimpinan PAS, menjaga nama baik..ini janji mereka," kata Mujahid ketika menggulung perbahasan ucapan dasar PAS di hari ketiga muktamar.

Dalam ucapannya, Mujahid memaklumkan, lajnahnya melaksanakan konsep untuk melibatkan sepenuhnya muslimat dalam organisasi PAS.

"Timbalan saya adalah muslimat iaitu Dr Halimah Ali (Exco kerajaan negeri Selangor), begitu juga setiausaha lajnah ini adalah muslimat," kata Mujahid.

untuk berita lanjut, sila klik disiniCabaran Sepantas Messi untuk rakyat Malaysia sempena piala dunia 2010. klik untuk maklumat lanjut.

Harakah Online Preview: Lima petugas Yayasan Amal berlepas ke Gaza

13 Jun 2010:
Lima lagi petugas Yayasan Amal Malaysia berlepas dari KLIA pagi tadi untuk Misi Kemanusiaan Gaza bagi memantau pelbagai projek bernilai RM1.5 juta yang telah disumbangkan oleh yayasan itu sebelum ini.

Kelima-lima mereka adalah Dr Abd Rani Osman (Adun Meru), Ust Jamsari B Marsom, Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah, Syed Ahmad B Syed Mohamed Ali dan Mohamad Aszami B Anuar

"Kami dijangka transit di Doha dan dijangka sampai ke Kaherah pada jam 5 petang waktu Mesir dan 10 malam jam Malaysia," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh delegasi ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Yayasan Amal Malaysia, Jamuliddin Elias adalah antara pemimpin yayasan itu ditahan oleh tentera Israel selepas kapal mereka Mavi Marmara ditahan.

Jamal adalah salah seorang dari 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal itu.


untuk berita lanjut, sila klik disini
Cabaran Sepantas Messi untuk rakyat Malaysia sempena piala dunia 2010. klik untuk maklumat lanjut.

Harakah Online Preview: Anwar, Kit Siang sertai muktamar PAS


11 Jun 2010:
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang menjadi antara tetamu penting dalam muktamar PAS ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini.

Kedua-duanya berjalan masuk bersama para pemimpin utama PAS yang diketuai Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta lain-lain pimpinan utama.

Turut sertai muktamar kali ini adalah para pemimpin kanan gerakan Islam seluruh dunia termasuklah dari Hamas yang sedang berdepan dengan tentera Zionis Israel sekarang.

Sebelum masuk ke dewan, Abdul Hadi telah memeriksa pembarisan Unit Amal dengan diiringi pasukan gendang Rebana Ubi Kelantan.



Dewan Muktamar Putik penuh sesak dengan perwakilan dan pemerhati serta tetamu dari luar negara. Tahun ini, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menghantar wakilnya buat pertama kalinya menyertai muktamar kali ini.

Sembilan wakil Hamas yang di ketuai Dr Munir Syed Garada turut menyertai muktamar ini walau masih lagi bertembung dengan tentera Zionis Israel.

Turut menjadi sebutan Pengerusi Tetap, Haji Abu Kassim Abdullah adalah sebahagian dari wakil NGO Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel ketika mereka menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

untuk berita lanjut, sila klik disini
Cabaran Sepantas Messi untuk rakyat Malaysia sempena piala dunia 2010. klik untuk maklumat lanjut.

Harakah Online Preview: JK Hak: Wakil APCO, Nazri dipanggil beri keterangan


9 Jun 2010:
Wakil syarikat APCO Worldwide dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dipanggil Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kira-kira jam 11.20 pagi ini untuk memberi keterangan berhubung kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirujuk kepada jawatankuasa itu.

Anwar yang ditemani peguam S Ambiga dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah turut untuk mengikuti keterangan yang diberikan oleh kedua-dua saksi itu walaupun tidak dijemput oleh jawatankuasa itu.

Bagaimanapun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak dibenarkan masuk oleh JK Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mengikuti keterangan yang disampaikan mereka.

Dalam sidang media sebentar tadi, beliau telah membuat permohonan untuk turut serta mendengar keterangan itu.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan jawatankuasa berkenaan yang tidak membenarkannya dan peguma untuk berbuat demikian.

Anwar juga mempersoalkan jawatankuasa itu yang mengubah keputusan semalam yang membenarkannya membawa peguam semasa dipanggil memberi keterangan tetapi hari ini tidak memberi kebenaran pula.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Judi bola: LLG bantah lesen, ajak sertai himpunan

9 Jun 2010
Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru pertubuhan masyarakat madani meneruskan protes terhadap kerajaan yang meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010.

Presidennya, Dr Toh Kin Woon juga menyeru masyarakat menghadiri perhimpunan besar yang dianjurkan oleh Gabungan Rakyat Membantah Judi (GMJ) pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

“Rakyat mesti mengambil bahagian dalam isu-isu masyarakat, menerajui agenda rakyat, inilah maksud demokrasi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kerajaan juga, katanya harus mengurangkan bilangan pembukaan Toto Magnum, menggalakkan rakyat rajin bekerja untuk menjana pendapatan, bukan berfikir secara opportunis dan giat membeli nombor ramalan ekor.

Tambahnya, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak bukan sahaja menggalakkan gejala judi, mengaitkan aktiviti sukan dengan judi dan mencemarkan fikiran belia-belia juga tidak dapat membendung perjudian haram secara berkesan.

Menurutnya lagi, asas pemberian lesen judi bola sepak tidak dapat membendung perjudian haram dan usaha meningkatkan pendapatan kerajaan tidak meyakinkan.

Baginya, negara tidak perlu meningkatkan hasil cukai dengan pendekatan mencemarkan fikiran belia dan membahayakan masyarakat melalui kelulusan lesen judi itu.

Hakikatnya, kata beliau pendapatan negara disalahgunakan dengan perbelanjaan boros termasuk skandal khazanah negara yang disalurkan kepada parti politik yang sering kali berlaku.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Gaza: Sukarelawan kita selamat tiba pagi ini

6 Jun 2010
Seramai 12 sukarelawan negara ini yang ditawan oleh tentera rejim Israel pagi Isnin lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.45 pagi ini.

Mereka yang berlepas dari Istanbul, Turki adalah aktivis dan wakil media yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel itu.

Maklumat laman web Lifeline4Gaza sebelum ini menyatakan mereka terdiri daripada ketua misi daripada HaluanPalestin, Noorazman Mohd Samsuddin bersama empat rakannya, Dr Mohd Arbai’e Syawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Al-Hami Husain Suhaimi dan Mohd Nizam Mohd Awang.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Satu lagi misi bantuan mencabar Israel

Ketika Israel masih lagi berdepan dengan kecaman masyarakat antarabangsa kerana serangan ganas tenteranya terhadap konvoi kapal Freedom Flotilla yang hendak membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, kini Israel berdepan dengan satu lagi kapal – Rachel Corre - yang akan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang kini sedang menghampiri pantai Gaza.

Kapal yang mengibarkan bendera Ireland, adalah sebuah kapal dagang yang dibeli oleh para aktivis pro-Palestin dan dinamai menurut nama seorang sukarelawan Amerikayang terbunuh dirempuh oleh bulldozer Israel di Jalur Gaza pada 2003. Kapal itu berangkat dari Malta baru-baru ini, sebuah negara kepulauan di Eropah Selatan.

Perdana Menteri Ireland, Brian Cowen, mendesak Israel untuk membenarkan kapalnya menyampaikan bantuan ke Gaza. Kapal tersebut membawa 15 aktivis termasuk seorang pemenang Nobel Perdamaian dari Ireland Utara, Mairead Corrigan Maguire dan Denis Halliday, seorang mantan diplomat veteran Ireland ke PBB, dan beberapa warga negara Ireland lainnya. Turut serta empat orang sukarelawan Malaysia.

"Pemerintah Ireland secara rasmi meminta kerajaan Israel untuk membenarkan kapal milik Ireland masuk ke Gaza membawa bantuan kemanusiaan," kata Cowen Parlemen di Dublin. Sementara itu, Israel berkeras bahwa kapal manapun datang ke Jalur Gaza akan dilarang.
Namun para aktivis tidak merasa gentar gentar. "Misi kami adalah untuk mematahkan sekatan Israel terhadap 1.5 juta penduduk Gaza dan ini tidak akan menjadi armada terakhir," kata jurucakap Free Gaza Movement Greta Berlin, di Cyprus.

Radio Angkatan Darat Israel melaporkan bahwa kapal itu akan tiba di perairan Gaza pada Jumaat, tapi Berlin menyatakan paling cepat mereka akan sampai pada awal minggu depan. Sekali lagi Israel akan berkonfrantasi dengan masyarakat antara bangsa dan ini menunjukkan ia semakin terpencil dan dibenci oleh dunia, kecuali Amerika.

Liga Arab pula mengumumkan akan memfailkan saman terhadap Israel kerana melanggar hak asasi manusia kerana mengadakan sekatan terhadap Gaza dan menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza. Langkah ini dilihat lebih kejam, disusul dengan demonstrasi seluruh dunia yang mengutuk rejim Israel.

Sementara itu, banyak yang dapat dipelajari dari peristiwa serangan ganas tentera rejim Israel terhadap kapal misi yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Rupanya ada hikmah peristiwa ini. Hendaknya mayarakat, khususnya umat Islam, wajar berfikir secara mendalam akan peristiwa ini. Natijah peristiwa ini ialah:

Pertama. Isu Gaza tidak lagi hanya menjadi isu umat Islam, tetapi kini telah menjadi isu kemanusiaan yang menjadi fokus masyarakat antarabangsa, khususnya negara Eropah. Perkembangan ini sangat menarik, menyebabkan Amerika kebingungan bagaimana hendak menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku selama ini dan tidak pernah diduganya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam


5 Jun 2010
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam.

“Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke pangkal jalan,” ujarnya ketika merasmikan Kembara Tarbawi 4WD Ke Blok 6 Air Putih, Kemaman di Rusila, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan kejam tentera Israel itu juga turut menguji kekuatan umat Islam secara amnya.

Ini, katanya kerana bangsa Yahudi juga bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel.

Tambah beliau, penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan.

Pertama, katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

Mereka juga, katanya berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

Rukun ketiga, jelasnya bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

“Keempat, mereka menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.,” jelasnya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Gagasan rakyat Malaysia menentang Israel


oleh Zulkifli Mohd Nani

Chargé d’Affaires
Kedutaan Amerika, Malaysia
Mr. Robert G. Rapson

MEMORANDUM KEPADA AMERIKA SYARIKAT MENGENAI GAGASAN RAKYAT MALAYSIA MENENTANG ISRAEL

MAKA persaksikanlah pada hari ini, dengan perhimpunan raksasa rakyat Malaysia di hadapan pagar kedutaan kamu yang berkunci, bahawa inilah harinya kami mengisytiharkan yang kami tidak akan lagi bertolak ansur dengan kerajaan kamu yang mendokong, melindungi dan memanjakan negara jahanam Israel.

Kami amat terkejut dengan sikap pipi tak mancung hidung tersorong-sorong kerajaan kamu hingga ke tahap memalukan Presiden kamu sendiri dalam “lintas langsung” siaran televisyen berbayar bila mana binatang bernama Netanyahu memarahi, membuat muka serta memalingkan diri bila mana Tuan Obama mengesyorkan perbincangan mengenai mandian berdarah oleh Israel di atas kapal “MV Mavi Marmara” di Lautan Mediterranean. Rakyat kamu memilih Obama untuk memimpin Amerika dan sekarang Israel telah memalukan kamu bagaikan anjing yang terselit ekor di kedua-dua celah kakinya.

Apa yang bermain di kepala mu, Amerika? Yakni kamu – kononnya suatu kuasa besar – jadi pengecut dengan bayi kamu bernama Israel, yang kini mengigit tangan kamu dan menunjukkan taringnya?

Kami, rakyat Malaysia demokratik yang sering berdiri menegakkan idealisme sebuah masyarakat yang bebas, tidak dapat menahan diri melainkan ketawa kerana kebodohan dan ketidaktentuan Amerika. Kamu tidak lagi menjadi model dunia merdeka sepertimana yang kamu mahu kami percayai.

Respons kamu yang seolah-olah dibius mengenai pembunuhan membuta-tuli orang awam – 19 orang di mana Israel cuba kurangkan dengan 10 kematian setelah membuang tubuh-tubuh sebahagiannya masih bernyawa ke dalam Lautan Mediterranean – daripada atas kapal “MV Mavi Marmara” pada 31 Mei telah menandakan bahawa hari pembalasan telah tiba untuk Amerika dan masyarakatnya yang terkeliru, sebagai sebuah negara yang besar dan pernah disegani kini jatuh melutut kerana kesilapan dirinya sendiri – yakni penciptaan raksasa gila dan rakus bernama Israel.

Kami, warga Malaysia pelbagai agama dan bangsa hari ini berdiri dalam solidariti bagi mendeklarasikan di depan kamu bahawa kami sekali-kali TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN membiarkan tragedi malang di lautan lepas oleh lanun oleh Israel itu berlalu saja tanpa balasan. Ingat kata-kata ini!

Kami akan pertanggungjawabkan kamu kerana Amerika adalah penyokong dan tukang dana No. 1 untuk Israel. Kamu memalukan diri sendiri dengan bersekongkol dengan negara berisi pengganas ini dan kami tahu kamu akan kecundang akibatnya. Masyarakat sampahan bernama Israel ini membawa malu kepada ketamadunan abad ini dan tindakan sembrononya terhadap 600 penumpang kapal relawan kemanusiaan daripada lebih 50 buah negara pada Mei 31, 2010; menembak sesuka hati dengan peluru hidup, menembak dari jauh, menembak jarak dekat, menggunakan kekerasan dengan menendang, memukul dan memijak mereka, sebenarnya itulah apa yang tentera KAMU mengajar untuk diperlakukan ke atas rakyat Palestin, Iraq, Pakistan, Filipina, Thailand dan Afghanistan.

Sekarang kamu tidak teragak-agak melakukan perkara yang sama ke atas misi kemanusiaan daripada 50 buah negara, ramai di antara mereka adalah sekutu kepada kulit putih Amerika sendiri , kerana kebelakangan ini kamu sudah buta warna dek penangan Israel. Dan ini adalah kesilapan terbesar kamu!

Kini mereka ini memusuhi kamu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: 50 ribu sertai demo bantah Israel


4 Jun 2010:
Lebih 50 ribu menyertai perarakan dari Kg. Baru ke Keduataan Amerika siang tadi bagi membantah kekejaman tentera Zionis Israel menyerang konvoi kemanusian antarabangsa ke Gaza awal minggu ini.

Himpunan anjuran Pakatan Rakyat bersama NGO itu diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

___________

3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.

3.38 petang: Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan bantahan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis.

Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah rela di atas pengainayaan zionis Israel.



3.32 petang: Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan.

Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO memohon untuk disampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.

Dalam responnya, Duta Amerika itu kata Anwar berjanji akan menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Obama minggu hadapan.

Pakatan Rakyat juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan kejam Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu adalah disebabkan Amerika terlalu lembut menasihati israel.

3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.

3.25 petang: Sementara menunggu delegasi serah memorandum selesai, pimpinan pakatan rakyat yang lain sedang memberi ucapan di hadapan lebih 50 ribu peserta himpunan. Antara yang berucap adalah Salahuddin Ayub dan Dr. Hatta Ramli.

3.10 petang: Polis membenarkan lima pimpinan utama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan Syed Husin Ali untuk masuk ke bangunan kedutaan menyampaikan memorandum kepada pihak kedutaan US.

3.00 petang: Perarakan tiba berada di hadapan kedutaan. Kumpulan perarakan ditahan pihak polis kira-kira 20 meter sebelum tiba di hadapan kedutaan. Pimpinan yang mengepalai perarakan kini sedang berbincang dengan pihak polis. Turut serta Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharudin Mat Isa dan Lim Kit Siang.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Mavi Marmara dikosongkan, nasib aktivis tidak tentu


1 Jun 2010:
Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara.

Menurut laman web Haluan Palestin, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong.

Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel.

Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya sementara bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.

Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah, maka Israel maka mereka akan dihantar pulang secara langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv.

Manakala bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik, ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Nasib rakyat kita di atas kapal Mavi Marmara belum diketahui

1 Jun 2010:

Nasib 12 rakyat negara ini yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim haram zionis Israel awal pagi semalam masih belum diketahui.

Laman web LL4G melaporkan, berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa itu.

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

Sementara itu, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman yang selamat bersama 12 anggota keselamatan ke Gaza berada di Turki.

Mereka dijangka sampai ke tanah air kira-kira pukul empat petang esok setelah terpaksa transit di Dubai beberapa jam.

untuk berita lanjut, sila klik disini