Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview : AMK kesan ramai pengundi diragui di Bukit Selambau

SUNGAI LALANG - Angkatan Muda KeADILan (AMK) mengesan wujudnya ramai pengundi yang diragui statusnya dalam Dun N.25 Bukit Selambau.Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mededahkan perkara demikian dalam sidang media harian KeADILan yang diadakan di Bangunan Yayasan Aman di sini pagi tadi.Menurutnya, di lokaliti Taman Bandar Baru dalam peti undi Taman Bandar Baru, AMK telah mengesan seramai 2,215 daripada keseluruhan 3,544 orang pengundi yang diragui statusnya."Umpamanya d rumah No. 3 di Taman Bandar Baru terdapat 60 orang pengundi berdaftar di situ. Rumah-rumah di sana tidaklah besar tetapi diduduki oleh peghuni dari berbilang bangsa," katanya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : PAS Terengganu yakin Pakatan Rakyat menang di Bukit Gantang

KUALA NERUS, 31 Mac (Hrkh) - PAS Terengganu yakin Pakatan Rakyat menang serta mampu mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dalam pilihan raya kecil pada 7 April ini.Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik berkata faktor calon yang dikenali ramai diwakili oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu antara yang membawa kelebihannya."Tinjauan rambang yang dilakukan oleh jentera parti terhadap para pengundi di P.059 Bukit Gantang mendapati rakyat mahukan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dipilih."Kita (PAS) juga dapat tahu Umno dan Barisan Nasional (BN) mempunyai masalah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Trong akibat perpecahan pemimpin mereka," ujarnya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Apa kata pengundi mengenai Nizar?

Beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat akan membanjiri Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah pada hari penamaan calon pilihan raya kecil didua bukit itu serentak Ahad ini. Penamaan calon di Batang Ai, Sarawak juga diadakan di hari yang sama.Seperti yang diketahui, tiga pilihan raya kecil serentak ini dianggap oleh para pemerhati politik sebagai pungutan suara rakyat sama ada memihak kepada Pakatan Rakyat, ataupun kepada BN.Namun kebanyakkan pundit politik meramalkan Pakatan Rakyat akan dapat menewaskan BN di tiga kawasan tersebut.

Calon PAS di Bukit Gantang, Ir. Nizar Jamaludin sudahpun 'berkampung' sejak minggu lalu di kawasan tersebut, sementara calon PKR di Bukit Selambau, S. Manikumar sudah memulakan gerak kerjanya sejak beberapa hari lalu. Demikian juga calon Pakatan Rakyat di Batang Ai, Jawah Gerang, khabarnya sudahpun memulakan kerjanya.

Ir. Nizar benar-benat dilihat sebagai calon paling layak di Bukit Gantang itu, bukan semata-mata kerana beliau menjadi 'bintang' yang begitu bersinar sejak peristiwa hitam di Perak itu, tetapi juga kerana kewibawaannya, kewarakannya, pendidikannya, keintelektualannya dan kepimpinan cemerlangnya yang tunjukkannya sebagai Menteri Besar Perak walaupun selama 11 bulan.

Dengan parti yang diwakilinya, PAS yang membawa wadah 'Islam Untuk Semua' maka pengundi Bukit Gantang rasanya tidak mudah untuk menolaknya, bahkan mereka merasa bertuah kerana mendapat calon yang sebaik ini.Dari laporan yang diterima setakat ini, para pengundi ketiga-tiga Dun dalam Bukit Gantang itu � Dun Changkat Jering, Kuala Sepetang dan Trong � mengalu-ngalukan Ir. Nizar sebagai calon PAS.

Beberapa orang peniaga pasar malam di pekan Trong yang ditinjau pendapat mereka berkata, tidak ada sebab pengundi Bukit Gantang menolak Ir. Nizar.Bagi mereka Ir. Nizar adalah calon yang tepat dan terbaik.Peniaga itu, Hashim Ghani dan Sudin Mat Arif sama-sama bersetuju bahawa Ir. Nizar seorang pemimpin muda, berkebolehan yang mampu menyelesaikan masalah rakyat di Trong, malah di tempat lain di Bukit Gantang.

"Bukan mudah untuk mendapat calon yang baik begini.

"Kadang-kadang, ada calon itu kaya, tapi sombong. Ada pula sesetengah calon itu berpendidikan tinggi tapi kedekut,"kata keduanya.Bagi mereka, In. Nizar adalah calon yang angat layak diundi. "Kami Insya-Allah akan menyokong Nizar," kata Hashim dan disetujui oleh temannya tadi."Ir. Nizar adalah pemimpin muda berpendidikan tinggi yang berkebilehan," kata Adly Musa, seorang tuan punya sebuah syarikat swasta di Trong.Beliau sangat gembira mendengarkan Ir. Nizar menjadi calon di Bukit Gantang.

"Kepada saya dia adalah calon paling berkebolehan. Saya mengucapkan tahniah kepada parti PAS kerana memilih Ir. Nizar menjadi calon."Kelihatan markas PAS, PKR dan DAP sudah dibuka dan para petugas mulai sibuk membuat persiapan, sementara bendera dan poster parti sudah kelihatan di mana-mana.

Di Dun Changkat Jering, saya bertemu dengan seorang pesara, sedang minum bersama temannya di sebuah restoran di pekan itu. Ketika ditanya mengenai pencalonan Ir. Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang ini, pesaran itu, Haji Malik, spontan berkata:"Inilah calon yang bagus. Berpelajaran tinggi, walaupun tidak sampai setahun menjadi MB Perak, tetapi sudah ternyata kebolehannya. Anak saya yang menjadi pegawai di syarikat swasta di Kemunting selalu tengok internet di rumah. Sebab itu saya dapat tahu mengenai Ir. Nizar ini."

Kalau baca surat khabar biasa, atau tengok TV, katanya, kita tidak akan jumpa cerita yang baik mengenai Nizar, mengenai Pakata Rakyat.Melalui internet itu, katanya, beliau dapat tahu ketokohan Ir. Nizar. Kalau TV dan akhbar biasa, kata Haji Malik, kita bosan baca berita BN baik saja.Gerai-gerai makan yang baru dibuka di sebuah kawasan lapang sudah dikunjungi ramai.Salah seorang tuan punya gerai makan di situ, Yong Fidah, memberitahu saya, "Nizar ada datang ke sini minggu lalu, ramai orang mengiringi dia. Kepada saya, dia memang layak jadi calon di sini. Mak saya orang kuat muslimat PAS, dia kata Nizar ni orang ada pelajaran tinggi, warak orangnya. Kami terang-terang kata sokong Nizar."

Suami Yong Fidah yang baru tiba dari pasar, memunggah pelbagai bahan makanan tersenyum melihat saya dan beberapa kawan."Ini orang Selangor," kata isterinya memperkenalkan, "dia tanya fasal Nizar."Suaminya itu spontan menjawab: "Dia orang baik, ada ilmu. Saya pernah jumpa dia di suatu majlis di sini dulu. Saya dijemput makan dengan dia lepas dia ceramah. Ramah orangnya."

Kata suaminya itu lagi, dalam pilihan raya umum dulu, orang Cina dan India turut menyokong calon PAS di sini. Ramai yang membawa bendera PAS di tangan.Suasana begini dijangka akan berulang dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini nanti.Sementara itu pelbagai kenderaan mulai masuk di kawasan gerai makan di situ, bendera parti yang bertandingpun mulai dipasang di merata tempat.Suasana mulai sibuk. Suasana pilihan raya benar-benar terasa di Pekan Changkat Jering ini, namun belum juga berjumpa durian, yang khabarnya, antara yang terbaik di Perak ini.

Di Kuala Sepetang, udang baru yang diangkat dari pertahu dan bot nelayan di si situ sedang dipunggah untuk dijual di gerai-gerai mei udang yang berderet-deret di Kuala Sepetang itu.Keadaannya sungguh meriah, gerai-gerai mee udang sudah dikerumuni para peminat dari dalam dan luar Bukit Gantang yang kebanyakkannya mulai datang untuk menjadi petugas parti masing-masing dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang itu.

Kelihatan di dinding rumah dan kedai yang disewa oleh parti yang bertanding sudah dipenuhi bendera dan poster parti. Markas PAS, PKR dan DAP sudah sibuk denga petugas masing-masing.Beberapa orang Cina dan India turut sama berada di markas PAS, berbual seama sendiri.Pemandangan begini mengingatkan saya dalam PRU Ke-12 tahun lalu di mana orang Cina dan India turut membantu calon PAS, sementara petugas PAS juga sebaliknya.Dogma perkauman sudah mereka tinggalkan. - mks. _

Harakah Online Preview : "Lega tiada lagi duri dalam daging"

BUKIT SELAMBAU, 31 Mac (Hrkh) - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Kedah, Ahmad Kasim menyifatkan tindakan bekas Ketua Bahagian KeADILan Jerai, Kalaiwanar keluar parti bersama penyokongnya semalam tidak memberi kesan pada kempen Pakatan Rakyat di Bukit Selambau bahkan ramai terutamanya kaum India merasa lega kerana duri dalam daging akhirnya sudah tiada.Di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau Pakatan Rakyat mempunyai petugas yang ramai hasil bantuan daripada PAS dan DAP.

"Pada saya bila Kalaiwanar mengistiharkan diri keluar parti perasaan lega cukup tinggi begitu juga kaum India di Bukit Selambau. Selama ini beliau bukan berkempen membantu calon N25, Manikumar bahkan bersikap menikam dari belakang, " tegasnya ketika dihubungi pagi tadi.Tindakan itu juga kata beliau, berpunca daripada tidak dipilih sebagai calon pada pilihanraya kecil kali ini ekoran terdapat beberapa masalah dalaman yang menyukarkan beliau diterima ramai.Tambahan lagi, Bahagian Jerai hanya diamanahkan menjagai satu unit sahaja dan pastinya bahagian lain akan bertanggungjawab melaksanakan tugas yang ditinggalkan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah online Video: Penyokong BN tenggelam dalam lautan 50 ribu penyokong PR

Suasana sebenar penamaan calon bukit gantang

Video Khas >> Empat fokus Nizar di Bukit Gantang




Mengetengahkan matlamat perjuangan, memperincikan politik lama Umno dan seruan kepada menerima politik baru Pakatan Rakyat.
sumber:tvpas.com

Harakah Online Preview : Blogger tersohor beri sokongan pada Nizar

KAMUNTING - Beberapa orang penulis blog tersohor turut berada di Bukit Gantang bagi membantu memastikan calon PAS, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memperolehi kemenangan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.Mereka berada di sini sejak hari Sabtu dan turut sama menyertai perarakan ke pusat penamaan calon bersama penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semalam.Penulis blog yang juga seorang peguam terkemuka, Harris Ibrahim memberitahu Harakahdaily kehadiran mereka semua sebagai tanda sokongan terhadap Nizar yang akan bertanding di Bukit Gantang."Kami semua akan membantu dengan apa cara sekalipun bagi memastikan kemenangan Nizar dalam pilihanraya kecil ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Bukit Selambau: Masyarakat Siam sokong Pakatan Rakyat

BUKIT SELAMBAU - Masyarakat Siam sekitar Pekan Bukit Selambau bertekad akan memberi sokongan penuh pada calon Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Bukit Selambau pada pilihan raya kecil kali ini.Mereka berkata sokongan pada Barisan Nasional (BN) tidak membawa untung sebaliknya merugikan ekoran tindakan kepimpinan BN bila menang sering menghilangkan diri.BN dakwa mereka umpama 'layang-layang terputus ekor' terpusing ke sana ke mari tanpa tujuan maka tidak hairan mereka boleh melakukan berbagai cara semata-mata untuk menang.Deng Hong, 55, mendakwa Umno dan BN tidak boleh dipercayai lagi ekoran terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh kepimpinan tertinggi.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : PRK: Bukit Gantang turut dibanjiri polis,SB

KUALA LUMPUR 28 Mac 2009 - Seperti kebiasaan suasana pilihan raya tidak akan sunyi dengan kehadiran pihak berkuasa, dan ini tidak terkecuali di ketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 April kelak.Menurut Setiausaha Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Wan Nik Wan Yusoff, khemah dan pondok polis juga telah mula didirikan di sekitar kawasan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

"Setakat pemerhatian yang pihak jentera PAS jalankan, terdapat pondok dan khemah-khemah polis yang diwujudkan sepertimana yang dibuat di pilihan raya kecil Kuala Terengganu," katanya kepada Harakahdaily.Namun jelasnya, keadaan tersebut kali ini dijangka akan mengalami sedikit perbezaan memandangkan pilihan raya tersebut diadakan secara serentak bersama dengan Dun Selambau dan Batang Air.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Bukit Selambau: Calon bebas tarik diri,sokong KeADILan

KUALA LUMPUR 28 Mac 2009 - Seorang peniaga yang sudah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menarik diri sehari sebelum hari penamaan calon.Mohd Reduan Md Isa, 52, berkata beliau membuat pengumuman untuk bertanding pada tiga minggu lalu, tetapi kemudiannya menukar fikiran selepas berbincang dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

"Masa saya umumkan bertanding misi saya ialah untuk membela rakyat dan menerusi perbincangan dengan Anwar Ibrahim baru-baru ini, saya dapati misi kami sama iaitu untuk membawa perubahan dan oleh kerana itu saya tidak bertanding untuk memberi sokongan pada calon KeADILan," katanya kepada pemberita di bilik gerakan KeADILan di sini, hari ini.Beliau menafikan dakwaan kononnya mendapat inisiatif daripada pihak tertentu untuk menarik diri.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Melayu dan Bumiputera dihina,silap Umno sendiri

KUALA LUMPUR - PAS menyanggah kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyalahkan pembangkang bila orang Melayu dan bumiputera dihina sewenang-wenangnya.Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan perkara tersebut berlaku akibat kesilapan dan kelemahan Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN).Beliau menegaskan Abdullah tidak sepatutnya mengaitkan kelemahan Umno-BN dengan pembangkang kerana telah terbukti pemerintahan PAS di Kelantan yang telah hampir 20 tahun bersih dan telus tanpa sebarang salah laku dan rasuah."Kenapa Abdullah nak kaitkan pembangkang bila rakyat marah dengan Umno-BN sedangkan telah hampir 20 tahun PAS perintah Kelantan tidak ada pun exco atau wakil rakyat yang dikaitkan dengan rasuah.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : PAS Besut berkampung di UPU Bukit Gantang

BESUT - Bagi memastikan kerusi Bukit Gantang terus kekal di tangan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil 7 April ini, PAS Besut menghantar jentera pilihan raya bermula 15 Mac lalu.Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Adam Said berkata, rombongan pertama seramai 30 petugas terdiri daripada jentera pemuda dan muslimat berada di Bukit Gantang selama seminggu.Katanya, rombongan pertama itu diketuai Pengarah Majlis Tindakan Dun Jertih, Haji Hassan Salleh."Kita menggerakkan jentera kempen di Kampung Bukit Gantang yang terletak dalam Dun Changkat Jering," katanya ketika ditemui di sini.

Manakala kumpulan kedua seramai 30 orang petugas bertolak ke Bukit Gantang 21 Mac lalu bagi menggantikan kumpulan pertama.Menurutnya PAS Besut diberi tanggungjawab membantu petugas tempatan di UPU Bukit Gantang sehingga ke hari pengundian 7 April ini.Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian anggota Parlimen kawasan berkenaan, Roslan Sharom. Dato' Seri Nizar Jamaluddin akan membawa cabaran PAS mempertahankan kerusi tersebut. - mj _

Harakah Online Preview : Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun

SHAH ALAM, 27 Mac (Hrkh) - Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun Sungai Panjang dan ditarik elaun kerana engkar arahan Dun untuk menghadiri sesi siasatan terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat). Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim, berkata berhubung keengkaran Khir menghadiri sesi siasatan berkenaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis), laporan polis akan dibuat melalui Setiausaha Dun.Katanya, Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kecik yang juga isteri Khir akan diambil tindakan undang-undang kerana engkar menghadiri siasatan Selcat."Surat menyatakan keengganan Khir dan Zaharah untuk hadir ke siasatan Selcat telah disampaikan melalui peguamnya petang Isnin, 23 Mac," katanya dalam sidang media selepas siasatan Selcat, tengah hari tadi.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Patut TV3 digantung,bukannya Harakah!

Mohamad Helmi Mohamad Khalid

Saya merujuk kepada artikel segmen Dalam Negeri (muka surat 15) Utusan Malaysia bertarikh 24 Mac 2009.
Artikel adalah berkaitan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Syed Hamid Albar berhubung penggantungan permit dua akhbar iaitu Harakah dan Suara Keadilan.Saya memetik antara alasan menteri tersebut kenapa dua akhbar ini digantung permit serta merta selama tiga bulan.Dikatakan akhbar berkenaan telah menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat.

Menteri berkenaan turut berkata, "KDN mendapati Harakah dan Suara Keadilan banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas." (tetapi tidak disertakan bukti atau contoh kesalahan yang telah dilakukan).Sepatutnya TV3 yang selayaknya digantung permit.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : 'Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat'

Bukit Gantang - 'Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat' merupakan tema kempen PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, bagi merealisasikan kemenangan tersebut tiga pendekatan akan digunapakai oleh PAS dalam usaha mencapai kemenangan, sekaligus mempertahan kerusi Parlimen Bukit Gantang di tangan Pakatan Rakyat."Kita gunakan kaedah 3M, iaitu menerang, mendamping dan menawan,"

Demikian dijelaskan oleh Pengarah Operasi Jentera Pilihan raya PAS Parlimen Bukit Gantang, yang juga Pengerusi Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Perak, Asmuni Awi dalam sidang media di Markaz PAS Negeri di Air Kuning, Taiping semalam.Menurutnya melalui kaedah ini PAS akan menerangkan pelbagai isu termasuk isu yang diputarbelitkan BN disamping mendampingi pengundi-pengundi dengan bijaksana, sekaligus menawan hati para pengundi di kawasan ini untuk memilih calon PAS.Beliau percaya kaedah yang akan digunakan itu mampu merealisasikan harapan Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang di tangan PAS.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Manfaatkan zaman 'cakap kita lebih didengari'


15 Mac 2009

Kegairahan untuk menawan Kelantan dan memenangi banyak kerusi Parlimen pernah melanda PAS dalam pilihan raya umum 1986. Saya turut merasai keghairahan itu kerana kebetulan itulah kali pertama bekerja sepenuh masa dalam pilihan raya, membantu Bilik Gerakan Negeri PAS Kelantan. Ustaz Wan Jamil Mahmood, Ustaz Muhammad Husin, Ustaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Wan Ismail Machang yang terpaku di hadapan kaca tv Pejabat Perhubungan PAS Kelantan pada malam keputusan, adalah antara pemimpin yang terkejut dengan kekalahan teruk PAS di seluruh negara.

PAS tinggal satu kerusi Parlimen; Pak Nik Lah di Pengkalan Chepa. Forum tanpa pengerusi pada malam itu menghuraikan pelbagai alasan terhadap kekalahan PAS. Wan Ismail Machang dengan lantang menyalahkan Ustaz Nakhaie Ahmad yang menjalinkan hubungan dengan CCC sebagai sebab kekalahan. Pelbagai ulasan diberikan, diakhiri dengan satu kesimpulan. "Sebabnya, apa pun yang kita cakap, benar setara mana pun tapi orang tak mahu mendengar cakap kita." Cuma saya tidak ingat siapa yang mengungkap kata-kata itu.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda

Harakah Online Preview : Kes Petisyen Pensiangan: Mahkamah celarukan proses demokrasi



Ahad 15 Mac 2009

KOTA BHARU-Tindakan pegawai pengurus pilihan raya parlimen Pensiangan, Sabah 'menghalang' calon Parti KeADIlan Rakyat, Danny Anthony Andipai mengemukakan borang pencalonan seakan-akan dipersetujui Mahkamah Persekutuan.Ini kerana pada 13 Mac lalu mahkamah tersebut mengekalkan kerusi parlimen Pensiangan kepada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Joseph Kurup.Sedangkan Mahkamah Pilihan Raya pada 18 September tahun lalu membatalkan kemenangan tanpa bertanding Joseph, selepas Danny memfailkan petisyen pada 9 April tahun lalu.

Pada pilihan raya Mac lepas, Joseph yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) memenangi kerusi itu tanpa bertanding apabila Danny mendakwa beliau dihalang bagi mengemukakan borang pencalonan.Pada petisyen tersebut calon KeADILan terbabit menamakan Joseph sebagai responden pertama, manakala responden kedua, iaitu Pegawai Pengurus SPR, Bubudan OT Majalu.

untuk berita lanjut, sila klik disini
Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda

Harakah Online Preview : "Siapa Exco yang derhaka itu?" - MB Kedah

Khamis 5 Mac 2009

ALOR SETAR-Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mempersoalkan ketaatan kepada raja sepertimana dilaungkan Ketua Pemuda Umno yang juga Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid berikutan ketidakhadirannya ke Majlis Perlantikan Dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Anak Bukit pada 3 Mac baru-baru ini."Orang yang kata ada Exco derhaka tu, mereka pun tidak datang istana. Ketua Pemuda Umno itu dia Adun (Ayer Hangat), majlis ini Tuanku Sultan panggil, tetapi dia tak hadir. Dia kata dia taat kepada raja, bolehkah saya kata dia derhaka kepada raja? Berapa banyak majlis dia tidak pernah datang."Pergi tanya dia, derhaka atau tidak majlis Tuanku tidak datang. Dia kata (dakwa) orang derhaka kepada raja. Siapa dia, nama apa, buat di mana, ada bukti apa? Kalau itu barulah saya hormat, barulah profesional. Kata tidak profesional dia marah pula."Tidak tahulah kalau awak semua (wartawan) ada nampak Ketua Pemuda Umno datang hari ini. Berapa kali tak datang pun. Itu taatkah? Derhaka atau tak?" persoalnya pada sidang media selepas majlis tersebut.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Bahasa Melayu mati, bangsa Melayu terkubur! - Prof Dr Wan Abu Bakar

Dasar PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan semakin hebat disanggah. Pelbagai pandangan dari tenaga akademik meyakinkan lagi betapa buruknya dasar yang dipertahankan oleh BN ini. Harakah berkesempatan mewawancara Prof. Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas dari Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya yang mengajar subjek kejuruteraan dalam bahasa Melayu di universiti. Beliau menyifatkan kesan dasar itu terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu cukup terkesan. Beliau ditemui di pejabatnya oleh wartawan SALMIYAH HARUN dibantu INTAN ABDULLAH (Jurugambar).

Apa pandangan Prof terhadap dasar PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan?

PROF DR IR WAN ABU BAKAR: Bahasa Melayu patut diberikan peluang untuk berkembang sebagai ilmu terutama ilmu sains dan teknologi. Seandainya kita tidak menggunakan lagi bahasa Melayu untuk menguasai atau belajar, maka ilmu bahasa Melayu itu akan terbantut perkembangannya. Saya rasa suatu hari nanti bahasa Melayu akan ketinggalan dibandingkan dengan perkembangan ilmu. Ini sekali gus akan membunuh bahasa Melayu itu sendiri. PPSMI ada orang anggap ia penting tetapi budak-budak yang diberi peluang untuk menerima ilmu ini dengan baik sepatutnya dilakukan dalam bahasa yang mereka fahami.

Untuk laporan penuh, sila klik disini

Harakah Online Preview : Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan

Khamis 5 Mac 2009

KUALA LUMPUR-Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan."Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Keputusan SMS NTV7: 97 peratus undi sokong sidang DUN

KUALA LUMPUR-Keputusan Undian SMS yang dikendalikan oleh NTV7 melalui berita '7 Edition' baru-baru ini bertajuk "Apakah Sidang Tergempar SAH?" mendapat respon yang begitu mengejutkan.Dalam undian terbabit hasilnya secara keseluruhan, 97 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa sidang tergempar DUN itu sah diadakan esok sungguhpun Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menyanggah keputusan Speaker DUN Speaker DUN Perak, V.Sivakumar.Kata Najib ianya tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu sedangkan sebelum ini tanpa menunggu keputusan mahkamah, beliau menyokong dan bersetuju melantik Dato' Dr Zambry sebagai menteri besar yang baru.Difahamkan terdapat tiga faktor untuk Speaker memanggil Sidang DUN tergempar ini tanpa memerlukan perkenan Sultan.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : PKPIM seru mahasiswa seluruh kampus hadiri Himpunan 100 Ribu 7 Mac

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan badan penggerak Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) menyeru seluruh mahasiswa di semua kampus untuk turun beramai-ramai ke Perhimpunan 100 ribu rakyat pada 7 Mac ini bagi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di hadapan Istana Negara.Sebelum ini PKPIM telah bertegas menyatakan kesediaan dan kesetiaan untuk bersama-sama GMP menggerakkan perhimpunan 100 ribu di peringkat mahasiswa memandangkan suara kami yang disalurkan melalui pendekatan berlembut masih tidak didengari.Rentetan itu, PKPIM telah mengambil keputusan untuk melakukan apa saja termasuk untuk turun ke jalanan menggerakkan demonstrasi 100 ribu rakyat sebagai wadah terakhir mendesak pihak pemerintah mendaulatkan kembali martabat Bahasa Melayu.
Sebagai golongan anak muda yang berada pada zaman ketidaktentuan dasar pendidikan negara, kita harus sedar bahawa dasar PPSMI ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan dasar ini menyentuh isu pendidikan negara dan pendidikan secara tidak langsung akan melibatkan generasi pelajar.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Publisiti murah,kebudak-budakan Pemuda Umno Kedah

Ahad 1 Mac 2009

ALOR SETAR-Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan Pemuda Umno menimbulkan isu bahawa Exco Kerajaan Negeri Kedah menghina Tuanku Sultan Kedah tanpa asas yang benar sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.Beliau berkata demikian ketika diminta pihak media mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada malam sebelumnya."Kita buat laporanlah pasai apa, pertama sekali kita nampak ini publisiti murahan yang dibuat oleh pemuda Umno. Kalau (pemuda Umno) nak buat laporan pun biarlah ada asas. Kerana saya difahamkan dia dapat satu nota yang kata begitu begini.

Untuk berita lanjut, sila klik disini