Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online preview: Dihalang bersidang, 6 ditangkap

Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini sekali lagi dihalang dari menggunakan Dewan Negeri bagi mengadakan persidangan.Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini sekali lagi dihalang dari menggunakan Dewan Negeri bagi mengadakan persidangan.

Belum sempat memasuki 30 meter kawasan larangan ke Bangunan SUK pagi ini, tiga ADUN, dua orang awam dan seorang jurugambar telah pun ditangkap.

Tiga ADUN tersebut adalah ADUN Setiawan, Dato' Ngeh Ko Ham; Simpang Pulai Chan Meng Kai dan ADUN Malim Nawar, Keshwinder Singh.

Manakala jurugambar dari Nanyang Siang Pau, Stanley adalah yang paling awal ditangkap.

Ekoran halangan yang diterima itu, mereka akan mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage jam 11.30 pagi ini.

Terdahulu kesemua ADUN berkumpul di Wisama DAP bagi sesi taklimat dan perbincangan tertutup sebelum turun untuk menuju ke Bangunan SUK melalui Jalan Istana.

Mengetuai perarakan ADUN tersebut adalah Yang DiPertua Speaker, V.Sivakumar, Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dato' Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Meng.

Perarakan tersebut bagaimanapun dihalang oleh pihak polis kira-kira 15 meter dari pokok yang pernah digunakan untuk bersidang 3 Mac lalu.

Tolak menolak berlaku apabila pihak polis langsung tidak memberi ruang kepada kesemua ADUN berkenaan memasuki kawasan larangan tersebut.

Dalam aksi tolak menolak tersebut, ADUN Setiawan, Dato' Ngeh Ko Ham dengan menggunakan pembesar suara beberapa kali memberi penjelasan dan meminta tidak dihalang untuk menuju ke bangunan SUK.

"Dalam perintah mahkamah ini menyebut, para penyokong tidak dibenarkan berkumpul dalam kawasan 30 meter dari bangunan SUK. Kami ADUN bukan penyokong," ujarnya sambil memegang salinan notis perintah mahkamah yang juga ditampal di beberapa bangunan berhampiran.

Datuk Seri Nizar dalam pada itu turut meminta pihak polis agar tidak bertindak kasar terhadap ADUN memandangkan bulan puasa.

Polis bagaimanapun tidak menghiraukan rayuan dan penjelasan mereka malah terus menambah anggota membuat kepungan menghalang pergerakan ADUN.

untuk berita lanjut, sila klik disini
Sudah MENCECAH 3000 ORANG yang mendapatkan LAPORAN KHAS PERCUMA yang WAJIB diketahui pada masa kini...ANDA BILA LAGI?
JANGAN TUNGGU SUDAH TERKENA, BARU TERFIKIR NAK DAPATKAN LAPORAN INI KERANA LAPORAN INI JUGA MEMBERIKAN PANDUAN SEBENAR UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI TERKENA SELSEMA BABI.KAMI BERI JAMINAN 100% MAKLUMAT ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PEMILIK LAPORAN KHAS INI KERANA KAMI LEBIH MENGENALI MEREKA. YAKIN DAN DOWNLOAD...

No comments: