Sudah MENCECAH 3000 ORANG yang mendapatkan LAPORAN KHAS PERCUMA yang WAJIB diketahui pada masa kini...ANDA BILA LAGI?
JANGAN TUNGGU SUDAH TERKENA, BARU TERFIKIR NAK DAPATKAN LAPORAN INI KERANA LAPORAN INI JUGA MEMBERIKAN PANDUAN SEBENAR UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI TERKENA SELSEMA BABI.KAMI BERI JAMINAN 100% MAKLUMAT ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PEMILIK LAPORAN KHAS INI KERANA KAMI LEBIH MENGENALI MEREKA. YAKIN DAN DOWNLOAD...
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berdebat dengannya berikutan tuduhan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bahawa beliau menyembunyikan maklumat mengenai isu Kampung Buah Pala.Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuduh Lim menyembunyikan sebahagian dari minit mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai perkara itu.
Beliau juga menuduh Lim pandai memutarbelitkan fakta.
"Kalau dia kata kami tidak mendedahkan minit mesyuarat - minit mesyuarat tidak berbohong - biar dia nyatakan apa yang patut kami dedahkan," katanya.Lim menetapkan syarat supaya Koh sendiri yang tampil untuk berdebat dengannya.
"Kalau dia (Koh) berani berdepanlah dengan saya, jangan hanya menghantar proksi untuk berdebat.
"Saya mengalu-alukan sekiranya beliau mahu berdebat dan memberi jawapan ke atas segala persoalan yang dibangkitkan sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang Mac tahun lepas," katanya kepada pemberita semalam.Koh sebelum ini berkata, pihaknya akan menghantar pemimpin dan anggota parti terutama di peringkat Pemuda Gerakan yang sentiasa bersedia untuk berdebat dengan kerajaan Pulau Pinang berhubung pelbagai isu berikutan tindakan kepimpinan negeri itu yang sering menyalahkan kerajaan terdahulu apabila timbul sesuatu masalah.
Lim juga mahu perdebatan mestilah disiarkan secara langsung di televisyen bagi mengelak ia diputar belit media."Saya bersedia hadir sekiranya debat berkenaan disiarkan secara langsung. Kalau tiada, tidak guna kerana akan ada media memutar belit kenyataan serta fakta diberi," katanya.Mengenai penangkapan tiga penduduk Kampung Buah Pala, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau tidak ada kena mengena dengan penangkapan itu.
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment