Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) akan meneruskan Forum Terbuka, 'E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus' malam esok di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) biarpun diarah batal oleh pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan APIUM dua hari lalu.
Dalam satu kenyataan mereka memberitahu, sudah menerima penyertaan dari beberapa pertubuhan mahasiswa yang komited mahu BANTAH meneruskan forum tersebut.
"Walaupun pihak HEP mengarahkan forum ini dibatalkan tetapi BANTAH akan terus melaksanakan forum ini seperti yang dijadualkan," kata jurucakap mereka Mohd Ridzuan Bin Othman.
Selain itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia, (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) juga telah menyatakan sokongan dengan pendirian BANTAH.
Maruah aktivis mahasiswa mereka tidak boleh dijual dengan harga yang murah, hanya sekadar halangan dari pihak tertentu bukanlah alasan untuk mereka hentikan gerakan dan tuntutan mereka.
Mereka turut menyatakan tiga pendirian berikut:
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment