SHAH ALAM, 27 Mac (Hrkh) - Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun Sungai Panjang dan ditarik elaun kerana engkar arahan Dun untuk menghadiri sesi siasatan terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat). Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim, berkata berhubung keengkaran Khir menghadiri sesi siasatan berkenaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis), laporan polis akan dibuat melalui Setiausaha Dun.Katanya, Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kecik yang juga isteri Khir akan diambil tindakan undang-undang kerana engkar menghadiri siasatan Selcat."Surat menyatakan keengganan Khir dan Zaharah untuk hadir ke siasatan Selcat telah disampaikan melalui peguamnya petang Isnin, 23 Mac," katanya dalam sidang media selepas siasatan Selcat, tengah hari tadi.
Untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment