Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Anak Terengganu mahu serah memo tuntut Bertam PM307

 29 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Rakyat Terengganu di Kuala Lumpur akan menyerahkan memo tuntutan kepada Pengerusi Petronas bagi menuntut telaga minyak Bertam diserahkan kepada Terengganu.

Pengerusi 'Bertam Hok Ganukite', Dr Syed Azman Syed Ahmad (gambar) dalam kenyataannya berkata, memo itu akan diserahkan pada 4 Januari ini selepas solat Jumaat di Menara Kembar Petronas, KLCC.

Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Batu Burok mengajak semua anak-anak Terengganu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor agar bersama-sama dengan beliau menyerahkan memo tuntutan itu.

Mereka diajak untuk bersembahyang Jumaat di Masjid KLCC pada hari tersebut sebelum bersama-sama bergerak ke Pejabat Petronas di KLCC.

Satu sidang media juga akan diadakan selepas penyerahan memo tuntutan itu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

info berguna seorang insan:
Saya nak beri tips menarik yang boleh anda cuba untuk jadi jutawan cara pantas dengan menyimpan sahaja.

Caranya adalah dengan simpan saving gaji anda 10% dalam bentuk emas!

Kenapa emas pulak?

Sebab utama adalah kenaikan tahunan emas yang tinggi 20-30% setahun.

1)
Dengan kenaikan sebegitu, ia akan mempercepatkan perjalanan anda
untuk jadi jutawan pantas.

2)
Kedua adalah sifat emas itu yang terkenal dengan sifatnya “kalis inflasi”.
Kalau kita menyimpan dengan cara yang saya ceritakan sebelum ini, dengan wang kertas, nilainya akan menurun walaupun jumlah duitnya banyak RM 1 juta.

Tapi kalau simpan dalam bentuk emas, nilainya selepas 33 tahun akan menyebabkan anda jadi jutawan berganda-ganda...bukan RM 1 juta yang
boleh dikutip, malah lebih RM 1 juta.

Ha ha....lagi hebat kuasa emas ini, itulah nilai wang sebenar....
.
Tapi walaupun simpan dengan emas tu betul-betul menguntungkan, namun ada beberapa masalah yang meyebabkan saya kira susah untuk anda lakukan cara ini, simpan emas setiap bulan.

Saya tahu, anda memang nak buat cara tu, simpan emas tiap-tiap bulan dan jadi jutawan
pantas, tapi sukar nak buat.....mungkin inilah masalahnya dalam nak lakukan cara diatas;


1)Gaji kecil, saving pun tiada. Jangankan RM100 sebulan, malah RM30 pun tak boleh nak disimpan.

2)Harga emas kan mahal. Baru 1 gram pun dah beratus ringgit harganya. Mana larat nak beli tiap-tiap bulan.

3)Leceh lah pulak nanti dah simpan emas tiap-tiap bulan, mana nak letak emas-emas tu? Takkan nak letak semua kat rumah, bahaya tu...

4)Bila semua saving dah jadi emas, kalau berlaku kes-kes kecemasan,  nak cekau duit cash kat mana?

5)Dalam fikiran anda hanya tertumpu pada perkataan “PINJAMAN” sahaja untuk emas.  agak-agak nak melabur emas nanti, guna pinjaman bank sahaja lebih mudah untuk beli emas.

6)Mungkin juga anda tak minat lagi dengan pelaburan emas. Jangan begitu, rugi kalau tak belajar pelaburan emas ni. Banyak kelebihannya emas ni. Tak kenal maka tak cinta.

7)Mungkin anda pernah kena tipu atau rugi besar dalam satu pelaburan. Dah serik dah. Malas nak belajar apa-apa jenis pelaburan yang kena keluar modal untuk nak mula.

Ok itu antara masalah yang mungkin anda hadapi walaupun berminat dengan cara yang saya cadangkan.

Dalam email esok, saya akan huraikan apa yang boleh anda lakukan untuk atasi masalah di atas tu untuk teruskan misi jadi jutawan pantas dengan menyimpan sahaja.

p/s:sedutan emel khas kepada mereka yang "berminat". anda minat? klik banner dibawah dan bertindak!


Harakah Online Preview: Biadap: Terbit kalendar 2013 hina hukum hudud

 28 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba untuk mengelirukan orang bukan Islam terhadap agama Islam dengan pengeluaran dan penerbitan kalendar 2013 yang cukup jelas menghina agama Islam iaitu hukum hudud.


Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, penerbitan kalendar 2013 di dalam dwibahasa, Cina dan Inggeris, ini secara jelas sebagai satu mesej untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud yang tidak ada kena mengena langsung dengan masyarakat bukan Islam.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras.

“Tindakan ini juga sebagai satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di dalam negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Morsi gesa perpaduan, pulihkan ekonomi Mesir

 27 Dis 2012
Presiden Mesir, Mohamed Morsi menggesa semua kuasa politik untuk mengambil bahagian dalam dialog kebangsaan untuk menyelesaikan ketegangan yang berlarutan dan berjanji untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memulihkan ekonomi.


Dalam ucapan pertamanya kepada rakyat Mesir sejak pelaksanaan perlembagaan baru, beliau berkata Rabu lalu bahawa beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan perubahan kabinet dan merancang untuk memperkenalkan insentif demi menjadikan Mesir sebuah destinasi pelaburan yang lebih menarik.

"Di masa hadapan kita akan saksikan, Insya-Allah, pelancaran projek-projek baru, dan pakej insentif bagi pelabur untuk menyokong pasaran dan ekonomi Mesir," katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Morsi berucap selepas Majlis Syura Mesir (yang berfungsi seperti Dewan Negara Malaysia) bersidang untuk sesi pertama selepas meluluskan perlembagaan negara yang baru, tindakan pertama oleh institusi kerajaan selaras dengan dokumen yang kesahihannya masih dipersoalkan oleh pembangkang.

Majlis Syura mengadakan sesi angkat sumpah untuk 90 ahli baru yang dilantik oleh Morsi.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Askar Israel disepak oleh budak perempuan Palestin berumur 10 tahun


27 Dis 2012
puk
Seorang budak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah video sedang memukul seorang tentera Israel tiba di Turki sebagai tetamu kehormatan dari Kota Başakşehir İstanbul.

Ahed Tamimi telah menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang menunjukkan dia memukul tentera Israel telah diposting secara online pada 28 November. Dia tiba di İstanbul hari Isnin lalu.
Korang berani jadi seperti dia?
"Kata-kata pertama adalah saya sangat senang boleh berada di negara Erdogan," merujuk kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang ramai dicintai oleh warga di Palestin kerana kegigihannya menentang polisi Israel di Gaza.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Jadikan mata pelajaran Agama di Malaysia subjek wajib

 27 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik mencadangkan agar Kementerian Pelajaran mengadakan subjek 'Agama-agama di Malaysia' sebagai subjek teras dan wajib ke atas semua pelajar-pelajar di Malaysia.

Pihak IPTA dan IPTS juga hendaklah mempunyai subjek tersebut juga sebagai salah satu subjek teras mereka.

Begitu juga, subjek agama Islam, perlu dihadiri semua memandangkan Islam merupakan agama rasmi Malaysia yang perlu diketahui oleh setiap rakyatnya.

Beliau mengulas kekeliruan dan sensitiviti yang timbul dalam masyarakat Malaysia sekarang ekoran isu penggunaan nama Allah.

"Pada hemat saya, isu pengunaan nama Allah di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah dipolitikkan dan menemui kebuntuan akibat sikap prejudis pada kedua-dua belah pihak," katanya.

untuk berita lanjut, sila klik disini