Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

harakah online preview : Ketua kampung di Perak saman kerajaan BN

IPOH, 27 Mei - Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat seluruh Perak telah menfailkan saman ke atas Kerajaan Negeri Perak semalam di Mahkamah Tinggi Ipoh.Saman tersebut telah dikemukakan oleh Mohd Ridzuan Asit yang mewakili kesemua Ketua Kampung seluruh Perak.Semasa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak mentadbir negeri ini seramai 817 orang ketua kampungg seluruh Perak telah dilantik setelah ketua kampung yang lama meletakkan jawatan.

Semua ketua kampung telahpun dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada 7 Ogos 2008 sehingga 31 Julai 2010.Namun begitu apabila rampasan kuasa berlaku di negeri ini oleh Umno/BN perkhidmatan seluruh ketua kampung di negeri ini telah ditamatkan berkuatkuasa pada 16.4.2009 yang lalu.Dalam saman yang dikemukakan oleh ketua-ketua kampung, mereka menuntut perintah bagi membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka,

untuk berita lanjut, sila klik disini


harakah online preview : Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

untuk berita lanjut, sila klik disini

harakah online preview : Umno turut adakan ceramah di Penanti

PENANTI - Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya begitu 'teliur' (teringin) menyertai pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti tetapi apa boleh buat ia tidak mendapat perkenan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang kononnya tidak mahu terjerat dengan mainan politik pembangkang dan mahu menumpukan hasrat menjana ekonomi.Di Penanti, walaupun ia tidak mendapat restu penyertaan calon Umno dan BN namun mulai dua malam berturut-turut parti yang hampir tengelam itu mula mengerakkan jentera penerangan ke beberapa buah kampung hatta di luar Penanti dengan harapan rakyat tahu kenapa BN bertindak begitu.

Semalam dikhabarkan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Dato' Musa Sheikh Fazir mengadakan pidatonya di hadapan 50 orang di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh.Malam ini Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Lokman Nor Adam dijangka mengadakan peneranganya di Dun Penanti. Sehari sebelum ini beliau sempat bertemu pemuda di Bahagian Tasek Gelugor di Kampung Lubuk Meriam dengan kehadiran 70 orang tempatan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

harakah online video : Mahkamah Rayuan tolak keputusan Mahkamah Tinggi

video berkaitan keputusan mahkamah rayuan yang menolak keputusan mahkamah tinggi dan memberikan kemenangan kepada Datuk Zambry Kadir



sekiranya tidak dapat melihat video ini, sila klik disini

harakah online preview : Hakim luar biasa, kebolehan luar biasa

KUALA LUMPUR, 21 Mei : Kita mempunyai hakim-hakim yang luar biasa yang mempunyai kebolehan yang luar biasa.Demikian ulasan spontan Haji Sulaiman Abdullah, salah seorang dari lapan hakim yang mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan semalam.

Seorang lagi peguam Mohammad Nizar, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.Mahkamah tersebut mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah."Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat," katanya.

untuk berita lanjut, sila klik disini