Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Pakatan Rakyat lawan BN di Bagan Pinang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan dua calon bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, iaitu dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) selepas menerima hanya borang pencalonan kedua-dua calon tersebut.



Walaupun calon bebas dikatakan akan menyertainya namun borang pencalonannya ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Pakatan mencalonkan Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar manakala BN mencalonkan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon.

SPR telah memaklumkan, kertas pencalonan calon bebas yang merupakan AJK Bahagian PKR di situ ditolak kerana pencadangnya bukan pengundi kawasan itu.

Sehingga tempoh bantahan tamat, hanya dua borang pencalonan sahaja yang dipamerkan iaitu borang dari calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Dua bantahan diterima terhadap kertas pencalonan namun kedua-duanya ditolak SPR.

Isa menyerahkan borang jam 9.01 pagi manakala Zulkefly pada jam 9.06.

Gambar:Perarakan calon Pakatan yang dipimpin oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Pemuda PAS, penyokong Ibrahim Ali pamer kekuatan

Dewan Pemuda PAS Pasir Mas dan penyokong Datuk Ibrahim Ali mempamerkan kekuatan masing-masing dengan mengadakan perhimpunan aman secara berasingan semalam.



Pemuda PAS mengadakan perhimpunan mendesak Ibrahim meletak jawatan sebagai anggota parlimen Pasir Mas selepas kecewa dengan tindak tanduk pemimpin terbabit.

Sedangkan pada pilihan raya umum lalu Ibrahim diberi ihsan bertanding di atas tiket PAS biar pun sebagai calon Bebas.

�Namun sekarang Ibrahim sudah bersikap biadap apabila menjadikan PAS sebagai musuh biar pun pernah memberi tempat kepadanya bertanding pada pilihan raya umum lalu.

�Dia telah mengkhianati amanah pengundi, jadi kami berhimpun secara aman hari ini mendesak beliau supaya menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas.

�Ibrahim telah membantutkan usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil kerajaan persekutuan. Jadi lebih baik dia berundur,� kata ketuanya Ustaz Suazhar Abdullah.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu katanya, rakyat Pasir Mas begitu kecewa dengan tindak tanduknya sekarang.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadzli Saari berkata, Dewan Pemuda Pasir Mas akan menjelajah ke seluruh Pasir Mas bagi mengumpul tandatangan penduduk mendesak Ibrahim meletak jawatan.

(Gambar:Orang ramai menghadiri perhimpunan mendesak Ibrahim Ali meletak jawatan)

�Hari ini adalah satu permulaan untuk kita terus melangkah seterusnya. Rakyat di Pasir Mas tidak boleh lagi berkompromi dengan pemimpin yang licik seperti Ibrahim,� katanya.

Katanya, tandatangan penduduk yang dikumpul akan diserah kepada Ibrahim bagi menjelaskan sikap sebenar pengundi di Pasir Mas terhadapnya.

Fadzli berkata, Ibrahim menang pada pilihan raya umum 1990 dan 2008 bukan di atas kekuatannya sendiri sebaliknya dibantu Semangat 46 dan PAS.

Menurutnya juga Pemuda PAS Pasir Mas begitu kesal dengan sikap biadap Ibrahim yang melabelkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai nyanyuk dan barang lama.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Nazman Ibrahim berkata, rakyat di seluruh Kelantan kecewa dengan sikap Ibrahim yang langsung tidak mengenang budi.

Pada perhimpunan orang ramai yang hadir menandatangani banner besar yang disediakan sebagai mendesakan supaya Ibrahim menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Isu Selangor: Hanya berbeza pendapat, elak kenyataan terbuka

Krisis melibatkan pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain di Selangor hanyalah perbezaan pendapat dan tidak timbul isu PAS mahu keluar daripada Pakatan, tegas Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Beliau juga menegaskan, PAS tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan disiplin kepada mana-mana ahlinya kerana tidak ada sebarang cadangan yang sampai kepada beliau mengenainya.

Beliau merujuk kepada perbezaan pandangan antara exco Selangor yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang mempertikai tatacara inkuiri jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan Dun Selangor (Selcat) dengan pemimpin DAP dan PKR sejak tiga bulan yang lalu.

Perbezaan pandangan tesebut melibatkan Hassan dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.

Sebelum itu, Hassan dikritik hebat oleh wakil-wakil DAP yang mempersoalkan kedudukan Hassan dan PAS dalam kerajaan Pakatan Selangor ekoran kritikan Hassan terhadap jawatankuasa itu.

Mustafa juga menggesa semua pihak darpada PAS, PKR dan DAP tidak membuat kenyataan terbuka terhadap satu sama lain sehingga boleh menimbulkan kekeliruan.

Image"Saya minta semua pihak sama ada PAS atau sesiapa sahaja, kita ada mekanisme untuk selesaikan masalah. Jangan buat kenyataan terbuka tentang satu sama lain. Apa pun boleh dibincangkan secara dalaman." katanya lagi.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat di Selangor sebaliknya memberitahu pemimpin tertinggi PAS dan DAP di peringkat negeri mencapai kata sepakat untuk mengadakan pertemuan pada 7 Oktober ini untuk menyelesaikan perbezaan pendapat anatara mereka.

"Tak berbangkit soal apa yang disebut PAS nak kaji kedudukan dalam pakatan Rakyat di Selangor. Saya periksa tak ada pun kenyataan macam tu," ujarnya.

PAS dikatakan menimbangkan untuk keluar daripada Pakatan di Selangor ekoran kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, yang berkata PAS Selangor akan mengkaji kenyataan-kenyataan ahli-ahli parti komponen Pakatan yang mengecam Hassan ekoran kritikannya terhadap Selcat.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Apakah benar mangsa H1N1 kekal 77 sahaja?

Puan J berumur 45 tahun. Beliau seorang surirumah sepenuh masa dan tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan yang teruk.

Yang tercatat hanyalah beliau pernah terjatuh dua tahun lalu, dan kesakitan pada pinggangnya kadang-kadang terasa hingga ke akhir hayatnya.

Beliau jatuh sakit pada Jumaat 18 September, dua hari menjelang hariraya Aidil Fitri dan terus dihantar ke Hospital Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Berasaskan simptom pada penyakitnya, pihak hospital mengesyaki beliau dijangkiti H1N1. Lalu pada hari raya kedua iaitu pada 21 September, spesimen tisu dan darah beliau dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu untuk diuji dan disahkan samada beliau benar-benar mengalami penyakit H1N1.

Namun pada hari raya ketiga, Puan J disahkan meninggal. Bagi para doktor dan pegawai Jabatan Kesihatan Negeri, Puan J mati kerana H1N1, namun sehingga tulisan ini dibuat, tidak pasti apakah beliau mati kerana H1N1 atau sakit lain.

Di Baling, Kak Cik M, 48 tahun, tiba-tiba pengsan pada malam hari menjelang hari raya iaitu 19 September. Beliau terus dibawa ke hospital Baling.

Oleh kerana terus tidak sedarkan diri, dia dipindahkan ke hospital yang lebih besar iaitu Hospital Sungai Petani, Kedah.

ImageSetelah terus tidak sedarkan diri selama empat hari, Kak Cik M meninggal dunia pada hari raya ke empat iaitu hari Rabu 23 September.

Bagi kakitangan dan Hospital Baling dan Sungai Petani, Kak Chik M meninggal kerana H1N1. Tambahan pula beliau mempunyai rekod kencing manis. Ini berdasarkan simptom dan ciri-ciri klinikal pada Kak Cik. Namun ia tidak dapat disahkan oleh mereka selagi tidak dibuat ujian saringan khas pada tisu dan darahnya. Hanya Kementerian Kesihatan yang boleh mengesahkan beliau mati kerana H1N1 atau tidak.

Inilah dua cerita yang sampai kepada penulis tentang H1N1. Ia diperolehi melalui kunjungan hari raya ke rumah sahabat handai serta saudara mara sepanjang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.

Di sebalik cerita itu, sejak sekian lama, angka kematian akibat H1N1 terus kekal di tangga 77 orang. Hanya sedikit perubahan berlaku sepanjang bulan puasa dan Syawal ini.

"Adakah puasa telah mengekang H1N1?" tanya saya kepada seorang pegawai kanan Jabatan Kesihatan sebuah negeri ketika mengunjunginya di hari raya.

"Dari segi data dan laporan medianya kelihatan macam itu. Sejak puasa, kes-kes H1N1 jatuh merudum," katanya.

"Namun, boleh jadi faktor lain yang mempengaruhi angka ini. Misalnya, sejak kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan mengawal cara kita melaporkan hal ini," kata beliau yang kebetulan pegawai yang menyelia isu H1N1 di negeri berkenaan.

Boleh jadi juga benar apa yang dikatakan pegawai kesihatan ini. Kalau sebelum ini, semua yang mati dan ada simpton H1N1 akan diisytiharkan sebagai mati kerana H1N1.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Lagi lubang penipuan undi pos dibongkar

Dewan pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru dakwaan berkaitan penipuan dalam undi pos.


Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port DickSon didakwa akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada hari pengundian pos di adakan.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa khas berkaitan Undi Pos, Suhaizan Kayat dalam blognya www.kentong-suhaizan.blogspot.com hari ini.

Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, mengikut maklumat diperolehi, latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.

Kesemua anggota terlibat dijangka hanya akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan.

"Tarikh tersebut hari anggota tentera mengundi pos, kalau pergi latihan, macam mana nak mengundi," katanya yang juga ketua penerangan DPP.

ImageMengikut kebiasaan, kesemua anggota yang terlibat yang tidak sempat mengundi pada dua hari yang ditetapkan tersebut, borang mengundi untuk mereka akan dihantar pada 10 Oktober.

Kemudian kesemua kertas undi itu akan dipos kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seblum jam 5 petang 11 Oktober.

"Kita dapat maklumat, mengikut amalan kebiasaan, kertas undi mereka yang terlibat latihan akan dipangkah oleh orang lain bagi pihak mereka.

"Orang yang pangkah itu kita panggil pengundi setan," katanya lagi.

Mengukut maklumat yang didedahkan juga, jadual undi pos bermula pada 7 Oktober iaitu hari pengeluaran kertas undi pos.

Tarikh 8 dan 9 haribulan pula adalah hari pengundian manakala 10 Oktober adalah hari kertas undi siap untuk di pos kepada SPR.

Kem Sunggala menempatkan anggota yang kedua teramai iaitu seramai 1,130 orang pengundi pos.

"Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan sampul keutamaan hanya dipos sahaja ?

"Bila dipos ia akan memudahkan penipuan," ujarnya lagi.

untuk berita lanjut, sila klik disini