TAIPING - Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menyangkal tuduhan yang sengaja dibuat oleh Menteri Besar Kudeta BN, Dato' Zambry Abdul Kadir seperti yang disiarkan oleh media arus perdana yang mengatakan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin merampas pembesar suara dari imam untuk memberikan ceramah di Masjid Simpang."Apa yang berlaku sebenarnya di masjid Simpang, imam yang bertugas hari itu telah menyerahkan pembesar suara kepada Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, bukannya Nizar rampas seperti yang didakwa oleh Zamri sekaligus juga Nizar tidak merampas majlis solat hajat dan tahlil anjuran BN semalam," jelasnya..Dato' Mustafa Ali berkata demikian dalam sidang media di Markaz PAS Negeri Air Kuning semalam.
untuk berita lnjut, sila klik disini
versi video penerangan
Harakah Online Preview : Peralihan kuasa tidak datangkan kesan ubah kelemahan Umno - Mahfuz
KUALA LUMPUR, 1 April (Hrkh) - Perubahan yang kononnya berlaku dalam Umno selepas peralihan kuasa hanyalah mainan media sahaja, walhal parti itu tidak berubaha sama sekali, kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar."Rakyat melihat kononya ada perubahan dalam umno kerana adanya promosi yang dimainkan media arus perdana yang memberi gambaran bahawa peralihan ini membawa satu perubahan besar khsusunya dari segi persepsi kepimpinan yang kononnya bersih dan ada intergriti."Ini yang dipaparkan media untuk promosikan, Umno gunakan ini untuk kempen pilihan raya kecil (PRK) di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, sementara di Batang Ai isu ini tak berapa timbul kerana di sana tiada Umno.
untuk brita lanjut, sila klik disini
untuk brita lanjut, sila klik disini
Labels:
harakah online,
harakahdaily
Harakah Online Preview : Siswa anjurkan kempen sedarkan pengundi Bukit Gantang
KAMUNTING - Kerana mahu melihat perubahan dalam landskap politik negara Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengerahkan ahli-ahlinya berkampung di Bukit Gantang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin.Sebagai permulaan SMM bersama Gabungan Anak Muda Islam Semalaysia (Gamis) pada 29 Mac lalu telah menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Bukit Gantang.Mengedarkan risalah politik yang menerangkan kerakusan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pengundi Cina di Kuala Sepetang merupakan antara aktiviti yang dijalankan pada petang hari tersebut selepas selesai penamaan calon pada sebelah pagi.
untuk berita lanjut, sila klik disini
untuk berita lanjut, sila klik disini
Labels:
harakah online,
harakahdaily
Harakah online Video: Profil Calon PAS P.059 Bukit Gantang - Mohammad Nizar Jamaluddin
Sesi mengenali Calon Pas Bukit Gantang. Mohammad Nizar Jamaluddin
Subscribe to:
Posts (Atom)
