Khamis 29 Januari 2009
KUALA LUMPUR-Empat Badan-bandan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia menggesa satu usaha drastik dilaksanakan bagi membawa Israel ke muka pengadilan di Mahakamah Antarabangsa sekaligus menghukum rejim itu yang secara biadap membunuh lebih 1,300 umat Islam tidak berdosa di Gaza, Palestin.Ngo-ngo terbabit terdiri daripada Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA�IY) dan Center for International Muslim Minority Affairs (CIMMA) dalam kenyataan bersama mahu tindakan paling tegas ke atas Israel seperti memutuskan semua perhubungan dan mengharam penjualan atau pembekalan sebarang senjata kepada Israel.
untuk berita lanjut, sila klik disini
Harakah Online Preview : Keluar BN, kejutan kedua bakal berlaku di Perak dalam masa terdekat?
Rabu 28 Januari 2009
KUALA LUMPUR-Perak akan dijekutkan lagi dengan tsunami politik kali kedua selepas Adun Bota, Dato' Nasharudin Hashim mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) baru-baru ini.Sumber Harakahdaily memaklumkan, dalam masa terdekat seorang lagi wakil rakyat Umno akan membuat pengumuman keluar parti dan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat."Seorang lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media dalam masa terdekat bagi mengumumkan keputusan meninggalkan Umno/BN," kata sumber itu.
Untuk berita lengkap, sila klik disini

Labels:
harakah online,
harakahdaily
Harakah Online Preview : PAS berhasrat kembali perintah Terengganu - Ustaz Nasharuddin Khairul Azlam Mohammad
Jumaat 23 Januari 2009
KUALA TERENGGANU-Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mahukan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat antara PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP sentiasa dikekalkan.Katanya, semangat kerjasama yang erat antara para petugas parti, penyokong termasuk pengundi telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Menurutnya, rakyat Terengganu telah menunjukkan sikap keberanian ingin membawa perubahan serta mesej kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Untuk berita Lengkap, sila klik disini

Preview Berita Utama Harakah Online : Pro-Mahasiswa menang besar di UIA buat kali ke-10
Jumaat 23 Januari 2009
KUALA LUMPUR-Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencatatkan kemenangan buat kali kesepuluh dalam sejarah pilihan raya kampus selepas berjaya menguasai sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Pengumuman keputusan tersebut dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM, Dato' Hamidon Abdul Hamid pada 22 Januari lalu di Dewan Eksperimen, universiti berkenaan.
Untuk berita lengkap, sila klik disini
KUALA LUMPUR-Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencatatkan kemenangan buat kali kesepuluh dalam sejarah pilihan raya kampus selepas berjaya menguasai sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Pengumuman keputusan tersebut dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM, Dato' Hamidon Abdul Hamid pada 22 Januari lalu di Dewan Eksperimen, universiti berkenaan.
Untuk berita lengkap, sila klik disini
Labels:
harakah online,
harakahdaily
Preview Berita Utama Harakah Online : Nafi tuduhan rasuah lembu korban - MB Selangor
Khamis 22 Januari 2009
Shah Alam- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan tuduhan yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan negeri oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak). Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan di tingkat 20, bangunan SUK di sini petang semalam. Kerajaan negeri katanya sentiasa berpegang teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawab secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat.
untuk berita lengkap, sila klik disini

Subscribe to:
Posts (Atom)