Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview : Presiden PAS dan rombongan pimpinan serah dana RM 250,000, tinjau penderitaan Gaza

Sabtu 31 Januari 2009

RAFAH,Mesir - Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memaklumkan kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 20 anggota rombongan PAS telah berjaya menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan PAS sejumlah RM250,000 untuk meringankan derita penduduk Gaza di Palestin. Kata Dr. Hatta yang kini berada di sana, Ustaz Hadi dan rombongan termasuk sembilan ahli parlimen PAS mahu melihat sendiri kemusnahan yang dialami rakyat Palestin di samping menyumbangkan sedikit sebanyak bantuan kemanusiaan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung umat Palestin akibat serangan Zionis.

Untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview : Pemimpin muda mesti tinggalkan Umno, sertai PAS

Jumaat, 30 Januari 2009
KUALA LUMPUR-Pemuda PAS percaya Umno tidak lagi mampu menjadi parti yang boleh diharapkan bagi meneraju kepimpinan negara pada masa ini. Ini berikutan perkembangan politik tanahair sejak Pilihanraya Umum ke-12 hingga kepada peristiwa penghijrahan Adun Bota Dato' Nasaruddin Hashim dan terakhir cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen untuk membubarkan kesemua sayap parti di dalam Umno lantaran politik wang.

untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview : Usaha hukum Israel di Mahkamah Antarabangsa mesti dilancarkan!

Khamis 29 Januari 2009

KUALA LUMPUR-Empat Badan-bandan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia menggesa satu usaha drastik dilaksanakan bagi membawa Israel ke muka pengadilan di Mahakamah Antarabangsa sekaligus menghukum rejim itu yang secara biadap membunuh lebih 1,300 umat Islam tidak berdosa di Gaza, Palestin.Ngo-ngo terbabit terdiri daripada Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA�IY) dan Center for International Muslim Minority Affairs (CIMMA) dalam kenyataan bersama mahu tindakan paling tegas ke atas Israel seperti memutuskan semua perhubungan dan mengharam penjualan atau pembekalan sebarang senjata kepada Israel.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Keluar BN, kejutan kedua bakal berlaku di Perak dalam masa terdekat?

Rabu 28 Januari 2009

KUALA LUMPUR-Perak akan dijekutkan lagi dengan tsunami politik kali kedua selepas Adun Bota, Dato' Nasharudin Hashim mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) baru-baru ini.Sumber Harakahdaily memaklumkan, dalam masa terdekat seorang lagi wakil rakyat Umno akan membuat pengumuman keluar parti dan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat."Seorang lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media dalam masa terdekat bagi mengumumkan keputusan meninggalkan Umno/BN," kata sumber itu.

Untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview : PAS berhasrat kembali perintah Terengganu - Ustaz Nasharuddin Khairul Azlam Mohammad

Jumaat 23 Januari 2009

KUALA TERENGGANU-Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mahukan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat antara PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP sentiasa dikekalkan.Katanya, semangat kerjasama yang erat antara para petugas parti, penyokong termasuk pengundi telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Menurutnya, rakyat Terengganu telah menunjukkan sikap keberanian ingin membawa perubahan serta mesej kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Untuk berita Lengkap, sila klik disini

Preview Berita Utama Harakah Online : Pro-Mahasiswa menang besar di UIA buat kali ke-10

Jumaat 23 Januari 2009

KUALA LUMPUR-Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencatatkan kemenangan buat kali kesepuluh dalam sejarah pilihan raya kampus selepas berjaya menguasai sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Pengumuman keputusan tersebut dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM, Dato' Hamidon Abdul Hamid pada 22 Januari lalu di Dewan Eksperimen, universiti berkenaan.

Untuk berita lengkap, sila klik disini

Preview Berita Utama Harakah Online : Nafi tuduhan rasuah lembu korban - MB Selangor

Khamis 22 Januari 2009

Shah Alam- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan tuduhan yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan negeri oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak). Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan di tingkat 20, bangunan SUK di sini petang semalam. Kerajaan negeri katanya sentiasa berpegang teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawab secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat.

untuk berita lengkap, sila klik disini

Preview Berita Utama Harakah Online : Rakyat makin yakin masa BN sudah tamat

Isnin 19 Januari 2009

KUALA LUMPUR-Kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu membuktika bahawa keyakinan rakyat bahawa masa Barisan Nasional (BN) sudah hampir tamat semakin menjadi keyakinan umum atau popular belief yang tidak boleh ditahan-tahan lagi, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub."Rakyat makin yakin masa BN sudah tamat. Dalam pilihan raya umum 1999 dahulu, slogan "dulu Umno, sekarang PAS" telah menjadi keyakinan umum.

Untuk berita lengkap, sila klik disini

Preview Berita Utama Harakah Online : PAS menang, Abdul Wahid layak ke Parlimen!

Sabtu 17 Januari 2009

KUALA TERENGGANU- PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Untuk berita lengkap, sila klik disini

Preview Berita Utama Harakah Online : Tinjauan umum:Pengundi mahu calon bersih, tolak rasuah

KUALA TERENGGANU, 14 Jan

Pilihan raya kecil P.36 kali ini menjadi 'kayu pengukur'kepada rakyat di seluruh negara bagi membuat perubahan secara menyeluruh dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.Para pengundi di Kuala Terengganu mahukan calon yang bakal dipilih pada 17 Januari ini adalah di kalangan mereka yang benar-benar bersih, mesra rakyat dan tidak rasuah. Umno dan Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah parti rasuah yang lahir dari hasil kepimpinan yang rasuah dan patut ditolak oleh pengundinya.

Untuk berita lengkap, sila klik disini

Preview Berita Utama Harakah Online : Benarkah royalti minyak sudah dikembalikan?

Tarikh: 13 Januari 2009
Oleh:Azamin Amin

Isyarat pertama menunjukkan BN sudah gagal meraih kemenangan pusingan pertama di Kuala Terengganu apabila calonnya tidak bersedia menjelaskan kedudukan sebenar kepada rakyat Terengganu sama ada benar royalti minyak sudah dikembalikan.

Kegagalan itu dibuktikan oleh calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang dengan nada mengelak menyatakan tidak akan menyertai Debat Royalti Minyak yang bakal dianjurkan Majlis Perpaduan Rakyat Terengganu (Mampat) pada 8 malam, Khamis 15 Januari, di Kelab Ekuestrian Terengganu.

Untuk berita lengkap, silan klik disini