Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Jangan naikkan tarif elektrik


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menasihatkan kerajaan supaya tidak meningkatkan tarif elektrik kerana kenaikan tarif tersebut bakal membebankan rakyat kebanyakan, walaupun kabinet petang ini dilaporkan tidak membuat keputusan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik atau tidak.

Menurutnya, kerajaan tidak seharusnya berfikiran simplistik menaikkan tarif elektrik disebabkan kenaikan bahan bakar di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh untuk tidak menaikkan tarif elektrik dengan menguruskan sumber tenaga domestik secara kreatif.

“Walaupun kos bahan bakar sedunia (seperti) minyak, gas dan arang kian meningkat, kalau kerajaan (dan) TNB kreatif, mereka tak perlu menaikkan tarif elektrik,” jelasnya.

Teroka tenaga hidro dan angin

Kretiviti dalam pengurusan sumber tenaga tersebut, menurut Mahfuz termasuk meneroka sumber tenaga yang baru atau tenaga yang diperbaharui seperti tenaga hidro.

“Saya akui memang kerajaan telah pun menjana tenaga hidro seperti di Bakun, Bakun dan dua tiga empangan yang lain, bagaimana dengan sungai yang begitu banyak di Malaysia.

“Tak cukup kerajaan bina empangan di Sungai Balui (Sarawak) saja, bagaimana dengan sungai-sungai yang begitu banyak khususnya di Pantai Barat Semenanjung kerana keperluan sumber tenaga lebih besar berbanding di Borneo.

“Sekiranya kerajaan atau TNB sendiri kreatif, mereka akan membina janakuasa hidro kecil-kecilan atau tenaga angin untuk menampung keperluan sumber tenaga nasional,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengkritik cadangan kerajaan era Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membina Empangan Bakun di Sarawak.

Menurut beliau, Dr. Mahathir sepatutnya membina empangan tersebut di Pantai Barat Semenanjung kerana keperluan perindustrian yang menggunakan sumber tenaga terbanyak menumpu di garis geografi tersebut.

Ekoran itu, Mahfuz tidak menafikan bahawa pemilihan Bakun itu mungkin untuk mencipta bajet perbelanjaan yang lebih tinggi untuk kroni-kroni tertentu dalam parti pemerintah.

“Tidak termasuk kos pembinaan empangan bakun yang bernilai RM6 bilion, beberapa pihak mendapat manfaat bernilai lebih kurang RM2 bilion lagi dalam projek menanam kabel elektrik di dasar Laut Cina Selatan hingga ke Tanjong Sedili (Johor) supaya elektrik boleh dibekalkan ke Semenanjung.

“Kenapa tidak dibina terus empangan Pantai Barat Semenanjung saja, sebab itu saya tak mahu menafikan kalau ada yang mendakwa pembinaan Empangan Bakun tersebut untuk mengkayakan kroni-kroni tertentu saja,” ujarnya.

untuk berita lanjut, sila klik disini


Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Selangor terima pelaburan RM6 bilion tahun lepas


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan rasa syukur ekoran negeri ini menerima pelaburan sebanyak RM6 bilion pada tahun lepas (2009) sedangkan tohmahan yang dibuat adalah sebaliknya jika Pakatan Rakyat memerintah.

“Data yang dikeluarkan oleh MIDA menyatakan Selangor berada di tangga kedua pencapaian tertinggi pelaburan di Malaysia selepas Sarawak yang menerima pelaburan aluminium yang menelan belanja sangat besar.

“Namun Selangor menerima lebih 200 pelabur yang menunjukkan pelaburan yang paling banyak di Malaysia yang memberi erti bila pelaburan bertambah, ekonomi rakyat negeri juga akan bertambah,” jelasnya lagi.

Dalam keadaan sekarang pun, tambahnya, kilang-kilang elektronik masih kekurangan sebanyak 15,000 pekerja yang sewajarnya diambil kesempatan oleh pekerja tempatan namun bila diadakan Kempen Jom Kerja, bilangan yang didapati sangat kecil.

Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap merasmikan program Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diadakan di Seksyen 19, di sini malam tadi, yang turut dihadiri Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail.

(Gambar: Anwar mendukung seorang kanak-kanak pada majlis tersebut)

Beliau berkata, pembangunan ekonomi sesebuah negeri hanya berkesan dan bermanfaat bergantung penuh kepada sejauh mana rakyat mendapat kebajikan daripadanya.

Kerana itu, jelasnya, kerajaan negeri melakukan berbagai usaha dan pembaikan bagi memastikan semua pengurusan ekonomi dapat dikemaskan sebaiknya secara berterusan supaya kekayaan negeri dapat diagihkan kepada mereka yang berhak.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Selangor agihkan RM49 juta melalui dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor

Kerajaan negeri Selangor telah mengagihkan wang sebanyak RM49 juta kepada rakyat negeri ini melalui program-program di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Sehubungan itu, satu majlis Semarak MES dianjurkan untuk meraikan dan mengimbas kembali usaha-usaha Kerajaan Negeri membela nasib rakyat melalui program-program kebajikan, yang menjadi teras kepada dasar MES.

Ia akan diadakan pada 23 Febuari (Selasa) jam 8:00 malam di Dewan Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Majlis akan menemukan lebih 300 orang bakal penerima sumbangan Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam. MES adalah projek membahagikan kekayaan ekonomi Selangor kepada rakyatnya yang diusahakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Khalid Ibrahim sejak beliau mula dilantik sebagai MB Selangor hampir dua tahu lalu.

Sejak dilancarkan pada Jun 2008, seramai 111,397 warga emas yang layak telah mendaftar dibawah dasar SMUE untuk menerima bantuan dalam bentuk khairat kematian dengan jumlah peruntukkan Kerajaan Negeri sebanyak RM 20 juta. Setakat ini, seramai 9,780 waris/penama telah menerima sumbangan dari skim ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Laporan Sinar Harian tidak tepat – Tuan Ibrahim


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas akhbar Sinar Harian, semalam (21 Februari) kerana menyiarkan berita yang tidak tepat terhadapnya.

Katanya, berita nasional di muka surat N7 dengan tajuk besar ‘Saya kini dalam dilema’ dan sub tajuk ‘kesal dianggap ‘tangan ghaib’ PAS, punya kuasa singkir pesaing; Tuan Ibrahim’ , sebagai tidak tepat dan tersasar.

Menurutnya, laporan akhbar berkenaan bukan sahaja tidak betul, malah memasukkan kenyataan paslu yang direka-reka.

“Saya tidak menyebut perkataan sebagaimana yang disiarkan, lebih-lebih lagi kenyataan kononnya saya berada di dalam dilema, saya tidak berada di dalam dilema pun,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyurat Badan Perhubungan PAS Pahang di pejabatnya, dekat sini, semalam.

Akhbar berkenaan menyiarkan berita kononnya beliau berada di dalam dilema kerana ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tangan ghaib’ yang mempunyai kuasa menyingkir sesiapa sahaja termasuk pesaingnya pada pemilihan jawatan parti.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Peruntukan Maipp: Ketua Menteri sangkal dakwaan liar

Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah berbohong tentang peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) pada tahun 2008 di era pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebanyak RM12,548,580 kerana ia disahkan oleh Jabatan Kewangan Negeri, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Katanya, peruntukan RM7,548,580 dikhaskan untuk pengurusan manakala RM5 juta lagi untuk tujuan pembangunan.

"Saya terpaksa buat kenyaaan ini berikutan terdapat tuduhan liar oleh pihak yang tidak

bertanggugjawab yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bercakap tidak

berfakta. Itulah hakikatnya kerana ia disahkan oleh Jabatan Kewangan Negeri," ujarnya dalam kenyataan akhbar semalam.

Pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini menyangkal kenyataan Lim bahawa bantuan yang diterima oleh Maipp pada tahun 2008 semuanya perbelanjaan pembangunan.

Pada perbelanjaan kerajaan negeri kali pertama iaitu tahun 2009, Maipp sudah mendapat limpahan bantuan sebanyak RM20.5 juta yang merangkumi pengurusan dan perbelanjaan, manakala pada tahun ini dinaikkan lagi kepada RM24.3 juta.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Dapat CF dalam masa seminggu


Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan mendapatkan sijil layak menduduki (CF) di projek perumahan Taman Bistari minggu hadapan.

Perumahan itu hanya mendapat sijil sementara daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

"Saya berjanji akan mendapatkan CF minggu depan. Kalau Isnin ini dapat surat, minggu itu juga diluluskan. Kita bukan macam Umno, sengaja mendera rakyat.

“Ayat yang biasa gunakan, sedangkan tujuh tahun boleh tunggu, takkan tujuh hari tak boleh tunggu. Kita bukan begitu. Sudah tujuh tahun penduduk menunggu, kita tidak akan dera penduduk tujuh hari lagi," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Pelancaran Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor di perkarangan perumahan penduduk Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang, semalam.

Beliau turut menyampaikan kunci rumah kepada penduduk di Hulu Kelang dan Puchong yang berjaya memiliki rumah melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.

Sementara itu, setelah tujuh tahun menunggu, akhirnya 300 penduduk Taman Ukay Bistari mampu menarik nafas lega semalam apabila dapat mendiami rumah sendiri.

Mereka juga mendengar sendiri jaminan yang diberikan oleh Anwar untuk menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai itu seberapa segera.

Seorang penduduk yang ditemui selepas majlis berkenaan, Aminah Othman, 46, melahirkan rasa syukur apabila Kerajaan Selangor menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai itu dan berharap kerajaan negeri dapat membantu mereka menyelesaikan beberapa lagi masalah berkaitan rumah dalam kadar yang segera.

"Saya rasa bangga sebab Datuk Seri Anwar sendiri yang turun menyerahkan kunci kepada kami di sini. Saya harap beberapa lagi masalah yang kami alami di sini seperti masalah tiada air dapat diselesaikan dengan segera," katanya

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Proses kehakiman negara banyak tidak kena


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menekankan bahawa tentu proses kehakiman dan perundangan dalam negara ini sekarang banyak yang tidak kena sehingga orang luar memprotes.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.

Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.

Berikut ialah jawaban beliau kepada soalan pihak media.

Wartawan: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campur tangan tersebut?

Abdul Hadi: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik, khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang Barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.

Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.

untuk berita lanjut, sila klik disini


Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Guan Eng lakukan yang terbaik untuk rakyat


"Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa memilih bulu, tidak sepertimana Umno dan Barisan Nasional (BN) dulunya. Sebab saya bukan cauvanis, diktator atau ekstrem terhadap orang Melayu terutamanya Islam," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan demikian semasa menerima kunjungan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan dan rombongan di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, kebanyakan isu yang timbul kerana fitnah dari media elektronik mahupun cetak yang pro BN kerana mereka tidak senang melihat kemajuan yang dicapaikan oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: PAS jangan terperangkap hukuman sebat wanita

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad meminta parti itu tidak terperangkap dengan isu hukuman sebat wanita yang sedang dimainkan Umno/Barisan Nasional untuk menunjukkan mereka lebih ke hadapan dalam menonjolkan agenda Islam.

Dzulkefly ketika diminta mengulas mengenai hukuman sebat yang dikenakan terhadap tiga wanita dan empat lelaki yang melakukan kesalahan jenayah syariah pada 9 Februari lepas berkata, Umno ketika ini sangat tertekan untuk meraih sokongan rakyat menggunakan isu itu untuk menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami proses Islaminisasi yang serius.

"Saya melihat ada politik di sebalik penonjolan perkara (hukuman sebat) ini. Kita jangan terperangkap dalam kerangka pemikiran mereka (Umno-BN) ini.

"Negara ini ada undang-undang, mengamalkan apa yang dikatakan pelaksanaan undang-undang yang selari iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah, yang dikatakan sebagai kedaulatan undang-undang ialah apabila kedua-dua mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang dibina melalui proses legislatif iaitu penggubalan undang-undang yang tertakluk kepada perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Ketika semua ini sudah termaktub, maka inilah undang-undang yang menjadi undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, pagi ini.

Sebailknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menegaskan, PAS berpendirian bahawa segala bentuk undang-undang syariah dan sistem perundangan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia mesti dilaksanakan secara telus dan adil terhadap sesiapa jua yang melakukan kesalahan, tanpa mengira jantina.

untuk berita lanjut, sila klik disini


Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Pakatan pertahan Guan Eng untuk keadilan rakyat

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) akan menyokong dan mempertahankan apa juga tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sekiranya untuk kebenaran dan keadilan kepada rakyat.

Menurut, sekiranya Lim tidak dapat memberikan keadilan kepada semua golongan masyarakat yang dipimpinnya di Pulau Pinang termasuk orang Melayu, maka beliau sepatutnya ditentang.

"Kita bukan menyokong mereka yang memperjuangkan perkauman seperti Barisan Nasional, sebaliknya dalam PR, kita akan menyokong siapa sahaja yang memperjuangkan hak dan keadilan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan.

"Namun begitu, dalam konteks Pulau Pinang, orang Melayu adalah terbukti yang termiskin, maka perjuangan untuk memastikan nasib Melayu terbela harus dilakukan oleh kerajaan yang memerintah iaitu PR di negeri ini,” ujarnya.

Anwar berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Dewan Millenium, di sini kelmarin yang turut dihadiri Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I dan II, Dr Mansor Othman dan Prof Dr P Ramasamy, barisan Exco serta kepimpinan PKR, PAS dan DAP negeri.

Justeru itu, katanya dakwaan yang menyatakan masyarakat Melayu dipinggirkan oleh Kerajaan PR yang memerintah negeri ini adalah tidak benar dan berasas sama sekali.

Anwar juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak prihatin terhadap masalah kemiskinan.


untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Perhitungan politik Sabah menjelang PRU-13


Kalakau Untol


Dalam apa jua perkara, yang pasti kekal berterusan berlaku ialah suatu perubahan. Dan perubahan itu akan terjelma dalam pelbagai bentuk; termasuklah pemikiran dan pentafsiran. Begitulah juga mengenai kaedah untuk membuat sebarang keputusan. Demikianlah juga dengan kedinamikan politik. Semuanya serba berkemungkinan.

Ketika ini, Negeri Sabah dan Sarawak diperkatakan sebagai kubu kuat BN. Ini bukan lagi suatu andaian malah kebenaran kerana sekiranya Sabah dan Sarawak mengalih sokongan kepada PR, kerajaan BN akan pasti tumbang.

Negeri Sarawak adalah sebaris dengan Selangor. Kukuh dan setia kepada BN dari dulu lagi sejak kewujudan BN. Kesetiaanya tidak pernah pudar yang memudaratkan BN. Tinggal lagi Selangor sudah melakar perubahan lanskap politik baru.

(Penulis, Kalakau Untol)

Nampaknya,ia akan menerajui suatu perubahan besar dan drastik, dasar-dasar yang terbaru seperti pemberian air secara percuma, bantuan kepada setiap keluarga bagi setiap kelahiran bayi, pemberian wang ehsan bagi urusan pengebumian jenazah dan juga setiap kemasukan pelajar ke dalam institusi pengajian tinggi.


Status negeri Sabah berbeza sedikit dan tidaklah sama dengan Sarawak. Sebabnya ialah kerajaan negeri Sabah pernah keluar daripada BN sebanyak dua kali. Sekali semasa kerajaan USNO dan sekali semasa kerajaan PBS. Apa pun kedua-duanya mempunyai alasan yang kukuh. Ia keluar bukanya sembarangan tetapi berperhitungan dan berprinsip. Persoalannya sekarang ialah apakah kesetiaan dan kekuatan kedua-dua Negeri itu ini dapat diterjemahkan dalam PRU-13 nanti?

Justeru itu penulis ingin menyingkap sejenak apakah kebangkarangkalian yang menjadi perhitungan penting kepada rakyat Sabah dan Sarawak pada masa itu kelak.

PERUBAHAN LANSKAP POLITIK ASIA

Negara matahari terbit Jepun dilanda perubahan politik. Parti LDP yang memerintah selama 50 tahun telah tumbang. Sekarang Jepun mempunyai sebuah kerajaan baru yang kebanyakannya dianggotai oleh generasi baru.

Negara jiran, Indonesia yang terpimpin sistem demokrasinya berubah menjadi lebih bebas lantas kerajaan yang diktaktor ditolak rakyat dan kepimpinan kerajaan bertukar tangan. Dasar pemerintah telah digubal dan Negara Indonesia terus berubah. Suatu masa dulu, Filipina juga melalui proses perubahan daripada kediktaktoran berubah kepada sistem pendemokrasian sebenar. Penggal dan tempoh seseorang presiden untuk memegang kuasa dihadkan.

Thailand juga mendepani perubahan. Malaysia dan Singapura sahaja yang masih dapat bertahan dengan kerajaan asal mereka setakat ini. Suatu perubahan itu jikalau tidak ditangani secara berhemah akan mendepani tekanan dan kekangan sehingga terbentuknya sebuah kerajaan baru. Demikianlah skesta politik Asia. Ia terus mengamit perubahan.

ASPIRASI DAN HARAPAN BARU

Pertukaran sesebuah kerajaan itu bersebab. Rakyat mengidamkan sesuatu pembaharuan sistem pentadbiran. Rakyat mahu sesuatu transformasi dan reformasi terhadap berberapa perkara seperti sistem kehakiman yang adil. Rakyat mahukan perubahan sistem pendidikan, Rakyat juga mahukan dasar menangani isu pendatang tanpa izin (PTI) yang lebih baik.

Rakyat sudah bosan dengan kegiatan rasuah. Rakyat mahukan pengurusan ekonomi yang lebih mampan. Rakyat mahukan sebuah dasar yang adil kepada semua kumpulan masyarakat. Bermacam-macam kemahuan dan pembaharuan yang diidami oleh rakyat jelata. Demikianlah aspirasi dan harapan baru rakyat Malaysia.

Kerajaan juga akan menjanjikan dan melaksanakan pelbagai kemudahan, dasar dan juga menggariskan halatuju Negara yang terbaik. Tetapi yang terpenting ialah tanggungjawab kearah sebarang pembaharuan dasar serta perlaksanaanya mestilah berintegriti. Sekiranya tidak, sekiranya tidak maka ia akan menjadi sia-sia sahaja kerana rakyat akan terus memburu pembaharuan serta sentiasa mempertikaikan dasar-dasar reformasi yang dilaksanakan. Pendek kata kerajaan berdepan dengan krisis keyakinan.

untuk berita lanjut, sila klik disini


Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Qazaf: Mahkamah dengar hujah Anwar, responden 10 Mac



Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 10 Mac ini bagi sebutan semula permohonan qazaf (tuduhan palsu) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas seorang pembantunya berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Hakim Mohd Shukor Sabudin membuat keputusan itu bagi mendengar hujah Anwar dan tiga responden yang dinamakan dalam permohonan penasihat PKR itu.

Tiga responden yang dinamakan Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Pihak Anwar diminta mengemukakan hujah menjawab bantahan awal yang telah dimasukkan pihak responden pada Khamis, 11 Februari lalu berhubung isu bidang kuasa mahkamah, atucara prosedur dan juga pemfailan wakalah oleh Anwar.

Manakala pihak responden, perlu mengemukakan hujah menjawab afidavit permohonan Anwar untuk didengar pada tarikh yang sama.

Mahkamah sebelum ini mengarahkan supaya pendakwa memfailkan permohonan bantahan awal itu dan menjawab afidavit permohonan Anwar sebelum 17 Februari lalu.

Anwar ketika bercakap kepada media di perkarangan mahkamah siang tadi sekali lagi menyelar campurtangan Umno terhadap bidang kuasa mahkamah.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Pemimpin Umno jahil fadilat hayati perjuangan Rasulullah

Apakah pemimpin Umno masih enggan mengakui mereka jahil agama apabila gagal membezakan fadhilat perarakan Maulidur Rasul dengan program menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w.

Menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. boleh dilakukan dengan pengkisahan kehidupan baginda melalui ceramah atau kuliah dari lahir sehingga wafat sedangkan perarakan Mualidur Rasul di atas jalan tidak mampu menghayati sirah perjuangan baginda dalam erti kata sebenar.

Namun hairannya, pemimpin Umno masih mempertahankan perbuatan tersebut yang dianggap sudah menjadi budaya dan tanpa mengira manfaatnya.

Tidak ramai sedar perarakan Mauludir Rasul sempena 12 Rabiul Awal kalendar hijrah tiada di Kelantan sejak 20 tahun lalu.

Majlis Maulidur Rasul hanya disambut di masjid-masjid atau surau dengan ceramah agama iaitu sendat dengan pengisian majlis ilmu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjelaskan perkara itu berkata, umat Islam jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa kadang-kadang tidak serupa dengan kehendak agama.

“Sebagai contoh Maulidur Nabi Muhammad s.a.w. yang disambut secara besar-besaran khususnya di negeri-negeri lain sebenarnya tidak ada sebarang fadhilat, tidak sebagaimana bulan Ramadan.

“Bulan Ramadan memang ada fadhilat dan kelebihannya, tetapi bulan Maulud tidak ada apa,” ujarnya kepada pemberita di sini.

Ekoran itu, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai kompromi demi politik.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Fakta Pulau Pinang membela Melayu


Umno melalui para pekakasnya telah menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kononnya negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu anti Melayu dan Islam.

Namun ramai tidak sedar bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan itu untuk orang Melayu Pulau Pinang adalah yang terbaik berbanding dengan apa yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Berikut adalah bukti-buktinya:-



untuk berita lanjut, sila klik disini


Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: RM2 juta: Panggil menteri bantu siasatan

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk membantu siasatan berhubung pemilikan RM2 juta oleh setiausaha politiknya, Hasbie Satar.

"Kalau seorang Setpol (setiausaha politik) boleh memiliki wang sebanyak itu, bosnya (menteri) takkan mempunyai wang sedikit dari itu," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Menurut beliau, tindakan Hasbie meletak jawatan sebagaimana dilaporkan kelmarin bukanlah jalan penyelesaian.

Sebaliknya, beliau mendakwa perletakkan jawatan tersebut demi memelihara imej seorang pemimpin Umno yang juga Menteri di JPM daripada dipertikai oleh rakyat.

Kelmarin, Hasbi dilaporkan meletak jawatan berdasarkan suatu kenyataan ringkas dalam satu perenggan yang dihantar oleh Hasbie kepada JPM.

Difahamkan perletakan jawatan itu ekoran beliau gagal menjelaskan sumber perolehan RM2 juta yang ada bersama-sama beliau ketika SPRM memberkas beliau di Pulau Pinang Khamis lalu.

Selain menjumpai RM2 juta tunai, SPRM turut mempersoal pemilikan kereta mewah dan seunit kediaman mewah beliau di Telok Air Tawar.

Demi membantu suatu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, beberapa aset Hasbie yang lain; termasuk kereta pacuan empat roda, beberapa unit rumah mewah turut disita oleh SPRM.

SPRM juga membekukan semua akuan bank milikan peribadi Hasbie untuk membantu siasatan tersebut.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

Harakah Online Preview: Tidak cukup dengan berarak, angkat sepanduk dan berselawat

“Tidak cukup dengan sambut maulud setahun sekali, berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita tengok di hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak diamalkan,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya memahami bahawa dibangkitkan Rasulullah s.a.w. untuk mengajar manusia supaya beramal dengan Islam.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya ketika menyampaikan ceramah di pekarangan Surau Istiqamah, Padang Nenas, malam tadi.

Turut berucap pada majlis ceramah yang diadakan bersempena Nadwah Ulama PAS Terengganu itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

Katanya, berita kedatangan Rasulullah s.a.w. dibawa oleh Allah Taala melalui semua nabi dan rasul.

Jelasnya, Allah memerintahkan nabi-nabi dan rasul-rasul mengarahkan umat masing-masing supaya beriman, menolong dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah sekiranya sempat dengan baginda s.a.w. untuk memenangkan Islam.

“Menolong untuk memenangkan Islam, menang untuk apa, menang untuk memerintah, mendirikan kerajaan,” ujarnya yang menafsirkan ayat 81, surah Aali Imran berhubung perintah Allah tersebut.

Jelasnya, setelah dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul, maka Rasulullah mengajak kaum keluarganya dan mereka yang ditemui supaya mengucapkan dua kalimah syahadah di samping mengajak mereka mendirikan kerajaan yang beramal dengan hukum-hukum Allah sebagaimana yang diturunkan di dalam al-Quran.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV