Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: 'Undi DAP bererti undi untuk negara Islam' muncul di Sibu

Sebagaimana dijangka, SUPP memulakan serangan ke atas DAP dengan menggunakan isu yang sudah bukan menjadi isu di Semenanjung apabila berkata, 'Undi DAP bererti undi untuk PAS dan negara Islam'.

Kempen ini dimulakan oleh Ketua SUPP Sibu yang juga Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya berkata, memang benar Negara Islam adalah matlamat PAS tetapi ia bukannya matlamat Pakatan Rakyat.

Beliau mengaku, tema 'Undi DAP bererti undi untuk PAS dan negara Islam' berkesan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi ia sudah dikebumikan apabila tsunami politik melanda negara dalam pilihan raya umum 2008.

Atas dasar itulah, katanya, di Kuala Sepetang, Perak, 84 peratus pengundi Cina telah memberikan undi kepada calon PAS, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Atas dasar itulah juga, 82.5 peratus penduduk Cina Rasa, Hulu Selangor memberikan undi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

"Nampaknya pemimpin SUPP yakin, apa yang tidak laku lagi di Semanjung masih lagi laku di Sibu," kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

Beliau yakin, SUPP sangat bimbang dengan perkembangan yang berlaku dalam pilihan raya Sibu apabila sokongan untuk calon DAP semakin meningkat.

Dari 40% : 60% antara DAP : BN kini sudah meningkat kepada 44% : 56%. Ini sangat bimbangkan SUPP sehingga mengeluarkan serangan yang dianggap sebagai senjata pemusnah (killer weapon) ini, kata Kit Siang.

Di Sibu, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad antara pemimpin PAS yang paling diyakini untuk menjelaskan isu ini.

Ini kerana, Khalid adalah antara pemimpin PAS yang mula-mula memasuki gereja untuk bertemu dengan pengundinya selepas menang di Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Semalam, Khalid bersama Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja menemui penganut Kristian di gereja Sacred Heart, gereja yang terbesar di Sibu.

Ekoran itu, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Johnity Ongkili mempertikaikan tindakan PAS itu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

0 comments: