Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Zaid ajak rakyat Hulu Selangor tolak BN

DATO' Zaid Ibrahim mengakui beliau dihubungi Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor lebih awal. Sebagai ahli parti yang taat, beliau membuat persiapan dengan mengadakan temuramah di kediamannya lebih awal dari tarikh pengumuman. Tetapi jika parti memilih orang lain sebagai calon, beliau menerimanya dengan hati yang terbuka. Ikuti wawancara dengan beliau di Tropicana Golf Resort, baru-baru ini.

HARAKAH : Boleh Dato' jelaskan latar belakang.

ZAID IBRAHIM : Saya dilahirkan di Kampung Chap, Bachok, Kelantan pada tahun 1951. Dilahirkan dalam keluarga kampung biasa di kawasan pedalaman.Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak berhampiran kampungnya, di mana saya terpaksa berjalan kaki selama sejam setiap kali pergi dan pulang dari sekolah, sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Sultan Ismail.

Apabila keluarga berpindah ke kawasan setinggan di Kota Bharu, selepas ayah saya, yang sebelum ini membuat kerja-kerja kampung sambil berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga, mula berniaga ayam di pasar besar Kota Bharu.

Semasa di darjah lima, saya menerima Biasiswa Kecil Persekutuan sebanyak RM15 sebulan berdasarkan prestasi baik pelajaran dan akibat kesulitan kewangan keluarganya.

Inilah saat paling menggembirakan dalam hidup saya, kerana tanpa bantuan tersebut, saya berkemungkinan tidak dapat meneruskan persekolahannya.

Menyedari hakikat kemiskinan keluarga, saya berusaha gigih dalam pelajaran, Alhamdulillah saya berjaya ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Kota Bharu, Kolej Sultan Ismail.

Saya mahu terus timba ilmu, meluaskan pergaulan dan mencari pengalaman baru di negeri orang, berbekalkan duit saku RM 5 dari ayah, saya berpindah ke Johor Bharu, untuk meneruskan pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bahru.

Ketika itu saya berasa sedikit terpinggir. Semuanya anak-anak orang besar dan hebat. Sebagai orang luar dan pertama kali pula bergaul dengan orang-orang bukan Melayu.

Tetapi dengan galakan dari guru-guru, saya berjaya memupuk bakat berpidato sehingga mewakili sekolah sebagai pendebat Bahasa Inggeris.

Selepas di Johor Bahru, saya meneruskan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, di mana saya mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan politik dan sastera di samping meneruskan minat berpidato dan menulis.

Selepas itu?

Saya melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shah Alam pada tahun 1971. Di ITM, saya meneruskan minat dalam bidang berpidato dan mula aktif dalam persatuan pelajar.

Selepas menerima ijazah tiga tahun kemudian, saya bekerja sebagai eksekutif jualan di Pulau Pinang selama setahun untuk meringankan beban kewangan keluarga di kampung.

Kemudian saya ke London dengan pinjaman MARA untuk mengambil peperiksaan akhir Bar.
Akibat kesilapan di peringkat pemerosesan permohonan, pinjaman yang diterima tidak merangkumi bayaran tuisyen, saya terpaksa belajar sendiri dengan meminjam nota dari teman-temannya di sebelah malam. Namun begitu, Alhamdulillah saya lulus peperiksaan Bar dalam masa 6 bulan.

Adakah Dato' teruskan kerjaya guaman?

Ya. Selepas pulang ke tanah air, saya memulakan latihan chambering dengan syarikat guaman Shook Lin & Bok, syarikat guaman terbesar di Malaysia pada masa itu. Dari 1976-1979, saya memulakan kerjaya guamannya bersama dengan firma Raja Aziz Addruse sebelum menimba pengalaman di firma-firma lain.

Tahun 1987, saya nekad untuk tubuhkan syarikat guamannya sendiri, Zaid Ibrahim & Co (ZICO). Walau dihimpit cabaran kewangan kerana tidak mempunyai senarai pelanggan besar yang kukuh pada awalnya, selepas berjaya diterima sebagai syarikat guaman untuk UEM-Plus Highway, ZICO mula diterima oleh pelanggan korporat dalam dan luar negara.

Dengan rakan kongsi yang pintar dan setia dan reputasi perkhidmatan guaman yang cemerlang, selepas 30 tahun, ZICO kini adalah syarikat guaman terbesar di Malaysia, dengan lebih 130 orang peguam dan ratusan pekerja lain dengan pejabat cawangan di Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu. Sejurus selepas dilantik menjadi menteri, saya lepaskan kepentingan di dalam ZICO.

Bagaimana dengan penglibatan politik?

Semenjak usia remaja tatkala mula mengikut ayah mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era 1960-an di Kota Bharu, terutamanya sekali para pemidato PAS yang hebat.

Saya mula menjadi ahli Umno Bukit Bintang sekitar 1986 tetapi mula bergiat secara lebih aktif di Kelantan selepas pilihan raya 1990.

Tahun 2001, beliau menjadi Ketua Bahagian Umno Kota Bharu dan kemudian dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan pada tahun 2003.

Oleh kerana saya dilihat mempersoalkan kuasa pemimpin Umno, pada tahun 2005, saya digantung dari jawatan Ketua Bahagian. Namun, saya terpilih menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004-2008.

Walaupun tidak terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya 2008, saya terus menyuarakan pandangan kritisnya secara terbuka terhadap hala tuju BN dan masalah kepemimpinan di dalam Umno.

Sejurus selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008, saya ditawarkan jawatan sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri "untuk membuat perubahan dalam sistem perundangan dan badan kehakiman".

untuk berita lanjut, sila klik disini


0 comments: