Laporan audit ke atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendapati badan itu membangunkan projek komersil atas tanah untuk orang miskin, serta mencagarkan tanah-tanah lain kepada bank, selain tidak membayar cukai tanah.
Laporan itu juga mendapati Pengerusi YBK, adalah Datuk Zainal Sakom sejak badan itu ditubuhkan pada 1990. Isteri beliau pula adalah pemegang amanah YBK, lapor laman web TV Selangor.
Zainal turut menjadi ahli Lembaga Pengarah Permodalan YBK Sdn Bhd selain mempunyai kepentingan dalam syarikat yang berurusan dengan YBK.
Lebih mengejutkan laporan itu mendedahkan juru audit kerajaan negeri tidak dapat menyiasat status projek tertentu di Hulu Selangor kerana fail-fail berkaitan sudah diambil terlebih dahulu oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Semakan audit turut mendapati :-
-16 lot tanah YBK digadaikan kepada individu dan syarikat untuk berjuta-juta ringgit. PYBK terlibat dalam lima cagaran itu, membabitkan RM102 juta.
-Cagaran itu menyebabkan tanah yang sepatutnya dibangunkan untuk membantu orang miskin beralih ke tangan pihak ketiga.
-YBK dan anak syarikatnya diberikan hampir 2,000 ekar tanah namun tidak membayar tunggakan cukai tanah RM7.36 juta kepada kerajaan negeri.
Dalam pada itu sumber-sumber memberitahu YBK menjalin kerjasama dengan tujuh syarikat termasuk empat anak syarikat – PYBK Usahasama, PYBK Resort and Spa, Servecare dan Serendah Heights yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM2 dan RM3.
untuk berita lanjut, sila klik disini







0 comments:
Post a Comment