Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: RM3,000 untuk pencipta logo muktamar PAS


Para ahli termasuk penyokong PAS, berpeluang merebut wang tunai sebanyak RM3,000 sekiranya menjuarai pertandingan mencipta logo Muktamar Agung PAS Kali Ke-56.

Pengarah Muktamar tahun ini, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata, bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu, pihak urusetia akan mengiklankan dalam akbar Harakah keluaran terdekat ini.

“Pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000. Oleh itu, kepada meraka yang berminat boleh mencipta logo berkenaan bermula dari sekarang,” katanya.

“Kami akan mengiklankannya di dalam akhbar Harakah untuk maklumat lanjut. Kami juga menentapkan tarikh tutup pertandingan mencipta logo ini pada akhir bulan April 2010,” katanya lagi.

Muktamar PAS tahun ini dijangka 10 hingga 12 Jun 2010 bertempat di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.

Sementara itu, kerja-kerja persiapan bagi persedian Muktamar Agung PAS itu juga telah pun bermula pada hari ini.

Seramai 200 orang yang terdiri dari anggota Unit Amal Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bahru-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), melakukan kerja-kerja pembersihan Putik

untuk berita lanjut, sila klik disini


Dimensi Baru Siaran TV

0 comments: