Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Pegawai masjid: Pemuda PAS Kedah buat laporan polis

Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya mengetuai lebih 20 orang ahli jawatankuasa dewan itu membuat laporan polis terhadap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Haniffah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, kelmarin.
Laporan itu dibuat ekoran daripada kenyataan Ahmad yang disiarkan sebuah akhbar 6 April lalu yang didakwa cuba menghasut imam dan pegawai-pegawai masjid di negeri itu untuk mengingkari titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Beberapa hari lalu, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) telah mengeluarkan arahan kepada imam dan pegawai masjid yang berusia lebih 60 tahun untuk mengisi Borang M4 yang berkaitan dengan had umur kelayakan penjawat jawatan dalam organisasi masjid.

Ahmad Bashah dilaporkan mempertikai tindakan Jaik mengeluarkan arahan yang didakwanya bermotifkan politik dan tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan Barisan Nasional dahulu.

untuk berita lanjut, sila klik disini


Dimensi Baru Siaran TV

0 comments: