
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan melancarkan majalah terbaru Zunar berjudul Isu Dalam Katak. Majlis tersebut akan diadakan pada hari Jumaat 2 April, jam 11 pagi di restoran Pak Amjal, Pantai Baru, Kuala Lumpur.
Isu Dalam Katak adalah sebuah majalah kartun isu semasa yang dihasilkan oleh Zunar serta kartunis-kartunis seperti Jonos, Ronasina, Art, Lan dan Naza.
"Tempat tersebut dipilih kerana kami mahu venue pelancaran kali inilebih dekat kepada rakyat, iaitu di sebuah restoran tepi jalan berbanding hotel atau dewan," kata Zunar dalam satu kenyataan medianya.
Restoran Pak Amjal terletak di tengah laluan ke Kuala Lumpur, dengan itu memudahkan orang ramai untuk hadir dan bertemu dengan mereka. Selain itu ia terletak berhadapan pintu masuk Universiti Malaya, dengan itu memberi kemudahahan kepada mahasiswa untuk hadir bersama.
Selain majlis pelancaran dan ramah mesra, juga diadakan sesi bertemu kartunis, karikatur dan bacaan puisi. Majlis akan bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.
Antara yang menarik dalam Isu Dalam Katak ialah seksyen "wilayah katak"yang dipenuhi dengan karya-karya menyindir ahli politik yang melompat seperti ruangan "Wikipakdia" yang mengupas spesis-spesis katak di Malaysia.
Selain itu, ada kartun khas tentang kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, dengan tajuk "6 Jahanam", kisah dimulakan dengan membongkar kepincangan yang berlaku dalam konspirasi pertama pada 1998 membawa kepada kepincangan konspirasi kedua.
untuk berita lanjut, sila klik disini







0 comments:
Post a Comment