Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: MB Selangor akan buat pengumuman penting isu generasi kedua Felda

19 April 2010: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan membuat pengumuman penting berkaitan dengan hak generasi kedua Felda dalam masa terdekat ini.

Menurut AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, beliau dimaklumkan, Khalid akan membuat pengumuman penting tentang masa depan mereka tidak lama lagi.

Mazlan berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis ceramah Pakatan Rakyat di Felda Sungai Tengi malam tadi.

Menurut Mazlan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengubah hasrat bapanya, Tun Razak, yang menubuhkan Felda untuk menjadi egen pengurusan mengeluarkan peneroka Felda dari kemiskinan.

Namun, anaknya datang meruntuhkan dasar ini apabila menjadi Felda badan perniagaan sehingga dikatakan paling kaya selepas Petronas.

"Yang Tun Razak mahukan bukan untuk mengkayakan Felda. Apa yang peneroka dapat dari kayanya Felda. Yang perlu dikayakan adalah peneroka bukannya Felda," kata beliau.

Beliau memberitahu, menjadi salah satu perjuangan Anak adalah memansuhkan Felda Plantation dan menyerahkan tanah mereka kepada anak-anak peneroka yang kini menjadi generasi kedua Felda selepas ibu dan bapa mereka sudah tua ataupun sudah meninggal dunia.


untuk berita lanjut, sila klik disini



0 comments: