Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah mewakili Menteri Besar dan Ketua Eksekutif Kumpulan Kedah Agro, Mohd Anuar Tahir telah hadir menyaksikan majlis itu.
Perjanjian pertama ialah antara KAPSB dengan peserta projek Pembangunan Tanah Kampung Teluk Sera, Sidam Kanan, Kulim. Kawasan tanah terbiar penduduk yang berkeluasan 50 ekar akan dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit yang diharapkan dapat memaksimumkan pendapatan mereka.
Penduduk akan didedahkan serta dilatih mengenai konsep dan perlaksanaan pengurusan ladang yang canggih dan sistematik yang dijangka akan bermula pada 1 Mei nanti.
Perjanjian usahasama kedua pula ialah di antara Kedah Agro Livestock Sdn. Bhd. (KALSB) dengan syarikat Green Agro Sdn. Bhd. bagi projek Pusat Kuarantin, Pengumpulan dan Penjualan Lembu yang terletak di atas tanah berkeluasan 46.7662 ekar di Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu.
Projek itu nanti akan mendapat khidmat nasihat secara langsung daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri dan daerah meliputi khidmat nasihat dan bimbingan, perkhidmatan rawatan ternakan, khidmat nasihat pemakanan dan khidmat kawalan mutu ternakan.
Perjanjian usahasama ketiga pula adalah di antara Kedah Agro Aquaculture Sdn. Bhd. (KAASB) dengan syarikat Golden Protections Sdn. Bhd. bagi projek Sangkar Laut Terbuka di Pulau Langkawi.
Projek itu akan bermula dengan penternakan ikan kerapu harimau (Epinephelus Fuscoguttatus) sebelum dikembangkan kepada pembenihan dan penternakan kontrak di kalangan penduduk tempatan di Pulau Langkawi.
untuk berita lanjut, sila klik disini








0 comments:
Post a Comment