
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dicadangkan menaikkan lagi harga lantai sebatang rokok kerana harga yang sedia ada masih mampu dibeli oleh para pelajar sekolah.
Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Hatta Ramli (gambar) meminta Menteri Kesihatan Dr. Liow Tiong Lai menyatakan kesediaannya KKM untuk menaikkan harga lantai sebatang rokok seperti yang dicadangkan.
"Pada pandangan saya, harga lantai sebatang rokok (sekarang) ini masih harga termampu (bagi) pelajar-pelajar sekolah beli.
"Apakah kerajaan bersedia naikkan harga lantai yang sedia ada," soal beliau dalam sesi soalan tambahan pagi tadi.
Tambahnya lagi, para pelajar lazimnya membeli rokok menggunakan duit saku sekolah harian.
Akhirnya, menurut beliau, gejala merokok boleh mendedahkan pada gejala-gejala sosial yang lain.
Menjawab soalan itu, Datuk Liow Tiong Lai (MCA) berkata, kementeriannya akan sedang mengenal pasti impak penagihan rokok di kalangan pelajar sekolah.
Selain mengaku untuk mempertimbang nasihat Dr. Hatta, beliau menjelaskan bahawa kerajaan akan memperluaskan lagi zon larangan merokok supaya menyukarkan rakyat terjebak dalam budaya yang tidak sihat itu.
untuk berita lanjut, sila klik disini








0 comments:
Post a Comment