Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Dr Asri nafi sertai politik ataupun pilihan raya

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menafikan laporan beliau bercadang untuk menyertai parti politik ataupun pilihan raya.

"Sehingga kini saya belum berminat untuk itu," jawab beliau ringkas dalam blognya ekoran laporan Harakahdaily sebelum ini.

Harakahdaily sebelum ini melaporkan Asri sedang berusaha untuk menubuhkan parti politiknya sendiri bagi membolehkan beliau dan rakan-rakannya menyertai pilihan raya.

Beliau juga menafikan laporan kononnya tulisan terakhir beliau: “Ulama Dimuliakan atau Disucikan“ mempunyai unsur Wahabi.

Katanya: "Sila tunjukkan ayat mana yang berunsur wahabi? Wahabi itu pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab dan saya tidak berminat dengan karya-karya beliau. Saya banyak membaca Ibn Taimiyyah, Ibn Qaiyyim, Ibn Hajar al-Asqalani dan al-Qaradawi."

Kata beliau lagi: “Dalam dunia ini kita patut jauhi segala bentuk ekstrimis termasuk yang pro Muhammad bin Abdul Wahhab atau penentangnya jika keluar dari batas kesederhanaan. Artikel “Ulama Dimuliakan atau Disucikan” itu ditulis ketika ada pihak cuba menggunakan tokoh agama untuk kepentingan politik mereka," jelasnya.

Dalam jawapannya itu juga Asri berkata, kehadirannya ke sidang Perkasa baru-baru ini bukan sebagai ahli Perkasa.

untuk berita lanjut, sila klik disini


Dimensi Baru Siaran TV

0 comments: