Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Calon Pakatan Rakyat diumum 13 April

Calon Pakatan Rakyat dari PKR untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor akan diumumkan 13 April ini di Pusat Komuniti Serendah, Pekan Serendah iaitu dua hari lebih awal dari pengumuman calon BN.

Pengumuman akan dibuat oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dijangka hadir sama di majlis itu nanti adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhydin Yasin memaklumkan, calon BN akan diumumkan pada 15 April ini.

Menurut Muhyidin, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak telah memberikan nama kepada beliau untuk diumumkan.

“Beliau (Perdana Menteri) sudah memaklumkan kepada saya dan saya akan umumkan pada 15 April ini," kata Muhyidin sebelum ini.

Sehingga kini, kedua-dua pihak dipercayai sudah memutuskan calon masing-masing. Mereka akan diumumkan pada tarikh yang disebutkan tadi.

Di pihak Pakatan Rakyat, beberapa nama disebut-sebut bakal menjadi calonnya. Sebelum ini Harakahdaily menyiarkan pandangan kolumnisnya yang meramalkan Datuk Zaid Ibrahim (gambar) bakal menjadi calon PKR.

http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25899:calon-pakatan-rakyat-diumum-13-april&catid=1:utama&Itemid=50


Dimensi Baru Siaran TV

0 comments: