Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Anggota Parlimen Sibu meninggal dunia

Anggota Parlimen Sibu, Sarawak yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau (gambar) meninggal dunia pagi ini akibat barah.

Robert Lau, 68, dari parti SUPP, salah satu komponen BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi menewaskan dua calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu iaitu calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil iaitu yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008. Namun begitu besar juga kemungkinan ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri yang sedang disebut-sebut sekarang ini.

Sebelum ini, Sarawak menghadapi pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum 2008 iaitu DUN Batang Ai. BN menang kerusi itu mengalahkan calon PKR.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail yakin hanya seorang sahaja calon Pakatan Rakyat akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

"Saya yakin, kita hanya mampu mengalahkan BN melalui pendekatan satu lawan satu. Jadi saya yakin, hanya satu calon Pakatan kali ini," katanya kepada Harakahdaily.

untuk berita lanjut, sila klik disini


Dimensi Baru Siaran TV

0 comments: