Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Selangor peruntuk RM56 juta untuk laksana program MES

Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM56 juta bagi pelaksanaan program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” (MES) fasa 1 yang bermula tahun lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Khalid Ibrahim berkata, peruntukan itu disediakan untuk membiayai tujuh program teras di bawah MES ini.

Khalid berkata demikian ketika berucap di majlis pertemuan beliau dengan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daerah ini baru-baru ini.

Tujuh projek itu adalah Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Program Bekalan Air Percuma sebanyak 20 meter padu, Program Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas, Program Meningkatkan Hasil Batuan dan Mineral, program Pusat Khidmat Krisis Sehenti dan Program Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang.

Menurut Khalid, untuk Tawas, Pada tahun 2009, seramai 11,858 orang anak kelahiran negeri Selangor menerima RM100 setiap seorang untuk program tersebut, yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM13.5juta.

Kerajaan negeri, katanya, amat prihatin terhadap keperluan pendidikan awal kanak-kanak kerana mereka merupakan tonggak pembangunan modal insan bagi negeri tercinta ini.

Kerajaan negeri juga turut memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan taraf institusi taska di Selangor melalui latihan dan bimbingan kepada pengusaha dan pengasuh taska, beritahu beliau.

Untuk Program Bekalan Air Percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua meter individu pula, Khalid berkata, bantuan ini ternyata dapat membantu mengurangkan beban kewangan rakyat sebanyak RM10.40 setiap bulan dalam perbelanjaan utiliti yang semakin meningkat.

Hitungan perbelanjaan yang ditanggung kerajaan negeri berjumlah RM9.8 juta sebulan, katanya.

"Oleh itu, saya menyeru agar rakyat Selangor menghargai dan menggunakan air dengan cermat di rumah dan pejabat kerana inilah sumber alam yang tidak ternilai daripada Allah kepada kita," katanya.

Kerajaan negeri juga, katanya, memberikan hadiah sebanyak RM1,000 kepada anak Selangor yang mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Program melalui program Hadiah Anak Masuk Universiti.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

0 comments: