
Menteri Besar tidak hadir menyambut keberangkatan pulang Sultan Kelantan dari Singapura hari ini disebabkan beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sejak petang semalam.
Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yussof berkata, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana masih mendapat rawatan di hospital.
Kata beliau, kepenatan tugas harian menyebabkan jantungnya tidak stabil sehingga terpaksa mendapat rawatan di Unit Rawatan Jantung pagi semalam.
“Dan pada sebelah petang doktor menasihatkan Menteri Besar berehat di wad bagi memulihkan keadaan jantungnya.
“Keadaan kesihatan Tuan Guru agak terganggu sejak seminggu lalu disebabkan kepenatan kerana menghadiri banyak program di merata tempat,” katanya di sini.
untuk berita lanjut, sila klik disini







0 comments:
Post a Comment