Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Hospital Batu Gajah: Penjelasan Jabatan Kesihatan Perak

Jabatan Kesihatan Perak mengakui Hospital Batu Gajah mengalami masalah kekurangan pegawai perubatan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Narimah Nor Yahaya berkata, bagi mengatasi masalah itu, penolong pegawai perubatan membantu pegawai perubatan merawat pesakit di Jabatan Pesakit Luar.

Katanya, seorang pegawai perubatan telah pun ditambah dan beberapa pegawai perubatan akan ditempatkan di Hospital Batu Gajah dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah itu.

Beliau menyatakan demikian dalam emel bertarikh 15 Mac yang dihantar kepada Harakahdaily yang merujuk laporan bertajuk ‘Pesakit luar Hospital Batu Gajah Kecewa’ yang disiarkan pada 11 Mac lalu.

Dr Narimah juga menjelaskan perkara-perkara lain yang ditimbulkan oleh pesakit luar hospital berkenaan sebagaimana yang dilaporkan dalam Harakahdaily.

Berikut ialah surat penuh beliau.

ADUAN MELALUI AKHBAR BERKENAAN “PESAKIT LUAR HOSPITAL BATU GAJAH KECEWA”

Saudara Pengarang,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada keratan akhbar Harakah Daily bertarikh 11 Mac 2010 yang mengulas isu seperti yang tersebut diatas dan diucapkan terima kasih di atas maklum balas dari tuan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa siasiatan telah pun dijalankan oleh Jabatan ini dan didapati ketika ini Hospital Batu Gajah mengalami masalah kekurangan Pegawai Perubatan. Bagi mengatasi masalah ini Penolong Pegawai Perubatan membantu Pegawai Perubatan merawat pesakit di Jabatan Pesakit Luar. Seorang Pegawai Perubatan telah pun ditambah dan berberapa Pegawai Perubatan akan ditempatkan di Hospital Batu Gajah dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

0 comments: