
Sekretariat Protes Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini turun menyampaikan risalah berkaitan GST kepada masyarakat di sekitar Masjid India, Masjid jamek dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).
Edaran risalah yang dinamakan 'Hit And Run Protest GST' ini bertujuan memberi pendedahan dan maklumat yang tepat mengenai GST yang akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen yang akan bermula pada 15 Mac ini.
Salah seorang sekretariat Protes yang mewakili PAS, Aiman Athirah Al jundi berkata, edaran risalah ini sangat penting kerana rakyat tidak diberikan penerangan yang tepat mengenai GST. Kerajaan sebaliknya sedang membohongi rakyat dengan mengatakan GST tidak akan melibatkan seluruh rakyat, dan hanya dikenakan kepada golongan berpendapatan tinggi sahaja.
"Tujuan kita untuk memberi kesedaran kepada orang awam apakah GST sebab kita difahamkan 70 peratus rakyat Malaysia menolak GST tetapi mereka menolak tanpa meklumat yang tepat. jadi kita nak bagitahu rakyat bahawa GST ini tidak seperti yang digembar-gemburkan Kerajaan bahawa kononnya ia tidak akan membebankan orang miskin.
(GAMBAR: Aiman Athirah menyerahkan risalah GST kepada orang ramai)
untuk berita lanjut, sila klik disini







0 comments:
Post a Comment