Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Zahrain keseorangan dalam menilai Lim Guan Eng


Nampaknya Datuk Zahrain Mohd Hashim keseorangan dalam menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang. Rakan-rakan beliau sendiri terutama yang bekerja terus di bawah Lim Guan Eng menolak dakwaan Zahrain itu.

Bahkan, Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim (GAMBAR) menasihatkan bekas Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang itu tidak terperangkap dan terjebak dengan rentak tari Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, sebagai wakil rakyat PKR, Zahrain tidak sepatutnya mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum yang menerajui parti yang dinaunginya sendiri.

"Sekiranya benar seperti didakwa bahawa Datuk Zahrain mengeluarkan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar maka ianya adalah amat mendukacitakan. Sebagai seorang pemimpin yang telah lama dalam parti, adalah tidak wajar bagi beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Secara tidak langsung ianya membuka ruang kepada BN untuk mengambil kesempatan diatas apa yang berlaku. Saya sendiri kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan dakwaan sepertimana yang dilaporkan media istilah diktator, cauvanis dan berfikiran komunis yang ditujukan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pada pandangan saya dakwaan tersebut adalah serius."

Abdul Malik juga menafikan dakwaan bahawa Lim mengamalkan sikap sepertimana yang didakwa oleh Zahrain dalam pentadbirannya semasa menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri.

untuk berita lanjut, sila klik disini

0 comments: