Beliau berkata, badan amanah berkenaan mesti dianggotai wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang terdiri dari kalangan mereka yang pakar dalam pelbagai bidang seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Malay Agriculture Settlement (MAS) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) supaya penduduk yakin bahawa pembangunan yang dilaksanakan itu adalah untuk kepentingan mereka.
"Badan amanah ini akan merancang secara bersama kaedah dan mekanisma pembangunan Kampung Baru dengan mengambil kira kebajikan dan hak pemilik, memastikan pembangunan dimulakan dalam masa yang sewajarnya dan secara berfasa supaya perpindahan penduduk tidak berlaku ssecara serentak dan tergesa-gesa, memilih satu konsortium yang akan menjadi ‘pemaju’ untuk memastikan tiada penyelewengan, ketirisan dan kebocoran berlaku dan pemilik akan mendapat manfaat dengan terus memiliki dan menjadi stake-holder," katanya dalam blognya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengumuman Najib berhubung cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru, iaitu pembangunan akan dijalankan setelah mendapat persetujuan pemilik tanah dan penduduk di samping memastikan mereka tidak perlu berpindah ke tempat lain.
Najib dilaporkan berkata, sebuah badan khas yang dikelolakan oleh badan amanah kerajaan tanpa pembabitan sektor swasta akan diwujudkan bagi menggerakkan pembangunan semula Kampung Baru demi kepentingan penduduk.
Lo' Lo' yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyokong penuh pembangunan kawasan yang merupakan aset orang Melayu itu disegerakan memandangkan pemilik tanah di kawasan itu sudah jemu mendengar janji kosong kerajaan sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.
"Sebelum Najib datang ke Kampung Baru, mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi, seminggu sebelum menyerahkan jawatan, juga telah datang ke tapak pasar minggu bersama Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Zulhasnan dan Datuk Bandar pada 30 Mac 2009 dan melakukan upacara pecah tanah projek Menara Puncak Baru berharga RM500 juta yang melibatkan sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat mengandungi 392 unit kediaman dan sebuah bangunan 40 tingkat mengandungi unit pejabat selain tiga tingkat ruang beli belah dan perniagaan.
untuk berita lanjut, sila klik disini






0 comments:
Post a Comment