
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 10 Mac ini bagi sebutan semula permohonan qazaf (tuduhan palsu) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas seorang pembantunya berhubung kes liwat yang dihadapinya.
Hakim Mohd Shukor Sabudin membuat keputusan itu bagi mendengar hujah Anwar dan tiga responden yang dinamakan dalam permohonan penasihat PKR itu.
Tiga responden yang dinamakan Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Pihak Anwar diminta mengemukakan hujah menjawab bantahan awal yang telah dimasukkan pihak responden pada Khamis, 11 Februari lalu berhubung isu bidang kuasa mahkamah, atucara prosedur dan juga pemfailan wakalah oleh Anwar.
Manakala pihak responden, perlu mengemukakan hujah menjawab afidavit permohonan Anwar untuk didengar pada tarikh yang sama.
Mahkamah sebelum ini mengarahkan supaya pendakwa memfailkan permohonan bantahan awal itu dan menjawab afidavit permohonan Anwar sebelum 17 Februari lalu.
Anwar ketika bercakap kepada media di perkarangan mahkamah siang tadi sekali lagi menyelar campurtangan Umno terhadap bidang kuasa mahkamah.
untuk berita lanjut, sila klik disini






0 comments:
Post a Comment