
ekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim siang tadi mengadakan bantahan terhadap pertuduhan liwat terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.
Mereka berhimpun selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Wilayah Jalan Duta dengan membentang kain rentang ‘Keadilan Untuk Anwar’ dan ‘Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2’.
Mereka turut melaungkan 'reformasi' serta mengutuk pendakwaan terhadap Anwar yang didakwa fitnah dan mahu menjatuhkan kerier politik Anwar.
Ketua Biro Strategik PKR Tian Chua dalam ucapannya pada perhimpunan itu berkata, kes liwat ke atas Anwar kali ini adalah ulangan kes yang pernah berlaku pada 1998.
Jelasnya modus operandi sama dilakukan bagi menzalimi peribadi Anwar sekaligus membenarkan Datuk Seri Najib kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri.
“Apa yang berlaku ini adalah satu ulangan yang familiar (serupa) dalam sejarah tanah air. Kita akan berjuang berhabis-habisan menentang satu sistem yang sanggup menzalimi hak individu untuk kekal berkuasa pada kedudukan mereka.
untuk berita lanjut sila klik disini






0 comments:
Post a Comment