Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata walaupun Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan raya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa PR tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.
Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.
Katanya, bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.
Tambahnya, pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.
“Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya.
Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
Di samping itu, ujarnya dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.
Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.
untuk berita lanjut, sila klik disini






0 comments:
Post a Comment