Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Dedah siapa jual rahsia penting negara

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan mereka yang terlibat menjual rahsia penting negara.

Ini berikutan Zahid mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara.

Mahfuz berkata, pembocoran dan penjualan tersebut dikatakan melibatkan pihak dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dijual kepada negara asing melalui kedutaan di Kuala Lumpur.

“Kejadian ini sekali lagi mendedahkan betapa kelemahan yang sangat ketara pada sektor dan institusi pertahanan dan keselamatan negara selepas dalam tempoh dua bulan kita dikejutkan dengan kecurian dan penjualan dua buah enjin Jet F5E di pasar malam antarabangsa,” katanya.

Tambahnya, kecurian enjin Jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan rakyat berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan negara.

Katanya, kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan menghadapi ancaman dari negara luar.

Apatah lagi, ujarnya negara yang melakukan pengintipan dengan membeli rahsia penting negara sudah tentu mempunyai niat jahat terhadap Malaysia.

Menurutnya, dengan rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan yang dimiliki oleh negara asing sudah tentu mereka akan bertindak terhadap Malaysia.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Dimensi Baru Siaran TV

0 comments: