Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangguhkan pelaksanaan perintah membenarkan akhbar mingguan Katolik Herald,The Catholic Weekly, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan mereka.
Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan berkenaan berikutan persetujuan pihak-pihak terlibat demi kepentingan negara.
Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang mewakili KDN berkata, mana-mana pihak tidak seharusnya menghina keputusan mahkamah dengan membuat kenyataan di luar mahkamah berhubung isu berkenaan sehinggalah ianya diputuskan di Mahkamah Rayuan.
"Saya minta peguam-peguam supaya tidak menentang permohonan KDN (menangguhkan keputusan mahkamah) demi kepentingan negara. Saya juga telah meminta Hakim mendengar kes ini secepat mungkin dan Hakim sendiri berkata beliau akan memberikan keputusan secepat mungkin," katanya kepada pemberita.
untuk berita lanjut, sila klik disini





0 comments:
Post a Comment