Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Enjin F-5E: Kenyataan AG meragukan, tubuh segera Suruhanjaya Diraja

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa pengumuman yang di buat oleh Peguam Negara bahawa siasatan Polis mendapati tiada pegawai tinggi terlibat dalam skandal kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah meragukan.

Katanya apa yang dipersoal mana mungkin kehilangan aset TUDM dengan nilai 100 juta ringgit itu hanya dilakukan pegawai rendah dan anggota biasa sahaja.

"Ini bukan kehilangan spare part di kedai baiki kereta yang boleh seorang pormen boleh masukan barang dalam poket dia dan keluar dari kedai tersebut untuk jual di pasaran gelap.

"Kalau spare part kedai baiki motor hilang boleh lah di katakan tauke tak tahu ini enjin jet dan bukannya boleh di junjung di atas bahu seorang prebet cabuk TUDM, melainkan mesti satu pakatan yang cukup bersetrategi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mendakwa tidak menolak kemungkinan ada strategi pihak tertentu cuba memadamkan dan menghilangkan bukti dan fakta kes memandangkan tempoh siasatan sangat lama sehingga menjangkau 16 bulan.

"Tempoh masa yang panjang setahun empat bulan bermula dari Ogos 2008 untuk siasatan dan tolak menolak antara Peguam Negara dan PDRM memungkinkan sebagai satu strategi untuk memadam dan menghilangkan bahan bukti dan fakta kes yang membabitkan Pegawai Kanan atasan TUDM dan penglibatan politik di KEMENTAH dan Kerajaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Kemungkinan tersebut katanya bersandarkan kepada beberapa kes berprofil tinggi sebelum ini juga diragui semua pihak.

untuk berita lanjut, sila klik disini

0 comments: