Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Kepala Lembu: Penduduk tempatan bantah aksi ekstrem

Makluman: kepada Pembaca Harakah Online Yang belum mendapatkan laporan H1N1,sila dapatkan melalui banner dibawah ini. Ini kerana masih ramai lagi pembaca yang tidak mendapatkan laporan khas ini.


Sempena dengan hari Kemerdekaan negara 31 Ogos hari ini, kebanyakan penduduk Seksyen 23 menyifatkan demontrasi kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebagai sesuatu yang ekstrem, keterlaluan serta tidak menghormati kepelbagaian penganut agama penduduk tempatan.Dakwaan mereka, insiden terbabit sebenarnya bukan mewakili suara penduduk tempatan yang rata-ratanya berpendidikan tinggi dan berpegangan moral, sebaliknya ia adalah usaha pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka sendiri.Bagaimanapun, kebanyakan responden tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri, memindahkan kuil Hindu ke kawasan kejiranan mereka.Namun, mereka yang ditemui menegaskan bahawa penduduk setempat hanya bersetuju menggunakan pendekatan bermesyuarat, rundingan, diplomasi dengan semua pihak, termasuk kerajaan negeri dalam isu pemindahan kuil tersebut.

Jumaat lepas, sekumpulan NGO Melayu yang mendakwa mewakili penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak dari Masjid Negeri ke Pejabat SUK Selangor yang menempatkan Pejabat MB, dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah.Sambil mengarak, mereka menyepak-nyepak kepala lembu itu dan memaki serta megutuk tindakan kerajaan negeri yang memutuskan untuk memindah kuil Hindu di Seksyen 19 ke satu tapak industri di Seksyen 23.Tiga pemimpin kerajaan negeri yang menjadi sasaran mereka iaitu Adun Batu 3 dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan MB, Tan Sri Khalid Ibrahhim.Kira-kira 10 anggota polis mengawal tindakan mereka namun tidak ada usaha memberhentikannya.Pada 18 Ogos lalu, akhbar Utusan melaporkan UMNO Selangor akan mengemukakan permohonan mahkamah untuk mendapatkan perintah injunksi bagi mengetepikan keputusan kerajaan negeri membina kuil di kawasan majoriti umat Islam di Seksyen 23 itu.Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Noh Omar berkata, ini kerana bantahan penduduk terhadap keputusan itu adalah wajar serta mempunyai asas-asas kukuh selain bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang berlandaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan.Berikut adalah tinjauan Harakahdaily yang menemui penduduk Seksyen 23 sendiri sehari sebelum Kemerdekaan negara bagi mengetahui apa pandangan mereka mengenainya.

PENDAPAT 1

ImageShahril bin Lan, jurujual berkata, "Saya waktu berkumpul mula-mula itu, saya ada datang. Tapi, saya tidak setuju. Saya tidak ikut (sertai mereka)."Rasa-rasanya cara itu memalukan orang-orang di sini. Saya rasa mentaliti mereka (yang terlibat), ini ada agenda-agenda tertentu, cuba memporak-perandakan ketenteraman."Kita lebih suka cara diplomasi. Kalau dah berarak (dengan) kepala lembu, itu nak buat apa benda (melainkan) berniat politik parti-parti tertentu lah. Yang menyertai itu (orang tempatan) sebenarnya adalah lima (atau) enam orang je."

Bagaimanapun, jelasnya lagi, penduduk tempatan rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri, membina kuil di sini.Antara alasan yang diberikan, majoriti penduduk tempatan di sini, beragama Islam."Orang di sini memang tidak suka kuil itu didirikan di sini. Kalau boleh, biarlah (didirikan) jauh sikit dari sini. Sebab di sini majoritinya orang Islam kan."

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini

Makluman: kepada Pembaca Harakah Online Yang belum mendapatkan laporan H1N1,sila dapatkan melalui banner dibawah ini. Ini kerana masih ramai lagi pembaca yang tidak mendapatkan laporan khas ini.


Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang."Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan.""Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja."Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapan Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu."Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: Dinar Emas, Pusat akhirnya akui amalan Kelantan

Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Husam Musa menyambut baik saranan kerajaan agar Tabung Haji (TH) dan Pusat Zakat (PZ) meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan mereka.Namun beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berharap ianya dilaksanakan mengikut seperti yang dikehendaki Islam, bukan hanya mengambil sebahagian sahaja.Pertama saya ucap tahniah kepada kerajaan persekutuan.Akhirnya boleh berkongsi pandangan dengan kerajaan negeri Kelantan. Tetapi pelaksanan itu mesti seperti yang dikehendaki Islam. Tak boleh ambil separuh-separuh," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut berkongsi kebimbangan mengenai keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini dan memerlukan kepada penggunaan dinar emas sebagai alternatif memandangkan ianya terkenal dengan sifatnya yang stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.Idea penggunaan dinar emas telah dicadangkan oleh Husam dari tahun 2001 lagi apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan idea yang sama pada tahun itu.Pada tahun 2001, Tun Dr Mahathir mencadangkan penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi menghadapi manipulasi mata wang.Namun idea berkenaan terhenti setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2004.

Kerajaan Kelantan bagaimanapun telah menggunakan Emas Dinar Kelantan sebagai simpanan nilai, walau pun ia tidak dipersetujui pihak-pihak tertentu termasuk Kerajaan Pusat ketika itu.Manakala pada 24 Julai 2007, Kerajaan Kelantan melalui badan penyelidiknya, Kelantan Reserch Institute and Strategic Studies (Kriss) menganjurkan seminar antarabangsa dinar emas (International Seminar on Gold Dinar) di PWTC.Tun Dr Mahathir turut berada di majlis itu dan memberikan ucap utama atas kepentingan idea bersama iaitu 'dinar emas' antara beliau dan pemimpin PAS Kelantan.

UNTUK BERITA LANJUT SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: Selamatkan beras negara, tarik AP Bernas- Mahfuz



Kerajaan Malaysia digesa menarik balik Permit Import (AP) PADIBERAS Nasional Bhd. (Bernas) bagi menjamin keselamatan makanan negara.Pemberian AP kepada Bernas telah menyebabkan syarikat itu berkuasa melambakkan beras negara luar sekaligus mengancam pasaran beras tempatan.Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berkata, Bernas sebuah syarikat perniagaan yang mengamalkan dasar monopoli yang seratus peratus mementingkan keuntunggan berbanding menjaga makanan utama rakyat di negara ini."Kerajaan perlu tarik balik permit import yang telah diberikan kepada Bernas. Mana boleh bagi kepada syarikat monopoli. Dasar monopoli hanya mementingkan keuntungan syarikat dan mana mungkin mereka akan menjaga kepentingan pengguna. Ianya sangat bahaya kepada keselamatan makanan negara," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Salah guna kebenaran eksport beras katanya sering berlaku contohnya di Sarawak pada satu ketika dahulu apabila sejumlah beras luar dibawa masuk kedalam negara tanpa AP dan ditahan oleh Kastam Diraja Malaysia. Kastam bagaimanapun membenarkan ia dibawa masuk selepas berlaku perundingan dengan kerajaan Malaysia."Di Sarawak contohnya, beras dibawa masuk tanpa permit ditahan Kastam, tapi kerajaan benarkan lepas berunding dengan Bernas. Maknanya bernas ada kuasa, boleh buat apa sahaja sebab mereka tahu kerajaan mesti akan benarkan mereka. Jadi bagaimana dengan nasib beras tempatan kita?," tegasnya.Selain membatalkan AP, beliau juga mendesak kerajaan menarik balik kuasa Bernas menyimpan bekalan kecemasan. Menurut Mahfuz, Bernas tidak akan menyimpan stok kecemasan beras pada tempoh yang lama kerana tindakan itu akan merugikan mereka.Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia.

"Saya cabar beberapa kali di parlimen, mintak menteri berkaitan dedahkan berapa buah gudang yang menyimpan stok kecemasan. Saya mintak dia dedahkan di mana, tapi tak berani tunjuk sebab memang satu pun tidak ada gudang simpan stok kecemasan. Jadi bagaimana kita nak kata Bernas boleh jamin masa depan keselamatan makanan negara?," soalnya pula.Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan.Sehubungan itu, semua import beras katanya perlu dikawal selia pihak kerajaan sendiri termasuk juga penyimpanan stok kecemasan. Ianya penting bagi mengawal lambakan beras luar dan bagi memastikan keselamatan makanan negara terus terjamin.

" Saya tak kata Bernas tidak boleh berniaga beras, dia boleh berniaga beras, tapi jangan bagi permit import dan jangan bagi kuasa simpan stok kecemasan. Biar dia pun ambil beras dari kerajaan, berapa peratus dia nak, kerajaan pertimbangkan lah" ujarnya.Mengulas tindakan kerajaan yang ingin mengambil balik milikan 31 peratus ekuiti di dalam Bernas yang dimiliki oleh syarikat dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak), Mahfuz berkata ianya bukan jaminan sektor pemakanan utama negara akan selamat."Itu urusan bisnes biasa, soalnya apakah ambil balik itu beri jaminan masa depan kepada sektor makanan kita?," soalnya.Mahfuz sebelum ini antara yang mempertikai pemilikan 31 peratus ekuiti Bernas oleh syarikat asing berkenaan. Antara yang dipersoal adalah bagaimana Wang Tak boleh mengumpul dan menaikkan pemilikannya daripada sekitar 18 peratus pada tahun 2007 kepada 31 peratus sekarang tanpa dikesan oleh agensi-agensi kawal selaras seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara mahupun Kementerian Kewangan.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI


Harakah Online Preview: Dakwaan penjenayah kuasai polis: Sikap KPN dipertikai

Sudah LEBIH DARIPADA 1500 ORANG (tidak termasuk pembaca harakah online yang download)MENDAPATKAN LAPORAN PERCUMA YANG WAJIB DIKETAHUI PADA MASA KINI...ANDA BILA LAGI?
JANGAN TUNGGU SUDAH TERKENA, BARU TERFIKIR NAK DAPATKAN LAPORAN INI KERANA LAPORAN INI JUGA MEMBERIKAN PANDUAN SEBENAR UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI TERKENA SELSEMA BABI.KAMI BERI JAMINAN 100% MAKLUMAT ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PEMILIK LAPORAN KHAS INI KERANA KAMI LEBIH MENGENALI MEREKA. YAKIN DAN DOWNLOAD...



Sikap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.Malah, katanya lagi, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan."Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?

"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih."Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.Mengulas lanjut keengganan Musa mengulas pelbagai tuduhan terhadapnya itu, beliau berkata, "itu bukan sifat seorang KPN".Sepatutnya, kata Salahuddin, Musa berdiri tegak untuk menangkis pelbagai tuduhan terhadapnya."Umno tidak henti-henti memperlekehkan kenyataan-kenyataan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra (Kamarudin) sebagai tidak ada nilai, bohong dan sebagainya.

"Kenapa Musa tidak matikan sama sekali pendedahan Raja Petra kalau pendedahannya tidak ada nilai dan bohong?"Bukankah orang kita terkenal dengan pepatah berani kerana benar?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu.

Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.


UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno jatuhkan kerajaan Selangor

TERKINI:Sudah LEBIH DARIPADA 1500 ORANG (tidak termasuk pembaca harakah online yang download)MENDAPATKAN LAPORAN PERCUMA YANG WAJIB DIKETAHUI PADA MASA KINI...ANDA BILA LAGI?
JANGAN TUNGGU SUDAH TERKENA, BARU TERFIKIR NAK DAPATKAN LAPORAN INI KERANA LAPORAN INI JUGA MEMBERIKAN PANDUAN SEBENAR UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI TERKENA SELSEMA BABI.KAMI BERI JAMINAN 100% MAKLUMAT ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PEMILIK LAPORAN KHAS INI KERANA KAMI LEBIH MENGENALI MEREKA. YAKIN DAN DOWNLOAD...




Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang."Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak."Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlaku," kat Khalid.
Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung."Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis tunggu dan lihat cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

Image"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis."Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini."Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.


UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: Mufti perlu betulkan ajaran sesat di Shah Alam



Para mufti sepatutnya bertindak segera untuk membetulan ajaran sesat yang menghina Islam serta memalukan umatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar."Sebarang perbuatan yang mencetuskan provokasi supaya orang lain menghina Islam serta memberikan gambaran yang sangat buruk kepada Islam hakikatnya adalah perbuatan menghina Islam."Adakah para pemimpin Umno Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?" soal beliau ketika mengulas penunjuk perasaan yang mengarak dan memijak kepala lembu di Shah Alam.

Beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam.Dari sepanduk-sepanduk bantahan mereka, adalah jelas mereka adalah penyokong Umno kerana melaungkan slogan yang sama dengan slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin Umno.Mereka turut disertai oleh beberapa orang yang mendakwa penduduk kawasan berkenaan.Mahfuz menyifatkan perbuatan itu sebagai provokasi untuk mencetuskan api perkauman yang bertujuan menutup kelemahan dan keburukan Umno.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: Lim Soo Nee janji beri khidmat terbaik

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee berjanji akan memberi sokongan yang padu kepada kerajaan negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Beliau juga berjanji akan memberikan khidmat terbaik jika dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah nanti selepas diperkenankan oleh Tuanku Sultan Kedah.Menurut beliau lagi sekiranya pelantikan sebagai Exco bagi menggantikan Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah maka beliau akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan itu dengan sebaik mungkin.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Lim telah mendapat perkenan Sultan Kedah bagi menggantikan tempat Radzhi yang mengisytiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menjadi wakil bebas.Ekoran daripada tindakan Radzhi itu maka situasi politik di negeri Kedah mulai hangat apabila Lim yang juga Adun daripada PKR sebelum ini banyak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri."Saya tidak ada kena mengena dengan agenda lompat parti yang diuar-uarkan di negeri Kedah. Saya juga hairan kenapa nama saya dilibatkan dalam agenda lompat parti ini.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: Umno Jelutung cabar Umno P Pinang debat



Belum selesai dengan kekecewaan di Permatang Pasir, Umno Pulau Pinang menerima satu lagi tamparan apabila 17 cawangan Umno dalam bahagian Jelutong mencabar pimpinan Umno negeri berdebat dengan mereka mengenai kesahihan status mereka.Wakil kepada 17 cawangan Umno tersebut, Abdul Wahab Abdullah berkata, kemungkinan apa yang berlaku adalah satu konspirasi oleh sesetengah pihak yang mahu menyekat kemaraan mereka yang berwibawa dalam Umno bahagian Jelutong bagi bertanding jawatan Ketua Bahagian.

"Kenyataan oleh badan perhubungan yang menyatakan bahawa penutupan 17 cawangan Umno dalam bahagian Jelutong kerana hanya 40 peratus daripada ahlinya sahaja yang aktif adalah tidak munasabah kerana banyak daripada cawangan yang ditubuhkan sudah melewati 15 tahun. Jumlah keahlian seramai 4500 orang dalam 17 cawangan ini adalah bukti bahawa kami masih aktif."Kami juga berasa hairan dengan tindakan BPUNPP yang dilihat bertindak tanpa memikirkan hala tuju 4500 ahli Umno yang setia menyokong parti ini selepas penggantungan."Kami juga bersedia untuk mencabar mana-mana wakil BPUNPP untuk berdebat dengan kami bagi menjelaskan status kesahihan 17 cawangan Umno dalam bahagian Jelutong ini," katanya.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: Nikmat puasa, cahaya hidayah bagi saudara baru

Sudah LEBIH DARIPADA 1000 ORANG (tidak termasuk pembaca harakah online yang download)MENDAPATKAN LAPORAN PERCUMA YANG WAJIB DIKETAHUI PADA MASA KINI...ANDA BILA LAGI?
JANGAN TUNGGU SUDAH TERKENA, BARU TERFIKIR NAK DAPATKAN LAPORAN INI KERANA LAPORAN INI JUGA MEMBERIKAN PANDUAN SEBENAR UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI TERKENA SELSEMA BABI.KAMI BERI JAMINAN 100% MAKLUMAT ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PEMILIK LAPORAN KHAS INI KERANA KAMI LEBIH MENGENALI MEREKA. YAKIN DAN DOWNLOAD...



Walaupun baru memeluk agama Islam 26 hari lalu, dia mampu berpuasa penuh sejak Ramadan bermula. Ini merupakan pertama kali, tidak perit atau pedih malah baginya pengalaman menjalani ibadah itu cukup menyeronokkan!

Dia, Azman Yap Abdullah, 32 sentiasa tersenyum dan ceria. Tiada raut keletihan atau kerut di wajahnya. Sungguhpun agak malu-malu bercerita pada awalnya, tetapi bersemangat sekali mengungkap pengalaman berpuasa, satu-satu ibadah yang dijalankan tanpa banyak tanya.Sejak hari pertama sehingga kini, masih berpuasa tanpa tangguh. Tidak sekerat-sekerat atau separuh hari tetapi penuh, sehingga menjelang waktu berbuka.

"Saya tidak merasa susah, sakit ataupun pedih perut. Semuanya baik dan ianya cukup menyeronokkan!"

Menceritakan pengalaman, kata Azman dia bersahur beberapa minit sebelum masuk waktu subuh hanya dengan menjamah beberapa biji kurma, seperti yang disunnah oleh Rasullulah s.a.w."Saya buka puasa pun makan kurma juga. Kemudian cari nasi atau makan di KFC. Ada masa saya berbuka dengan cornflakes atau coco crunch," katanya sambil tersenyum lebar kepada kami.

Itu perasaan yang diluahkan Azman kepada Harakahdaily yang diberi peluang Allah SWT bertemu dengan insan yang mendapat cahaya hidayah 2 Ogos lalu, lalu mengucapkan kalimah syahadah di Hidayah Centre Pusat Komuniti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dekat sini.

Dia mula mengenali agama indah ini sejak 3 bulan lalu, melalui sahabatnya yang juga merupakan saudara baru.Sahabatnya itu, turut menghadiahkan al-Quran terjemahan bahasa melayu untuk dia lebih mengenali dan memahami agama Allah itu."Saya baca terjemahan melayu sebab tak berapa pandai bahasa inggeris. Dari situ, saya mula percaya, bahawa agama Islam ini adalah agama yang baik,"jelasnya dengan tenang.Masih bertatih dan belajar, dia mengakui baru solat hanya sekali sahaja tetapi terus mendapat bimbingan dua orang ustaz daripada JIM dikenali sebagai Johan dan Abdul Rahim.

Azman merupakan seorang guru tuisyen sepenuh masa, sejak sembilan tahun lalu. Dia mengajar Bahasa Melayu, Mandarin dan Sains untuk pelajar sekolah rendah di Jalan Klang Lama.Lelaki berketurunan Cina ini masih bujang dan agak segan untuk ditemubual pada mulanya, tetapi kemudian menjadi teman mesra kepada kami berdua dari Harakahdaily.Katanya dia masih menyembunyikan keIslamannya daripada ibunya untuk sementara waktu kerana tahu akan reaksi negatif yang bakal diterima."Lambat laun, saya akan beritahu juga...cuma perlahan-lahanlah. Tak mau mak saya marah..."katanya masih tersenyum dengan sinar cahaya di wajahnya.

Ditanya tentang tip kuat semangat untuk berpuasa dan petua untuk orang yang punya 'banyak alasan' untuk culas melakukan ibadah itu, Azman menjawab ringkas tetapi tajam.

"Di belakang rumah kami, ada juga orang Islam makan di restoran Cina waktu bulan puasa."Bagi saya, hati mesti baik dan jangan lupa, Tuhan ada tengok kita."

Setelah berkongsi rasa dengan Azman, kami beralih pula kepada Siti Aisyah Tresa, 38 yang memeluk agama Islam sejak 1993 di Melaka. .


UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: Tiong dakwa Ong pernah ambil sendiri RM4 juta darinya

Sudah LEBIH DARIPADA 1000 ORANG (tidak termasuk pembaca harakah online yang download)MENDAPATKAN LAPORAN PERCUMA YANG WAJIB DIKETAHUI PADA MASA KINI...ANDA BILA LAGI?
JANGAN TUNGGU SUDAH TERKENA, BARU TERFIKIR NAK DAPATKAN LAPORAN INI KERANA LAPORAN INI JUGA MEMBERIKAN PANDUAN SEBENAR UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI TERKENA SELSEMA BABI.KAMI BERI JAMINAN 100% MAKLUMAT ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PEMILIK LAPORAN KHAS INI KERANA KAMI LEBIH MENGENALI MEREKA. YAKIN DAN DOWNLOAD...




Ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah mengambil sendiri darinya sumbangan sebesar RM4 juta tahun lalu, lapor China Press semalam.Menurut akhbar itu, maklumat mengenai sumbangan tersebut diperolehi dari satu salinan laporan polis Tiong ke atas Ong yang juga kepada Menteri Pengangkutan.Malaysian Insider pula melaporkan, pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu juga mengulangi cabarannya supaya Ong mendedahkan berapa banyakkah yang dimiliki oleh beliau dan isterinya dalam akaun bank mereka.Tiong mendakwa, wang RM10 juta yang sebelum ini didakwa beliau telah disumbangkan kepada Ong telah diberikan dalam tiga ansuran secara tunai, yang pertama sebanyak RM5 juta, kedua RM1 juta dan ketika RM4 juta.

Menurut laporan polis itu, Ong telah meminta sumbangan RM5 juta dari Tiong pada tahun 2008.Tiong mendakwa, wang RM5 juta itu dimasukkan dalam dua beg dan ditemani dua kakitangannya, beliau telah memberikan wang itu kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.Beberapa minggu kemudian, menurut laporan polis itu, Ong meminta RM1 juta lagi dari Tiong.Wang yang diminta itu kemudiannya diberikan kepada wakil Ong di tempat letak kereta Hotel Armada di Petaling Jaya.Menjelang akhir 2008, Ahli Parlimen Bintulu itu sekali lagi bersetuju untuk menyumbangkan RM4 juta lagi kepada Ong.Ong sendiri didakwa datang mengambil wang tersebut di sebuat rumah tetamu kerajaan, menurut laporan polis itu.Wang tersebut, kata bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu dalam laporan polisnya, diletakkan di tempat meletak barang kereta Ong, lapor China Press

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: 3 penyebab Umno terus ditolak di Pmtg. Pasir

Sudah LEBIH DARIPADA 1000 ORANG (tidak termasuk pembaca harakah online yang download)MENDAPATKAN LAPORAN PERCUMA YANG WAJIB DIKETAHUI PADA MASA KINI...ANDA BILA LAGI?

JANGAN TUNGGU SUDAH TERKENA, BARU TERFIKIR NAK DAPATKAN LAPORAN INI KERANA LAPORAN INI JUGA MEMBERIKAN PANDUAN SEBENAR UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI TERKENA SELSEMA BABI.KAMI BERI JAMINAN 100% MAKLUMAT ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PEMILIK LAPORAN KHAS INI KERANA KAMI LEBIH MENGENALI MEREKA. YAKIN DAN DOWNLOAD...



Bersandarkan rekod kekalahan tipis 65 undi pada pilihanraya Manek Urai, Umno meletakkan keyakinan mereka mampu menang di PRK Permatang Pasir.Mereka juga berpendapat, penyumbang kepada kekalahan tipis di Manek Urai adalah faktor kredibiliti dan emej calon yang dilihat sedikit 'bersih' berbanding calon mereka pada PRK sebelum ini. Namun di N11, terbukti sandaran keyakinan Umno BN itu tetap silap.

Pengarah Strategik PKR Tian Chua berpendapat kekalahan Barisan Nasional di N11 itu berpunca oleh stretegi kempen Umno sendiri yang terlalu menekankan politik perkauman yang sempit."Umno mendominasi kempen di Permatang Pasir dengan agenda-agenda Melayu serta perkauman yang sempit, sedangkan mereka tidak sedar bahawa (calon) lawan mereka juga adalah melayu dan seorang yang berpegangan agama Islam yang benar."Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata teknik berkempen secara 'cauvenisme' (perkauman melampau) Umno dengan berpandukan demografi 70 peratus undi Melayu dan 25 peratus undi Cina bukanlah suatu langkah yang strategik."Umno tidak boleh begitu cauvenis walaupun pengundi Melayu 70 peratus, sedangkan pengundi Cina hanya 25 peratus. Rakyat sudah bijak menilai kejujuran parti serta calon. Baik Melayu atau Cina, mustahil rakyat akan pilih parti yang tidak jujur (atau) calon yang tiada kredibiliti," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

"Satu Malaysia (tajaan) Umno sebenarnya tidak ikhlas. Hari ini, dia kata Malaysia untuk semua bangsa. Bila datang pilihanraya (kecil), dia (Umno) kata Malaysia ini Melayu punya. Tidak ikhlas lebih buruk dari tidak jujur,' tambahnya lagi.Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato' Abdul Halim Abdul Rahman yang dihubungi kemudian, berpendapat bahawa calon dan parti bukanlah faktor utama Umno ditolak di N11 Permatang Pasir.Sebaliknya rakyat kian yakin terhadap kemampuan Pakatan Rakyat, berbanding Umno walaupun media arus perdana melaporkan berita secara tidak adil."Rakyat sebenarnya bijak dan rasional. Rakyat yakin Pakatan mampu dan kukuh, walaupun tv3, Utusan dan Berita Harian melaporkan Pakatan Rakyat sebagai 'pakatan yang rapuh'.""Rakyat muak dengan propaganda televisyen dan surat khabar yang Umno mainkan. Umno masih digambarkan bersih dan amanah (dalam media), sedangkan rakyat melihat pemimpin-pemimpin Umno terlibat dalam rasuah dan skandal pecah amanah," ujar Ahli Parimen Pengkalan Chepa itu.

Bagaimana pun, beliau tidak menafikan faktor kredibiliti calon serta parti sebagai punca Umno kalah di Permatang Pasir."Sejak dari awal lagi calon Umno (Rohazat Othman) dilaporkan banyak masalah peribadi dan pekerjaannya. Jika calon bermasalah, bermakna undi (sokongan) juga pasti ada masalah. Saya setuju, calon itu penilaian yang penting.""Umno sedang ketinggalan zaman, suatu parti purba. Umno masih berkempen tanah Malaysia ini milik orang Melayu, sedangkan banyak kes pengkhianatan Melayu seperti isu tanah, kedudukan Islam serta isu bahasa (PPSMi) dilakukan (oleh) pemimpin-pemimpin Umno sendiri,' tambahnya.Tegasnya lagi, Umno akhirnya tetap ditolak rakyat Permatang Pasir sekali pun calon mereka dikenali bermoral dan amanah, kerana Umno sendiri dikenali khalayak sebagai parti yang khianat Melayu dan tiada sahsiah.Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) Dr. Dzulkifli Ahmad, andaian bahawa Umno mampu membenamkan calon PAS Ustaz Salleh Man jika calon mereka tidak dibelit pelbagai masalah peribadi dan moral, sebagai suatu andaian menyedapkan hati pemimpin-pemimpin mereka.


UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: Isu rotan Kartika: BN diperangkap 'negara Islam' ciptaan sendiri

Pendedahan berani! ketahui Siapa dalang sebenar disebalik penyebaran Influenza A (H1N1)yang mengakibatkan beribu-ribu orang di jangkiti di seluruh dunia!

Bukti mengejutkan
hasil kajian daripada Universiti Sains Malaysia mengenai virus kejam ini!
dan banyak lagi maklumat PENTING WAJIB ANDA TAHU....jangan berlengah lagi,dapatkan secara PERCUMA dengan klik banner dibawah.Kami di Harakah Online beri JAMINAN 100% Maklumat yang anda isikan di laman web itu SELAMAT & TIDAK DISALAHGUNAKAN.


Di tengah-tengah kekecohan berhubung hukuman rotan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, terdedahlah kelemahan kerajaan Barisan Nasional melalui sikap berdolak-daliknya dan hipokrasi dalam pelaksanaan undang-undang syariah.Selasa lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menggesa Kartika, yang didapati bersalah kerana minum arak, supaya merayu hukuman enam sebatan yang perlu dihadapinya.Tindakan beliau dilihat dibuat kerana kebimbangan kerajaan selepas dikejutkan dengan liputan meluas media antarabangsa berkenaan kes itu, yang sudah tentu akan menjejaskan imej keterbukaan pentadbiran sekarang yang cuba diketengahkannya.

Pada sebelah malamnya pula, hanya beberapa minit sebelum berbuka puasa, Najib bangkit setapak lagi meminta pihak berkuasa agama supaya tidak mengutamakan hukuman rotan.Hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir,kata beliau yang mungkin telah menyedari Kartika tidak akan merayu hukuman rotannya itu.Pada hari yang sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan mengapa Kartika yang sepatutnya sejak Isnin lalu dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman rotan, dihantar semula pulang.Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa kakitangan penjara tidak ada kepakaran merotan menurut peruntukan undang-undang syariah yang mensyaratkan rotan tidak diangkat mengatasi kepala.Hishammuddin dilaporkan berkata, keperluan Jabatan Penjara yang di bawah seliaannya untuk melaksanakan hukum sebat mengikut undang-undang Syariah merupakan satu perkara baru dan mustahil untuk dilaksanakan tanpa pengalaman.

Tambahnya lagi kaedah hukuman itu akan dikaji secara mendalam oleh pegawainya dengan pihak berkuasa agama untuk memastikan keadilan.Tindakan beliau itu satu lagi usaha untuk menjarakkan kerajaan persekutan daripada hukuman rotan itu kerana bimbang dengan implikasi hukuman tersebut di peringkat antarabangsa.Kartika telah berjaya menarik simpati media dengan keputusannya untuk menerima hukuman itu dan turut meminta supaya dirotan di tempat awam, lantas berjaya dilihat sebagai mangsa.Hakikatnya kerajaan BN telah terperangkap dalam usahanya untuk menunjukkan ia lebih mempunyai kelayakan Islam daripada PAS.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga jelas tidak gembira dengan hukuman rotan itu dalam catatan terbaru blognya.Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer,kata Dr Mahathir dalam nada sinis.Beliau jelas bimbang parti yang diketuainya selama lebih dua dekad kini cuba mengikuti rentak PAS dan kehilangan jati diri yang dipertahankannya sebelum ini.Anehnya Dr Mahathirlah yang sebelum ini memulakan permainan berlumba-lumba menunjukkan pentadbirannya lebih Islami berbanding PAS.Hampir dua tahun selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan kemenangan beberapa kerusi baharu PAS di Selangor dan Perak beliau membuat perisytiharan bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI


Harakah Online Preview: Kelantan perluas tazkirah guna stesen radio

KHIDMAT MASYARAKAT HARAKAH ONLINE UNTUK SEMUA PEMBACA HARAKAH ONLINE

Pendedahan berani! ketahui Siapa dalang sebenar disebalik penyebaran Influenza A (H1N1)yang mengakibatkan beribu-ribu orang di jangkiti di seluruh dunia!


Bukti mengejutkan
hasil kajian daripada Universiti Sains Malaysia mengenai virus kejam ini!
dan banyak lagi maklumat PENTING WAJIB ANDA TAHU....jangan berlengah lagi,dapatkan secara PERCUMA dengan klik banner dibawah.Kami beri JAMINAN 100% Maklumat yang anda isikan di laman web itu SELAMAT & TIDAK DISALAHGUNAKAN.


Kerajaan negeri Kelantan dengan jalinan kerjasama sebuah stesen radio swasta, Manis FM telah mengadakan program tazkirah yang disiarkan melalui setesen radio tersebut bermula awal Ramadhan lalu hingga ke hujung bulan puasa ini.Ianya sebgai usaha kerajaan negeri menyebar luaskan dakwah kepada masyarakat khasnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dapat mengikuti siaran itu.Menurut Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan negeri Kelantan Abdul Rahman Yunus, tazkirah akan disampaikan oleh pimpinan negeri termasuk Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Speaker Dun Ustaz Nasruddin Daud, Exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan negeri dan juga Ketua Polis Negeri.Siaran tazkirah tersebut dapat diikuti setiap hari sepanjang Ramadhan pada jam 7.30 pagi, 2.00 petang, 4.00 petang dan 7.05 petang pada frekuensi 90.6 MHz di Kelantan, 102.00 MHz di Terengganu dan 95.1 MHz di Pahang.

Abdul Rahman juga berkata sebelum ini siaran tazkirah tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya melibatkan Menteri Besar Kelantan sendiri apabila pihak Urusetia kerajaan negeri menerima panggilan talipon dari seluruh negeri."Saya berharap penduduk di negeri ini mengambil kesempatan untuk mendengar program tazkirah yang disampaikan oleh pimpinan kerajaan negeri sempena bulan Ramadhan ini," ujar beliau.Dalam perkembangan lain, seramai 60 warga miskin Kota Bharu telah dipilih oleh Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Darulnaim untuk menerima sumbangan RM100 setiap orang bagi meringankan beban sempena bulan Ramadhan.Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa masjid tersebut Ir.Mohd Ariff Fahmi Abdul Rahman ketika ditemui di majlis Perasmian Sambutan Ihya Ramadhan peringkat Kompleks Kerajaan negeri Kelantan berkata, seperti di tahun-tahun lepas, masjid yang terletak dipinggir pagar komplek kerajaan negeri tersebut akan menyediakan program tazkirah pada setiap hari bermula jam 12 tengahari dan berharap kakitangan kerajaan dapat mengambil menafaat tersebut.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: Ustaz Ismail Kamus sihat, kini di Makkah

Berita kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Dato' Ismail Kamus yang kini merupakan pendakwah bebas yang tersebar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hanyalah khabar angin semata-semata.Menurut ahli keluarganya, Ismail Kamus kini sedang mengerjakan umrah di Makkah dan berada dalam keadaan sihat walafiat sekaligus menafikan berita itu.

Semalam tersebar SMS yang melaporkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung.Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.Sebaliknya berita yang sebenar ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato' Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.Ismail Kamus merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia.

KHIDMAT MASYARAKAT HARAKAH ONLINE UNTUK SEMUA PEMBACA HARAKAH ONLINE

Pendedahan berani! ketahui Siapa dalang sebenar disebalik penyebaran Influenza A (H1N1)yang mengakibatkan beribu-ribu orang di jangkiti di seluruh dunia!


Bukti mengejutkan
hasil kajian daripada Universiti Sains Malaysia mengenai virus kejam ini!
dan banyak lagi maklumat PENTING WAJIB ANDA TAHU....jangan berlengah lagi,dapatkan secara PERCUMA dengan klik banner dibawah.Kami beri JAMINAN 100% Maklumat yang anda isikan di laman web itu SELAMAT & TIDAK DISALAHGUNAKAN.

Harakah Online Preview: Merdeka: Apakah percikan bunga api boleh kembalikan keyakinan rakyat?

Bukan kibaran bendera, nyanyian lagu, percikan bunga api, perarakan, ciptaan logo dan slogan yang utama tetapi bebas dan merdeka dari sebarang penindasan yang mencengkam minda, hak-hak dan keadilan sama rata menjadi harapan rakyat sejak 52 tahun yang lalu.Dengan belenggu kemiskinan, jurang antara kaya dan miskin semakin melebar, gaji sedikit harga barang meningkat, jenayah bercambah, gejala keruntuhan akhlak makin menjadi dan kualiti kesihatan yang bertambah buruk lantaran penularan wabak terbaru, menjadikan rakyat makin resah gelisah mendiami negara tercinta ini.

Bukan itu sahaja, gelodak runsing rakyat, makin terpampang tatkala api perkauman mula dinyalakan, mula mengusik batas agama,hak-hak kebebasan bersuara dinafikan, cakaran politik di sana sini, agensi-agensi penguatkuasaan yang sudah hilang intergriti dan aneka keserabutan menjadikan 'Merdeka' tidak mempunyai erti, sama seperti tahun-tahun sebelumnya.Bagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, kemerdekaan perlu kepada satu anjakan baru yang lebih meyakinkan rakyat dan mendemokrasikan negara dalam erti kata sebenarnya.

"Saya akui ada peningkatan kemudahan asas dan pembangunan fizikal memang wujud namun itu tidak cukup."Yang menjadi virus kepada negara ialah intergriti,di mana rakyat semacam hilang kepercayaan kepada pemimpin dan kerajaan. Ini perubahan yang perlu dilakukan," jelasnya kepada Harakahdaily pagi ini.

Katanya keadaan yang tidak kondusif seperti agensi penguatkuasaan umpama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis yang semakin diragui menunjukkan bahawa 'perjuangan kewibawaan' ini masih belum selesai."Intergriti mesti dibaik pulih, keamanan sahaja tidak cukup untuk memacu pembangunan ekonomi, sosio politik. Mesti ada perpaduan dan iltizam."Akta-akta draconian seperti ISA mesti dimansuhkan dan penegasan terhadap penyelewengan yang terpilih seperti melibat kepimpinan negara perlu didedahkan dan dikenakan tindakan," katanya yang juga Chief Komandan Himpunan Mansuhkan ISA

Awal bulan ini, lebih 100,000 rakyat berhimpun secara aman membantah dan menggesa kerajaan memansuhkan ISA yang zalim dan menganiaya rakyat tanpa bicara.Sebelum itu 7 Mac lalu, rakyat turut 'bangkit' menentang dasar kerajaan melalui PPSMI yang meminggir bahasa kebangsaan dan menyebabkan pelajar semakin tercicir, dan ibu kota menjadi saksi ratusan ribu rakyat menunjukkan solidariti.Dalam kedua-dua isu itu atau apa yang didakwa sesetengah pihak bahawa pembangkang mencetuskan suasana tidak senang itu, Salahuddin menjelaskan kedudukan sebenar peranan semak dan imbang (Check and balance) yang dilakukan oleh pihak mereka."Peranan pembangkang bukan bersifat pengacau atau pencetus huru hara negara tetapi lebih bersifat "memulakan suatu langkah hari ini, bagi membekalkan perkara yang lebih baik kepada generasi akan datang,"katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.Lain pula pandangan Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua yang melihat penindasan dan penjajahan bentuk baru sedang berlaku dalam negara ini.

"Kalau dulu penindasan datangnya daripada penjajah dan kini penjajah masih wujud dengan mekanisme yang sama cuma 'tukar kulit' sahaja."Merdeka tulen ialah apa yang dimimpikan dan apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang zaman dahulu iaitu bebas daripada penindasasn, boleh menjadi pemilik harta kekayan negara," jelasnya.Kini negara katanya, mengalami kemerosoton dari segi hak asasi kepada rakyat dan pelbagai institusi yang 'check and balance' sudah hilang peranannya.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

Harakah Online Preview: Pelik, Najib lantik menteri bantu menteri-Mahfuz

KHIDMAT MASYARAKAT HARAKAH ONLINE UNTUK SEMUA PEMBACA HARAKAH ONLINE

Pendedahan berani! ketahui Siapa dalang sebenar disebalik penyebaran Influenza A (H1N1)yang mengakibatkan beribu-ribu orang di jangkiti di seluruh dunia!


Bukti mengejutkan
hasil kajian daripada Universiti Sains Malaysia mengenai virus kejam ini!
dan banyak lagi maklumat PENTING WAJIB ANDA TAHU....jangan berlengah lagi,dapatkan secara PERCUMA dengan klik banner dibawah.Kami beri JAMINAN 100% Maklumat yang anda isikan di laman web itu SELAMAT & TIDAK DISALAHGUNAKAN.


Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik.

"Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.


UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI


KETAHUI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBAR VIRUS KEJAM SELSEMA BABI(H1N1) DENGAN KLIK BANNER DIBAWAH

Penulisan Khas Harakah Online-edisi khas

Dalam posting ini, tiada berita politik yang akan diletakkan. fokus kami kali ini adalah untuk menyatakan kepentingan mendapatkan laporan khas berkenaan selsema babi atau influenza H1N1 dan keselamatan anda dalam memberikan emel kepada laman web yang disyorkan.

Berdasarkan pemerhatian, ramai yang klik pada banner diatas, tetapi sayangnya tidak ramai mengambil tindakan seterusnya untuk mendapatkan laporan tersebut. Mungkin kebanyakan masih tidak jelas dan merasakan bahawa dengan memberikan nama dan emel anda, anda akan menerima emel "spam" seumur hidup anda. Jika anda berpandangan sebegitu, ini adalah pandangan yang salah. ini kerana terdapat cara beretika iaitu tidak menggunakan data(nama dan emel anda) dengan cara tidak betul dan pilihan untuk berhenti menerima emel dari pemilik. pemilik ini hanya ingin menyebarkan laporan percuma beliau. anda boleh berhenti menerima emel dari beliau kerana ada link khas dalam emel yang anda terima untuk anda berhenti menerima emel pemilik.

Jadi, jangan ragu-ragu lagi untuk mendapatkan laporan PERCUMA YANG PENUH FAKTA dan MAKLUMAT WAJIB diketahui oleh anda. maklumat anda (nama dan emel) DI JAMIN SELAMAT oleh kami kerana kami telah lama mengenali pemilik laporan percuma tersebut.

terus masukkan nama dan emel anda. pastikan emel yang sebenar supaya anda benar-benar menerima laporan tersebut.


KHIDMAT MASYARAKAT HARAKAH ONLINE UNTUK SEMUA PEMBACA HARAKAH ONLINE

Pendedahan berani! ketahui Siapa dalang sebenar disebalik penyebaran Influenza A (H1N1)yang mengakibatkan beribu-ribu orang di jangkiti di seluruh dunia!


Bukti mengejutkan
hasil kajian daripada Universiti Sains Malaysia mengenai virus kejam ini!
dan banyak lagi maklumat PENTING WAJIB ANDA TAHU....jangan berlengah lagi,dapatkan secara PERCUMA dengan klik banner dibawah


p/s: insyaallah, dalam setiap posting berita politik akan diletakkan link laporan percuma ini bagi memastikan setiap pembaca harakah online bertindak memiliki laporan ini dan seterusnya tahu CARA SEBENAR melindungi diri dan keluarga anda dari terkana virus selsema babi atau influenza A H1N1.

Harakah Online Preview: Rakyat makin jelak dengan dakyah,tipu helah Umno-BN

KHIDMAT MASYARAKAT HARAKAH ONLINE UNTUK SEMUA PEMBACA HARAKAH ONLINE

Pendedahan berani! ketahui Siapa dalang sebenar disebalik penyebaran Influenza A (H1N1)yang mengakibatkan beribu-ribu orang di jangkiti di seluruh dunia!


Bukti mengejutkan
hasil kajian daripada Universiti Sains Malaysia mengenai virus kejam ini!
dan banyak lagi maklumat PENTING WAJIB ANDA TAHU....jangan berlengah lagi,dapatkan secara PERCUMA dengan klik banner dibawah


Kemenangan mutlak buat Pakatan Rakyat. Rakyat makin matang dan tidak tertipu dengan dakyah Umno-Barisan Nasional (BN). Walaupun berdepan dengan pelbagai tipu helah dan taktik kotor BN, namun kemenangan jelas berpihak kepada Pakatan Rakyat.Pilihan raya kecil Permatang Pasir yang telah meletakkan Ustaz Mohd Salleh Man sebagai Adun yang sah membuktikan rakyat terutama pengundi di kawasan tersebut mulai muak dengan permainan politik yang kotor oleh Umno-BN.Rakyat mulai sedar dan memberi mesej jelas kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa corak dan gaya yang dibawa melalui kepimpinannya bukan lagi sebagai 'candu' yang ditagih oleh rakyat.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.Ketika mengulas kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir beliau berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam."Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan baru-baru ini.Dalam pada itu, penolakan demi penolakan serta kemenangan berturut-turut yang diperolehi Pakatan Rakyat dalam siri pilihan raya kecil adalah mesej dan amanat jelas untuk Najib dan barisan kepimpinannya dalam Umno-BN bahawa politik perkauman dan pembunuhan karektor tidak lagi menjamin peratusan undi bagi mereka."Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan Umno-BN yang memecahbelahkan,"jelas Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan semalam.

Isu pengkhianat bangsa yang ditonjolkan oleh pimpinan BN-Umno jelas memakan diri sendiri apabila rakyat terutamanya pengundi di Permatang Pasir memberikan undi yang tidak berbelah bagi terhadap calon PAS, Ustaz Salleh Man.Rakyat sudah boleh menilai siapa pengkhianat sebenar apabila Anwar dalam siri ceramah dan kenyataan media mendedahkan isu penjualan tanah bangsa kepada tauke judi seperti di Genting Highlands.Bagi diri Anwar, kemenangan dalam pilihan raya ini jelas menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat."Ia juga hasrat mereka (rakyat) yang sentiasa bergelora mahukan perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang,"katanya.Apa yang jelas kemenangan di Permatang Pasir adalah tamparan hebat kepada pimpinan Najib.Ini disebabkan dalam tempoh 144 hari sebagai Perdana Menteri keenam, rakyat mula melihat dan jelak dengan gaya yang ditunjukkan Najib dan menolak politik perkauman yang cuba dimainkannya.

Image"Pengundi di Permatang Pasir memberikan sokongan jelas kepada Pakatan Rakyat walaupun Umno-BN melalui kempen terdesak mereka cuba memainkan isu perkauman dan agama,"jelas Penasihat dan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang dalam blog peribadinya baru-baru ini.Walaupun Umnno-BN cuba untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai 'Manek Urai' yang didakwa sebagai 'kalah tetapi menang' namun, secara realitinya ia tetap sebagai satu kemenangan mutlak Pakatan Rakyat yang 'membelasah' 7-0 dalam siri pilihan raya kecil sejak tsunami pilihan raya ke-12 lalu.ImagePilihan raya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihan raya kali kelapan diadakan selepas pilihan raya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekian kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.


UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI
KETAHUI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBAR VIRUS KEJAM SELSEMA BABI(H1N1) DENGAN KLIK BANNER DIBAWAH

Harakah Online Preview: Adun Umno takut lompat parti - PAS Terengganu

KHIDMAT MASYARAKAT HARAKAH ONLINE UNTUK SEMUA PEMBACA HARAKAH ONLINE

Pendedahan berani! ketahui Siapa dalang sebenar disebalik penyebaran Influenza A (H1N1)yang mengakibatkan beribu-ribu orang di jangkiti di seluruh dunia!


Bukti mengejutkan
hasil kajian daripada Universiti Sains Malaysia mengenai virus kejam ini!
dan banyak lagi maklumat PENTING WAJIB ANDA TAHU....jangan berlengah lagi,dapatkan secara PERCUMA dengan klik banner dibawah


PAS Terengganu berpendapat, para Adun Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak berani untuk melompat parti.Menurut seorang pemimpin PAS negeri itu yang dihubungi Harakahdaily, atas sebab itulah sampai sekarang, walaupun ada khabar-khabar angin mengenainya ia belum berlaku lagi sehingga kini.Beliau yang enggan namanya disiarkan mengulas laporan laman web The Malaysian Insider (TMI) yang melaporkan sembilan Adun Umno bersetuju untuk menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu bersama PAS.

Namun usaha itu gagal kononnya kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dan lebih senang bekerjasama dengan Ahmad Said.TMI juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan 11 Adun Umno ini disamping seorang wakil Adun di Kemaman lepas pilihan raya kecil Manek Urai lalu.

Semalam, semasa sidang rehat Dun Terengganu, Harun Taib menafikan laporan itu dan berkata dia tidak tahu menahu mengenainya.Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.

Pemimpin PAS Terengganu yang dihubungi Harakahdaily ini mengesahkan memang ada ura-ura Adun Umno ini mahu menyertai PKR "tetapi ia belum berlaku kerana mereka tidak berani."Beliau juga yakin, laporan yang mengatakan Harun Taib adalah penghalang pembentukan kerajaan baru ini berdasarkan persepsi Adun Umno berkenaan semata-mata kerana hubungan baik antara Harun dengan Ahmad Said.Beliau yakin, apa-apapun, PAS Terengganu akan membuat keputusan bersama dan bukannya berdasarkan pandangan Harun seorang.Dalam Dewan Undangan Terengganu ada 32 ahli. Lapan darinya adalah PAS manakala 23 adalah Adun Umno dan satu MCA.12 dari Adun Umno dikatakan tidak bersetuju dengan Ahmad Said ekoran cara perlantikan beliau selepas pilihan raya umum 2008 lalu.


UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

KETAHUI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBAR VIRUS KEJAM SELSEMA BABI(H1N1) DENGAN KLIK BANNER DIBAWAH

Harakah Online Preview: Kalah, bukti dasar kebangsaan Umno terus ditolak



Mursyidul Am PAS , Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.Beliau ketika diminta mengulas kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam."Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan semalam.ImageSehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Umno mengubah dasar kebangsaan mereka kepada dasar Islam selaras ajaran Al-Quran.

"Saya dengan penuh ikhlas minta saudara-saudara-saudara kita dalam umno tolong fikir, tolong ubah dasar Umno kepada dasar Islam. Bulan Ramadhan ni bulan Quran.Bila kita orang Islam buat dasar lain kedaulatan Allah ke atas manusia makin terhakis.Tiba-tiba kita tak mahu pakai Quran, ambil dasar yang dibuat oleh manusia.Ini tak betul."Katanya.Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihanraya kali ke lapan diadakan selepas pilihanraya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekean kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.

Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.BN hanya menang di DUN Batang Ai sementara di DUN Penanti, mereka tidak meletakkan calon.Dalam lapan pilihanraya kecil iaitu tiga parlimen dan lima DUN yang ditandingi jelas menyaksikan rakyat menolak Umno BN walaupun pimpinan parti itu tetap mengatakan bahawa mereka masih diterima rakyat.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI
KETAHUI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBAR VIRUS KEJAM SELSEMA BABI(H1N1) DENGAN KLIK BANNER DIBAWAH

Harakah Online Preview: Pindah kuil: Dialog akan diadakan dengan penduduk Seksyen 23



Kerajaan negeri Selangor serta para wakil rakyatnya di Shah Alam akan mengadakan dialog khas dengan penduduk Seksyen 23 Shah Alam ekoran keputusan kerajaan memindahkan sebuah kuil Hindu ke situ.Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dialog itu akan diadakan tidak lama lagi antara pihak-pihak yang terlibat. Kerajaan negeri Selangor telah membuat keputusan untuk memindahkan kuil Hindu yang terletak di Seksyen 19 ke sebuah tanah perindustrian di Seksyen 23.

Ia dibuat dengan persetujuan jawatankuasa kuil berkenaan selepas mengambilkira kedudukannya yang tidak berapa sesuai kerana terlalu rapat dengan rumah penduduk di sana.Kuil ini dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.Keputusan ini telah dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan penduduk beragama Hindu hanya sedikit atau minoriti sahaja di situ."Bagi saya hujjah ini tidak sesuai. Ini kerana, kalau hujjah ini digunapakai, di mana kita mahu membina kuil untuk penganut Hindu ini kerana orang Melayu adalah majoriti di Shah Alam."Di Klang, masjid dan surau juga dibina di kawasan majoriti Hindu," katanya.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI
KETAHUI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBAR VIRUS KEJAM SELSEMA BABI(H1N1) DENGAN KLIK BANNER DIBAWAH

Harakah Online Preview: Senator Ismail Salleh kembali kerahmatullah

Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.Pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura hari ini.Menurut laporan, pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam."Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.
Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara."Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja."Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi."Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

untuk berita lanjut, sila klik disini
KETAHUI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBAR VIRUS KEJAM SELSEMA BABI(H1N1) DENGAN KLIK BANNER DIBAWAH

Harakah Online Preview: Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zambry



Dato' Seri Nizar Jamaluddin yakin Persidangan Dun Perak 2 September depan akan berjalan lancar sekaligus tidak akan mengulangi insiden 7 Mei lalu akibat tindakan BN yang melanggar lunas peraturan dan undang-undang sedia ada.Sidang minggu depan itu, katanya amat penting kerana titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah belum dibahaskan lagi malah pada 7 Mei itu, tiada persidangan pun yang berlangsung memandangkan keceohan yang berlaku berikutan pelantikan Speaker 'haram' yang baru, yang tidak mengikut peraturan Dun.

Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata kepada Harakahdaily pagi ini bahawa sidang itu juga akan membentangkan usul pengantunggan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Speaker Hee Yit Foong oleh Jawantankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker V. Sivakumar.Masing-masing dikehendaki membayar denda sejumlah RM500,000 dan RM250,000 setiap seoarang akibat tindakan mereka yang menghina DUN dan kuasa Speaker, katanya.Bagaimanapun, berhubung status Speaker 'haram' Datuk M Ganesan yang dilantik 7 Mei lalu, Nizar menjelaskan, satu permohonan injuksi akan dibuat untuk menghalang dalam menjalankan tugas Speaker yang masih disandang oleh Sivakumar.

"Selama ini, Adun-adun Pakatan Rakyat Perak senantiasa mengikut peraturan dan yang memulakan kekacauan serta menggunakan pihak keselamatan untuk campur tangan serta mengheret keluar Speaker adalah pihak yang lagi satu."Mereka sebenarnya yang menghina Dewan dan Tuanku Sultan. Kita patuh pada peraturan...apabila Speker panggil, kita wajib hadir," katanya ketika dihubungi.Nizar turut mengulas sidang Dun 'bawah pokok' 3 Mac lalu,(gambar) berpunca daripada perbuatan menghalang Speaker dan Adun-Adun memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri Perak.Semalam Sivakumar telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh tengah hari semalam, mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.

untuk berita lanjut, sila klik disini

KETAHUI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBAR VIRUS KEJAM SELSEMA BABI(H1N1) DENGAN KLIK BANNER DIBAWAH