Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

ANDA DI JEMPUT UNTUK MELAWAT LAMAN WEB PENAJA KAMI DENGAN KLIK SALAH SATU BANNER DIBAWAH: Photobucket

Wang Percuma Untuk Anda


SERTAI FORUM DAN KOMUNITI KHAS HARAKAH ONLINE. KOMUNITI YANG BUKAN SEKADAR POLITIK..
KLIK DISINI SEKARANG!!

Photobucket

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan oleh Harakah Online Info

Harakah Online Preview: Yayasan Amal bina 14 telaga tiub untuk mangsa gempa

Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan amal yang dikaitkan dengan PAS berjaya menyumbangkan 14 telaga air bawah tanah kepada mangsa gempa bumi di Kampung Lubuk Pandan, Pariaman kira-kira 40 km dari Padang.



Kesemua telaga tiub dengan pam itu dipasang oleh pasukan kedua Yayasan Amal yang pulang ke tanah air semalam.

Sumbangan ini sangat bermakna bagi penduduk di situ kerana sumber air mereka kini hanya sungai sahaja sedangkan ia telah banyak tercemar ekoran gempa bumi baru-baru ini.

Yayasan Amal telah menghantar pasukan pertama yang terdiri dari pasukan perubatan sebaik sahaja gempa berlaku.

Pasukan kedua yang terdiri dari 14 anggota ini adalah pasukan teknikal yang mahir dengan pembinaan telaga tiub untuk membolehkan penduduk yang sedang trauma ini mendapat bekalan air bersih.

Mereka berlepas ke Padang melalui KLIA pada 15 Oktober lalu dengan membawa wang tunai dan membeli segala keperluan membuat telaga ini di Padang.

Antaranya motor penyedut air, hos besar, paip dan sebagainya.

Untuk membeli motor sahaja, mereka telah belanjakan RM4 juta Rupiah.

untuk berita lanjut, sila klik disini

0 comments: