Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Loading...

SILA LAWATI LAMAN PENAJA HARAKAH ONLINE DIBAWAH: Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak

Wang Percuma Untuk Anda


SERTAI FORUM DAN KOMUNITI KHAS HARAKAH ONLINE. KOMUNITI YANG BUKAN SEKADAR POLITIK..
KLIK DISINI SEKARANG!!

Photobucket

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan oleh Harakah Online Info

Harakah Online Preview: BANTAH tuntut jawapan menteri



Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) menuntut Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Khaled Nordin memberi jawapan segera berhubung desakan mereka supaya sistem undian elektronik, e-undi dimansuhkan.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, mereka memberitahu belum menerima sebarang jawapan dari menteri berkenaan selepas menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Khaled minggu lalu.

Sewakatu penyerahan pada satu majlis di Universiti Putra Malaysia (UPM) 11 Oktober lalu, mereka mendakwa menteri berkenaan memberi jaminan untuk mengkaji sistem tersebut namun sehinga hari ini belum ada maklum balas dari beliau.

Lebih merisaukan mereka, pilihan raya kampus kemungkinan diadakan dalam masa terdekat dan harapan melihat sistem e-undi dimansuhkan mungkin tidak kesampaian.

E-undi dibantah kerana didakwa tidak telus dan mempunyai ruang besar untuk dimanipulasi pihak berkepentingan dan pada masa yang sama banyak kampus belum cukup persediaan melaksanakannya

BANTAH juga ujar mereka menyokong usaha pihak pentadbiran daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang tidak melaksanakan sistem ini kerana kurang persediaan dan melihat banyak isu yang perlu diperbaiki

Desakan ini juga beritahu mereka bukan kerana kepentingan mana-mana kumpulan namun untuk kebaikan semua supaya tidak timbul apa-apa pertikaian pada masa akan datang.

"BANTAH tidak bersifat selektif dalam memperjuangkan isu bantahan E-undi ini. BANTAH akan tetap mendesak pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar terus membatalkan sistem ini, walaupun Pilihan Raya Kampus (PRK) dimenangi oleh mana-mana pihak atau kumpulan," kenyataan mereka dipetik.



untuk berita lanjut, sila klik disini

0 comments: